Bismillah walhamdulillah,
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.
Tulisan di bawah ini bukanlah hasil perahan otak saya. Ia adalah cetusan idea sahabat baik saya (Barakallahufiki ya ukhti) yang saya rasa perlu saya kongsi supaya kita boleh buka mata dan kenal musuh-musuh kita. Do you remember that the Jews and Christians recognize Rasulullah p.b.u.h. as they recognize their own sons? Do open the quran and read surah al-An'am ayah 20. Saya abadikan tulisan ini dalam blog saya supaya mudah untuk saya rujuk semula dan kalian dapat manfaatnya.

SIS tanya, kami bongkarkan!!
[5 PAKEJ ISLAM LIBERAL dalam SIS]
[5 PAKEJ ISLAM LIBERAL dalam SIS]
Amin baru bernikah dengan Hamidah. Mereka solat jemaah berdua. Bila imam (Amin) selesai membaca al Fatihah.. Hamidah teragak-agak untuk menyebut "aamiiiin" kerana takut dituduh kurang ajar dengan suaminya. Lalu Hamidah menyebut "aabaaanng"..
Semasa iktidal, suaminya menyebut "sami allahu li man hamidah". Isterinya dengan senyum menyahut, "saya bang.."
Semasa iktidal, suaminya menyebut "sami allahu li man hamidah". Isterinya dengan senyum menyahut, "saya bang.."
Mungkin itulah analogi yang sesuai buat golongan feminis ini. Syarat penerimaan ibadat bukan semata-mata ikhlas. Ia perlu juga mengikut syariat.
SIS yang dilihat mahu membawa Malaysia tunduk kepada perundangan antarabangsa demi keharmonian agama katanya. Namun hakikat sebenar menunjukkan langkah golongan feminis liberal ini menekan Malaysia untuk melanggar norma-norma Islam.
SIS sangat konsisten menunjukkan pendirian mereka sebagai gerakan Feminis Liberal Islam. Walau tidak pernah mengaku gerakan mereka sebuah gerakan liberal. Tetapi setiap gerak geri mereka akhirnya menekan Malaysia ke arah negara Liberal Demokratik.
5 PAKEJ Islam Liberal pada SIS:
1) Relativisme : SIS mengunjurkan idea "tiada kebenaran yg bersifat mutlak". Kerana itu mereka mampu mempertikai kebenaran syariat Islam. (rujuk pendirian SIS terhadap "kami anak Allah")
2) Sekularisasi: SIS sedaya upaya cuba menyingkirkan unsur dan pengaruh agama dlm urusan duniawi. Kerana itu mereka menolak konsep Negara Islam di Malaysia. (rujuk pendirian SIS dalam isu tudung, fatwa pengharaman ratu cantik)
3) Liberalisme: SIS mengutamakan kebebasan berfikir dan berijtihad sehingga melanggar norma-norma Islam. (Rujuk isu SIS pertahan terbitan buku "Allah, Kebebasan & Cinta" yang secara terang mempromosi kebebasan murtad, meruntuhkan syariat solat, menghina Al Quran dan lain2)
4) Hermeneutik: Menafsir Al Quran bukan sebagai wahyu Allah tetapi sebagai teks yang boleh dipertikai kebenaran, penulisan dan syariatnya.
5) Perjuangan Gender : SIS turut memperjuang hak-hak golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender). (Rujuk isu SIS pertahan penganjuran program Seksualiti Merdeka yg menggalakkan golongan LGBT mengekpresikan diri mereka di Malaysia)
SIS sememangnya sebuah gerakan yang mendukung fahaman dan perjuangan Islam Liberal.
Tafsiran-tafsirannya terhadap hak-hak kemanusiaan berkiblatkan perundangan antarabangsa sehingga banyak melanggar syariat Islam.
Tafsiran-tafsirannya terhadap hak-hak kemanusiaan berkiblatkan perundangan antarabangsa sehingga banyak melanggar syariat Islam.
SIS telah difatwakan haram di Selangor. Tunggu fatwa dari negeri-negeri lain pula. Sesungguhnya tiada tempat buat gerakan Feminis Liberal Islam ini di Bumi Malaysia.
SIS tanya, kami bongkar!
PEMBINA
Meneraju Arus Mahasiswa
Berani sungguh! |
>>>Sisters in Islam @ SIS adalah salah satu contoh daripada sekian banyak pelaku agenda musuh dalam negara ni. Yang mencanang segala tipudaya supaya masyarakat ikut telunjuk mereka. Lagi sakit, bila ada mereka ini disokong oleh orang Islam sendiri. Jika SIS dan pelaku-pelaku liberal lainnya tidak dihalang, disekat atau apa sahaja istilah yang boleh mematikan gerakan sesumpah jahiliah ini, tidak mustahil Malaysia, negara yang kita sayangi ini ditenggelami (boleh bayang tak keadaan orang lemas macam mana????) dengan kemaksiatan berpanjangan. Come on, is this what we want???