Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, December 16, 2010

Mutabaah Amal

Bismillah wa alhamdulillah

Tak lupa selawat serta salam buat junjungan tercinta(malunya mengaku mencintai baginda(-_-)!), Rasulullah s.a.w., buat ahlul bait, para sahabat dan seluruh umat islam yang masih teguh berpegang pada kalimah tauhid Lailahaillallah.

Sebelum proceed kpd tajuk pembentangan, ceh2, nak crita skit tentang perasaan kucar- kacir hari ni. Hurm, kerana mindset hari ni result final keluar, punya la excited log in My Nemo dari pagi, blum masuk waktu pejabat pun lg. Tunggu punya tunggu sampai penat da nak tunggu, xde pun! maka log out la. Tiba2 dapat msg dari sahabiah, lebih kurang gini ayatnye, "salam, alhamdulillah ana lulus!" Eh??? Da kuar result??? Haih, da la baru shut down laptop kenela bukak balik. bila log in My Nemo (dengan kaki yang da sejuk2, jantung berdebar pun bole terasa) tengok2, NOTHING HAPPENED!!! Adoi, rupenye die bgtaw yang die lulus ujian memandu. Ish3x, anyway congrats ya nur amanina!

Ok, crita jiwa kucar- kacir da tamat. Now, nak crita tentang MUTABAAH AMAL.Apakah??? Pernah dengar? xpernah? Pernah tp x paham@ xtaw??? Act, mutabaah amal ni amalan2 yang sunat dilakukan setiap hari =). Juga sunnah Rasulullah! Mau jadi umat Rasulullah, maka, ikutlah apa yang Rasulullah amalkan, ok. Insya-Allah... Since masuk halaqah, first halaqah (da la xtaw pape- walaupun kat skola ada usrah, idakle awak taw bende2 mutabaah ni), dah disuruh wat mutabaah harian. Siap ade target lg. Alhamdulillah, berkat kesungguhan nak buat, capai target! Mesti ada yang cakap-ala, nanti nak penuhkan sebab nak capai target, t bila kene tnye xde la malu nak jawab- kan, kan? Hurm, mutabaah...Buat rasa dekat dengan Allah, klu dulu slalu sebut nama hamba-Nya lg banyak dari sebut nama Dia, tp bila amalkan mutabaah nama Allah banyak sebut, hati banyak ingat Allah. Alhamdulillah. Tentang mindset tu, kadang2 trasa gak, eh2, rini x abis 1 juz lg, eh2, rini istighfar x ckup 100 g. Pastu buatlah...For me, it's ok! Lantakla klu nak kate sebab just nak capai target ke ape, yang penting HATI ni,understand!!! HATI ni rasa nak buat, HATI ni rasa x selesa klu x xpenuh, HATI ni rasa kosong klu tertinggal satu amalan, semuanya berbalik pd HATI. Pernah je istighfar xckup, or tilawah x sampai 1 juz, tp as long as HATI (hati lagi ye) ni sentiasa ingat kat Allah, it's ok! Teruskan usaha. Buat selagi daya. Jangan paksa diri, tp jangan terlalu manjakan diri sampai amalan yang sebenarnya mampu buat, tp x terlawan dek nafsu yang nak berehat.(faham ke?). Ya, kadang2 rasa berat sangat kan nak buat, tp lawanla skit rasa manja-manji tu. Pernah dengar x, "Penat dalam berbuat kebaikan, penat tu akan hilang tp pahala kebaikan xkan hilang, suka wat kejahatan, suka akan hilang, tp dosa tu xkan hilang (melainkan yang Allah da ampunkan)". Jadi, bersusah-susah dahulu...taw da la kan sambungannye. Kita bersenang di akhirat nak x? =)

Ok, tu intro! hehe, Juz tuk suai kenal ngan mutabaah. Now, nak story bout mutabaah harian yang insya-Allah, bole diamalkan (klu ada tambahan lg baik-ikut kemampuan diri la kan). Buat masa ni, mutabaah yang diperkenalkan pd ana ialah tilawah, dhuha, qiamullail,istighfar, selawat, subuh jemaah, puasa sunat, bacaan ilmiah, dan yang terbaru solat sunat rawatib.


Tilawah Quran


Tilawah ni beserta tadabbur (mean, baca makna skali), tp kadang2 x baca pun, haih...tp xpe, yang penting baca! Jgn tinggal walau sehari ye. klu bz sgt pun satu helai ke satu muka ke jadilah. Buat masa ni, target sehari 1 juz. Banyak??? Hurm ,banyak ke? hehe, 10 helai@20m/s. nampak banyak kan.uh, cane ni??? Jangan risau, ade cara mudah nak capai satu juz. =)


5 waktu solat = 10 helai

So, 1 waktu solat baca 2 helai/ 4 mukasurat. kejap je, x lama pun.Cubalah!

Dhuha

Solat sunat dhuha, buat waktu dhuha! ngee ;). Waktunya panjang, searchla mana2 sumber yang sahih ye. Insya-Allah, banyak hikmah n kelebihan yang dapat bila amalkan solat sunat ni. Hati pun tenang je. Kadang2, bila tertidur, waktu dhuha mesti terjaga, bila nak tido balik, mata x mau pejam lagi. Terasa macam nak sangat bangun n solat. Penah je tertinggal, satu hari tu rasa xbermaya, jiwa rasa kosong, ceh2..tp betul, x tipu punye! Senang je, paling kurang solat 2 rakaat. abis, kejap je kan. Cubalah!

Qiamullail 

This is the best moment to meet Allah! I really love this moment. Best sgt2! Dapat cerita pd Allah semua yang kita alami, kita hadapi, kita rasa, macam kita crita2 ngan orang, tp ni kita crita kat Allah. Walaupun Allah mmg tahu tp Allah suka dengar kita merintih pd-Nya, puji2 Allah, rayu2 pd Allah. Klu rasa macam, eh, nak ckp ape ni, teringat plak kisah2 lame, dosa2 lame, crita2 lagi benda yang sama. Pastu nangis2. BEST!!! Lepas nangis, relief sangat. Rasa beban da hilang, macam dapat pelukan Allah, walaupun Allah x kelihatan, Allah sangat dekat! Paling best bila dapat dengar ayam berkokok masa qiam. Kawan kata, klu ayam berkokok, maknanya dia nampak malaikat. Wah! Masa yang ditunggu-tunggu! Kehadiran malaikat menyaksikan pertemuan hening antara manusia dengan Sang Pencipta. Tenang rasanya. Cubalah!

Istighfar

Boleh dilakukan bila2 masa. Lepas solat bole, terpandang org wat maksiat cepat2 istighfar, tetiba rasa nak wat maksiat cepat2 istighfar, bila2 la. Bila on da way nak g kelas, jalan kaki kan, ha, istighfar lagi, sambil menikmati pemandangan yang indah, yela, U dekat ngan laut. hehe, g kelas macam nak g picnic, hihi. Rasullulah pun beristighfar 100x. Itu dah dijamin masuk syurga, KITA??? Astaghfirullah...Malulah x cukup, tp aku insan biasa, nan lemah, kadang2 kemalasan, keberatan mulut merajai. Yang penting x tinggal! Cubalah!

Subuh berjemaah

Kadang2 senang, kadang2 susah. Kat u mungkinlah, dah biasa, tp kat rumah solat sendiri je =(. Klu dapat alhamdulillah. Cubalah!

Puasa sunat

Puasa sunat bila-bila pun bole kecuali pada hari2 yang diharamkan (maklumat lanjut, search sumber yang sahih dan boleh dipercayai). Bila puasa sunat, niat nak wat jahat pun hilang. Oksigen banyak digunakan di otak, oleh kerana sedikit je makanan yang nak dihadam, jd, gune oksigen skit untuk hadam lebih ada kat otak, jd, senang nak menghafal. Insya-Allah. Paling2 pun puasa 1 hari seminggu. Cubalah!

Bacaan ilmiah

Bacaan ilmiah ni banyak la kan, fiqah ke, sirah ke, haraki ke, ape2 saje. Tp janganlah komik jopun @ majalah2 ujang ke apo ke...Fahamlah kan, bacaan ilmiah...tepatnya islami. Bacalah!

Solat sunat rawatib

Klu subuh, [solat sunat sebelumnya], zohor, [sbelum n selepas], asar, [sebelum], maghrib [selepas], isyak, [sebelum n selepas]. Solat ni insya-Allah, untuk menampal kecacatan pd solat wajib. Yela, kadang2 hati ni x sepenuh khusyuk kan. Insya-Allah solat ni dapat bantu baikinya. Kalau solat sunat sebelum subuh, solat sunat tu lebih baik dari dunia dan seisinya. Bayangkanlah, kita dapat lebih dari dunia dan isi-isinya nih! WOW, WOW, WOW!!! Rasulullah bersabda, seandainya manusia tahu tentang kebaikan solat sunat sebelum subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak! maaf ya x tahu riwayat siapa. Tp ianya sahih, yang pasti. Dah tu, nak merangkak dalam selimut lg? x mau dunia dan seisinya bahkan lebih??? hehe. Cubalah!

Hah, abis da serba sedikit tentang amalan2nya. Di sini ada disertakan link tentang cara nak rekod mutabaah siap ngan jadualnya lg. Credit tu de creator(x tawla sape)! Akhir kalam, selamat bermujahadah & selamat beramal! (^_^)






0 comments:

Post a Comment