Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, September 29, 2014

Nak Ikut Tak?

Bismillah walhamdulillah

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim...

Alhamdulillah, tenang saja rumah akhawat sekarang. Masing-masing sedang kumpul tenaga untuk teruskan amal ibadah esok (harapnyalah). And me? Tahan mata sat, perlu share 'something good to share' dulu.

Alhamdulillah, lepas dah hujung minggu yang sangat hectic. Sampai KT pagi tadi, non-stop buat kerja, nak bersiap pergi kampus, kawan tanya, "Nak ikut tak?" (going to Kenyir). Yeay!!!! Of course la nak ikut (dalam hati doa harap lecturer tak cari, fuh). 

Tak dapat nak zoom. Camera phone je

Sampai dekat pulau, kawan turun air, cari kepah. Dapat tengok dari dalam bot je sebab pakai baju kurung, follow on the spot kan. Then, lepas cari kepah pergi Taman Orkid. Taman ni baru buka. Sekarang masuk free lagi, mungkin nanti kena bayar tiket. REZEKI!!! Cantik landskap taman ni, ada Pulau Asean (orkid-orkid daripada negara Asia-Filipina, Thailand, Indonesia, Laos...) dengan Pulau Malaysia kot nama dia. Tapi yang orkid Malaysia ni tak pergi, jauh lagi. Datang singgah Taman Orkid pun sebab nak solat.

One of the landscape in Orchid Park
Lepas pergi Taman Orkid, pergi tengok kepah yang kawan bela. Dah sebulan tak pantau. Alhamdulillah, kepah sihat-sihat belaka. Bolehlah balik dengan senang hati. 

Today, I learn one BIG thing, bahawa REZEKI kita memang Allah yang bagi. Just imagine, nak pergi Kenyir, macam tadi bot saja dah RM250. Tu baru tempah bot sehari. Speedboat. Kalau Houseboat RM1000/day. Tapi, geran dah support duit bot. Then, dapat pergi taman free-free je. And if I have to pay myself, memang taklah aku jejak Kenyir tu tadi. Dan Allah jualah sebaik-baik perancang. Allah tahu aku penat, dan bot menjadi saksi kepenatan tu (mana taknya, I slept most of the time dalam bot. haha). Allah tahu kepala ni berat dah nak fikir banyak benda, dapat rasa sepoi-sepoi angin Tasik Kenyir, panas yang terik pun tak terasa mana. In fact, semua pun dah tertulis kat Lauh Mahfuz. Alhamdulillah, masih dapat takdir yang baik. 

Pengajarannya, BERSANGKA BAIKLAH dengan Allah. Siapa sangka walaupun duit RM1 je dalam poket (ehem, aku taklah sampai camni, nak bagi perumpamaan je) dapat pergi jauh, kenal bumi Tuhan. With just a SIMPLE question, "Nak ikut tak?". Ok, ni je sharing hari ni.

Wassalam.... 

0 comments:

Post a Comment