Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, September 2, 2015

Jangan Dipaksa Takdir Itu

Takdir,
Suatu perkara yang tak perlu dirunsingkan,
Sudah tertulis kalam takdir itu, sejak azali,
Suatu kepastian yang harus dilalui, didepani, dirasai.

Takdir,
Adakalanya menyenangkan, adakala sebaliknya,
Ada ketika rasa bahagia, ada ketika bersulam duka,
Saat takdir tiba.

Takdir,
Kehidupan, kematian, jodoh pertemuan, rezeki di tangan,
Semua itu takdir.

Indah penerimaan takdir itu, dengan kesyukuran,
Kepada yang memberi takdir, Tuhan sekalian alam,
Ambil apa sahaja yang diberi,
Suka duka, bahagia, kecewa,
Ambil dan syukurilah.

Andai tidak kena dengan jiwa, tidak setara dengan yang diminta, janganlah dipaksa,
Ya, jangan dipaksa takdir itu,
Kerana itulah takdir terbaik buatmu :')


Thursday, July 9, 2015

Master's Diaries (Part 6)

Bismillah...

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim....


First of all, thank God, I've submitted my second phase journal to be published! Alhamdulillah thumma alhamdulillah. So, can I call it off? Yeay, 2nd phase is end! :D Tinggal satu fasa saja lagi. You can do it, yeah!

Telling about this phase, actually, it's not so difficult, I started conduct the analysis on April. About three months, quite a long time, right. It did happened as I was participating several competitions (link). It were times I felt, "oh God, I miss labworks", when I have to do something out of my master study, Finally, it ends! Alhamdulillah.

Telling on the paper, I took more or less three weeks to finish it. Quite slow, actually. Yes, there were times when we seat, and stay focus on the laptop, hoping to write more but don't know how to make at least a sentence. It was a time called "Otak jammed" and most of the times, it felt "oh, malasnya nak tulis!!!!" ^^ Ideas may come anywhere at any time, while taking a bath, while shopping (huh? really??), while chatting, any time :) My sv said, she always got new ideas while praying. It was a time, an idea came into my mind while I was driving, I kept memorize it so that I can write it on the paper. Thinking about this, I praise Allah as He is the one who give the ideas out of our expectation. Like what Zulkarnain said,

"Dinding ini adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila janji Tuhanku sudah datang, Dia akan menghancurluluhkannya; dan janji Tuhanku itu benar," (al-Kahfi: 98)

If we bear this in mind, we'll always realize that all of our kind deeds and intelligence is from Allah. Who wants to be like Qarun, right? Whose said:

  "Sesungguhnya aku diberi (harta itu) semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." (al-Qasas: 78)

Naudzubillah min zhalik. I always pray to Allah that my writing benefit others, as it sounds, "Ya Allah, jadikanlah apa yang aku tulis bermanfaat buatku dan orang yang membacanya." And this differentiate us (the Muslims) with the kuffar. They also did good things, deliver good knowledge, but at the end, it is useless as they do not have the true faith. 

That's all for today, thank you! (Mhehehehe)


#selamatmemburulailatulqadr


Ilmu suluh kehidupan (Lagu sekolah rendah saya) :D




Monday, June 29, 2015

Tak Akan Makin Mudah

Bismillah

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi washohbihi wasallim...


Resam hidup, tak pernah jadi makin mudah. Masa sekolah, rasa nak masuk U cepat. Tak terikat dengan peraturan sekolah. Boleh keluar masuk bila-bila, tak ada sekatan (tak semua U macam ni ya). Orang kata masuk U relax, belajar pun boleh enjoy. Jadual tak pack berturut-turut and so on...

Bila dah masuk U, rasa nak habis belajar cepat. Tak tahan dah nak buat assignments, lab report, jawab exam, apatah lagi menghabiskan final year project dengan satu tesis sebagai  penentu kaki ni ke pentas konvokesyen (I cakap macam ni sebab kat thesis ada tulis, "research report submitted in partial fulfillment of requirements for the degree of..." tak ada thesis, alamat tak grad la awak). 4 tahun rasa lama, nak cepat habis, nak kerja. Macam senang je kerja kan, buat benda rutin, duit pun dapat. 

Bila dah kerja, rasa nak berhenti. Nak duduk rumah saja, jadi suri pada suami. Macam senang je, duk goyang kaki, Bila dah kahwin, jadi surirumah pun, tak menang tangan. Apatah lagi yang cari pendapatan sampingan. Cerita lain pula bila dah beranak-pinak.

These are several situations happened to most of us-sekolah-masuk U-kerja-kahwin

Kita mengharapkan keadaan berubah supaya jadi lebih mudah, hakikatnya ia...

 TAK AKAN JADI LEBIH MUDAH

Sirah Rasulullah s.a.w., kehidupan insan sempurna kekasih Allah ini pun kalau diamati, jelas semakin berat tangungjawab baginda. Sejak lahir tak berbapa, usia remaja sudah berniaga (berniaga bukan mudah, kan3x?), melihatkan masyarakat yang tenat menyembah berhala, baginda beruzlah di gua. Turun pula wahyu, menjadi Rasul pemimpin umat, beban berganda. Dipinggir kaum sendiri lagi, bukan dugaan yang ringan. Bila sudah bertambah kekuatan sahabat, hadir perintah jihad diikuti pembebasan Tanah Haram, jelas semuanya tak mudah. Kawan, ini kekasih Allah.

Ya, hidup tak akan jadi lebih mudah, tapi tak bermakna perlu hidup dalam gelisah dan gundah. Berapa banyak pertolongan Allah buat Rasulullah s.a.w. :') Kuncinya, positif! Sangka baik pada Allah. Rasa tak mampu bukan alasan untuk kita tinggalkan sesuatu. Macam mana nak tahu kita mampu? Buat dulu. Rasa, hanya sekadar rasa. Berbuatlah, pasti ada hasilnya. Biar rasa susah, nak masuk syurga memang tak mudah :') 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
                                                                                                                                        (Al-'Ankabut: 2)




Teruslah berbuat, jangan menyerah, ok? Ya Allah, kuatkanlah :')







Wednesday, May 27, 2015

Master's Diaries (Part 5- From Cert to Silver)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah 3x, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi washohbihi wasallim.

Dear diary,

I'm not feeling well. Mild cough and running nose since last Saturday. Nak cuti :'( Okay, this's not the point. Tukar suis!

I just came back from KL few days ago. Cerita dah nak basi baru nak hupdate kan. Tak apalah, yang penting publish. So, ada apa dengan KL??? Here, International Invention & Innovation Exhibition @ ITEX'15! I was very looking forward to this event because it was the first international competition I ever joined. It was a great moment which I got the medal I've ever dreamed! Alhamdulillah, terima kasih ya Allah :')



Let's start with what had happened since last March. If last year I joined just one competition (Inovasi@ UMT which was chosen to participate at ITEX '15), this year I challenged myself in not 1 but 4 competitions; Poster competition@MIFT (March), Inovasi@Unisza (April), Inovasi@UMT (May) and ITEX'15 (May). Berani kau ye!

Poster competition & Inovasi@ Unisza

Disebabkan pengalaman pertandingan last year, so, jadi ter'excited' nak join competition lagi. These two were so-called nak cuba nasib je. Tak harap menang pun sebab present project baru. Tak banyak results lagi, tak gempak manalah kan. And yes, disebabkan semangat yang suam-suam kuku tu, dapatlah certs. Yeay!!! But the experience is so priceless! Di MIFT (9th Food Science and Technology Seminar by Malaysia Institute of Food Technology), dapat jumpa orang-orang yang sama niche dengan kita. They're all foodies including me, si tukang makan! Dekat sinilah kita dapat tengok all food-based researches di IPTA dan IPTS. Banyak juga U yang join, semenanjung sampailah ke Sabah. UMS was the champion and they will represent Malaysia for the international competition in Philippine this June, my SV kata UMS always the champion, cayalah!

Inovasi@Unisza pun best. Ini cubaan berani mati. I told my SV that I want to participate in this competiton, and she said, "Ok, kita join." 'Kita' la sangat kan! Daripada daftar, print poster sampailah present depan judges, buat sendiri je. My SV tolong semak abstract and poster, Ok la kan. Hati berbelah bagi sebenarnya sebelum hari pertandingan. Rasa nak tarik diri like what have I done? Apesal ko gatal-gatal pi daftar? Kerja lab, writing banyak lagi kan? Bla bla bla....syaiton sangat. Berat hati pun harung jugak, alhamdulillah, got new experience, become more confident for the next competition (wink2x)! I was so thankful that I found such an awesome designer, mek Jiha. She's the one yang tolong buat logo for my product. Here it is, cantik kan (geli pun cantik jugak) :D



Inovasi@UMT

This year, I was presenting my new product (Bio-Eelate yang berlogo santek tu). Kalau tahun lepas sv yang present depan judges, now, it's my turn! Horror sangat!!! Sebenarnya relax je (yelah kan, kata dah dapat confidence lepas join 2 competitions) tapi bila first judge datang, huh, heartbreaking! Baru je nak explain, dia terus potong and said, "Ok, let's make it short. Your poster is good enough, but look here, your method is so damn simple!". Ai, sakit jantung makcik!!! Then, she started questioning several questions, jawab je dengan tenang, senyuman penuh menawan (padahal dalam hati, only God knows, haih). Then, came the second judge. Alhamdulillah, baik sangat. Tanya pun lembut je. I adore you, prof Nora Aini! Nama pun nak sama :) The award ceremony was at the third day. Tengok je orang naik pentas. So, balik la dengan hati redha (takpelah bukan rezeki nak menang). Couple days after that datang bilik sv. She then said, "Ha Nura, our product got bronze". Me: La, yeke? Alhamdulillah, ingatkan tak menang, tahun lepas dia sebut semua dari bronze sampai gold. Patutlah sikit je yang naik pentas, dia sebut yang dapat gold je rupanya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! Seriously, didn't expect it sebab dah kena heartbreaking comment kan. Dapat bronze pun bahagia!

ITEX'15

The best part of ITEX'15 was its preparation. It took almost two weeks to prepare all the tapai and ice cream things, packaging lagi (Our product was tapai ubi ice cream). Hectic sangat! Part packaging la drama. Untuk label atas bekas, my sv nak print atas glossy sticker (macam label atas bekas wall's, King's, Nestle tu). Then, pergilah kedai print banner. Orang kedai tanya, nak berapa? Satu je, hehe. Satu kita tak buat, paling sikit 50 keping. Memang taklah kan! I made my own plan, mujurlah sv setuju. Tak susah, print laser macam biasa, then lekat transparent sticker atas dia. Cantik!


Pinjam bekas Wall's


 Tapi drama tak habis lagi. Design untuk cone ala-ala Cornetto tu pulak. Penat sungguh, sampai terlelap fikir macam mana nak buat cone shape dalam power point. Sorry la, I tak pandai nak guna photoshop. Nak minta khidmat my awesome designer, kesian pulak. Pukul 3 pagi baru dapat the real shape. Nikmat sungguh! 

Ok la kan untuk beginner :)

Untuk ITEX ni kena buat post lain, special sikit sebab ada event lain waktu ni. Kalau nak cerita the whole dalam ni, jadi panjang berjela. :D This's it, our Silver medal! Alhamdulillah!!! Ehem, sebenarnya ada kisah disebalik medal ni. Actually, satu team dapat satu medal je, kalau ahli lain nak kena beli RM90 untuk 1 silver medal. I was asked to buy 1 for my teammate. I went to the counter and bought it. I whispered, "Oh God, I really want this". Apakan daya cash cukup-cukup makan. Masa tu macam-macam dalam fikiran, nak buka plastik and ambil gambar medal tu, but my teammate will found out if I did that. So, bagilah ke tuannya. Muka ketat je dia ambil medal tu. What he said was, "Ala, I dah ada banyak silver" (because he bought 2 medals, silver and bronze but the bronze was out of stock and he has to wait for the medal to be sent by post). Dalam hati aku, "Oh, please dr., bersyukurlah, aku ni mampu tengok je". The next day, before the award ceremony, a staff went to our booth and passed a medal. My sv took it and asked him, "For whom?". He then said for our teammate (dia ingat dr. tu tak dapat lagi medalnya). I said I had taken for him. Ayok! So, my sv said, "Nah, take this. it had happened to me before when I joined ITEX during my study". Sama pulak nasib kita kan. Alhamdulillah, I got it for FREE!!! Salah tak? I don't know, I called it REZEKI, heheh ;)

Ampun, gambar tak clear




  
Tuesday, March 3, 2015

Kerana aku seorang ukhti

Bismillah walhamdulillah

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim


Kerana Aku Seorang Ukhti

Mereka kata aku seorang ukhti,
Bila aku fikir semula, seakan-akan tidak.
Ukhti yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah, aku rasa seorang yang sempurna.
Sopan-santun, menutup aurat, aktif, sempurnalah serba-serbi.
Tapi, aku rasa, aku bukanlah orang macam tu.

UKHTI,
Ianya satu gelaran bagi mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah,
Seorang insan yang dipilih Ilahi untuk berada di barisan hadapan memimpin umat ini.
Ukhti, bukanlah kesempurnaan yang dicari,
tetapi, usaha perbaiki diri, itulah yang diidami.

Aku rasa aku ibarat layang-layang,
Yang sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
Terbang mengikut angin yang tak tahu ke mana arahnya.
Sudah berkali-kali aku bertukar usrah,
Aku keliru. Inikah yang dikatakan tarbiyah yang tersusun?
Macam tiada perancangan je.
Bertukar mas'ulah baru dan ahli usrah yang baru membuatkan aku tidak selesa,
Rasa tidak serasi dengan mereka, sikap mereka yang kadang-kadang menggeramkan aku,
Aku tak sabar.
Apa sebenarnya yang berlaku ni??

Tarbiyah ini letaknya pada percaya,
Ukhuwwah ini letaknya pada lapang dada.
Jika percaya, manakan bisa ragu,
Jika lapang dada, perlukah geram itu?
Jalan ini jalan untuk mendidik diri,
Menjadi insan pilihan Ilahi,
Menjadi umat kebanggaan Nabi.
Biarkan ukhti, biarkan layang-layang itu terbang ke sana ke mari,
Asalkan ia ditiup angin suci, insya-Allah, tenanglah hati.

Kadang-kadang aku rasa sangat penat,
letih, lelah, selalu juga rasa tekanan, stress...
Terdetik juga kadang-kadang, banyaknya kerja aku!
Program tarbiyah, persatuan lagi, dakwah lagi, sangat banyak!
Ikhlas tu kadang-kadang sukarnya nak menjengah,
Rungutan pun selalu saja singgah.
Macam mana ni???
Aku nak tsabat dalam jalan ni :'(

Ukhti,
Ingatkah dikau akan pesanan sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah yang kita sanjungi?

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu,
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu,
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu

Ukhti,
Andai benar kau berpegang pada janji,
Andai benar kau berpegang pada janji,
Teruslah bergerak, ukhti...


Credit: TheSyahidSeeker


Hasil nukilan,
Ukhti Mawar & Cik Delima
Friday, February 13, 2015

My Best Friends' Wedding

Bismillahirrahmanirrahim

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim


This month, two of our old-tyme-best-eva-buddyz will end their single mingle journey to double trouble life! (LOL)

Dira & Faiz (14.2.2015)
Phyzah & Afiq (21.2.2015)

So, dearest, I dedicated this to both of you ^_^

MARRIAGE...
It's a journey
Of seeking Allah's blessings 
Live it, love it,
Appreciate every single second of it

HIM
He's your friend, your partner, your lover,
He's the one that Allah had chosen for you
Surely, he'll be the one that you cared most
With him, every single second is the moment to be cherished 

YOU
You'll be a wife (macam tak percaya!)
Every kind deeds is the token for you to enter His heaven
Your smile, acts brighten his day
You are his QUEEN

FAMILY
It's a test
Whether you obey or betray
Plan wisely
And let Allah's help accompany


Dearest, I won't be there, on one of the best days of your life, can only send my prayers to you. May you guys be blessed with unending rahmah. Surely, you'll be his most beautiful bride (wish I were there). 

Stay calm and be gorgeous ;)


                                                                                                                                           With love,
                                                                                                                                           Cik Delima


     
Courtesy: Mama Anggun

Monday, February 2, 2015

The power of Du'a

Bismillah...

Alhamdulillah, sholowatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi washohbihi wasallim...


Tegas dan tenang suara sang Pengarah memberi taklimat,

"Untuk mabit kali ni, ada beberapa syarat yang kita semua perlu patuhi. Selepas solat Isyak nanti, setiap orang perlu kumpulkan phone masing-masing dalam bekas yang dah disediakan.....
....Esok, qiamullail kita mula jam 4.30 pagi. Kita cuba bangun tanpa 'alarm'. Jam 5.30 pagi kita mula tadarus quran berpasangan..."

Hah??? Bangun tanpa alarm? 4.30 pagi lagi. Dapat bangun tak tu??? Pray, keep praying, "Ya Allah, bangunkan aku jam 4.30pg ya Allah, aku mahu bertahajjud di hadapanMu". Pejam mata dan terus berharap.

4.00++am
"Akak, bangun". Terasa dikejut. Kebanyakan ruang telah kosong, alhamdulillah, ramai dah bangun(detik hati). Bersihkan diri, bersiap untuk menghadap Rabbul 'Izzati. Alhamdulillah, qiamullail, witir berjemaah dan tadarus berjalan seperti yang dirancang. Tiada seorang pun yang tertinggal, lulus semuanya!

"Kita tidur tiada telefon, tiada alarm. Bergantung pada Allah saja, doa banyak-banyak, doa...."

Jauh di sudut hati, sangat bersyukur dikelilingi bidadari yang celik hati, tertanya-tanya, apa doa mereka? Sehingga sangat mudah mereka bangun disaat manusia seusia mereka kebanyakannya diulilt mimpi. Hanya Allah yang tahu. Yang pasti, bidadari-bidadari itu, mereka harapan ummah!

Alhamdulillah
Malam Bina Iman & Taqwa (30 Januari 2015/9 Rabi'ulakhir 1436 H)




Friday, January 30, 2015

Master's Diaries (Part 4)

Bismillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Selawat dan salam buat kekasih Allah, s.a.w., keluarga, sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya.

First semester is going to the end, next month dah mula sem 2! Excited pulak rasa(sekarang la, nanti-nanti tak tau la rasa apa).  ^^

Perhaps, I can say, it's a perfect ending for this semester when I had done presenting my research proposal.

Have been proposed!

Sebenarnya, proposal presentation ni tak ada apa sangat pun, just to show others what's our study about. (tapi x ada apa-apa pun, sampai mimpi-mimpi la, berepisod pulak tu!). It's a relief when one of the lecturers said that the project is good! Alhamdulillah. Sebelum present ni, ada senior share, "Kalau proposal ok, insya-Allah, whole project akan ok, kalau proposal pun banyak doubtful question, mesti lepas-lepas ni akan ada banyak problem" (ha, mana tak sampai mimpi-mimpi kan). But, that comment saved my day, fuh! Alhamdulillah, hope for a brighter tomorrow :D

Ok, that's all for the proposal. Lepas ni focus thesis pulak. Tips??? Love your study, live it and love it ;)

Alhamdulillah,
One step left, more steps ahead, insya-Allah.

The end


Sunday, January 11, 2015

Burdening Burdens

Bismillah

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi wa shohbihi wasallim...

Astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim

Naik panas dahi hari ni. Buka telegram, buka watsapp, fb lagi, link yang sama, gambar yang sama. Allahuakbar! Hati dah terlalu banjir sampai airmata sikit pun tak boleh keluar. Rasa nak muntah pun ada. Saya mengharapkan Malaysia yang lebih 'bersih' (BUKAN BERSIH 1.0, 2.0 ATAU SEBANYAK MANA BERSIH PUN YANG ADA) selepas musibah yang menimpa negara. Belum sampai dua minggu masuk tahun baru, Malaysia sudah dicemari. Ya, SUDAH TERCEMAR!!!

Saya taknak komen panjang mengenai apa yang telah berlaku, apalagi nak jumpa sorang-sorang adik2 tu untuk dipiat-piat telinganya. Buat apa nak bercakap dengan orang yang lemas (in this case, lemas dalam lautan nafsu). Orang lemas tak boleh nak concentrate. 

Jadi, post ini adalah untuk orang-orang yang sedar. Sedar hati, sedar mata, telinga, akal dan segala pancaindera yang ada.

Ya ayyuhal ikhwah wal akhawat,
Masalah ini masalah kita,
Tanya diri, apa dosa sampai berat nak bergerak?
Tanya diri, apa dosa sampai susah sangat nak terangkan pada mereka Allah itu dekat?
Tanya diri, apa dosa sampai boleh duduk diam saja tengok maksiat???
Dan ini juga masalah saya :'(

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin

Untuk adik2 itu, 
Thank you sisters, you are burdening burdens!



Wednesday, January 7, 2015

Ada Apa Dengan 2015?

Bismillah....alhamdulillah....

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., kesayangan Allah, keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.

Hampir seminggu kita dah masuk tahun baru, ya, tahun 2015. Bermaksud dah hampir satu per-empat abad aku hidup bernafas kat dunia ni. Alhamdulillah...

Bagi aku, 2014 berakhir dengan penuh sayu, peristiwa banjir di hampir semua negeri kat Semenanjung Malaysia ni, kapal terbang Air Asia terhempas, berita orang meninggal kena bom, dan gambar-gambar pasca banjir yang sungguh, sangat menyayat hati. Allahuakbar, betul, kalau perasan dah 2 tahun Malaysia tak buat sambutan tahun baru (kalau tak silap, masa 2013 sebab peristiwa Lahad Datu). Sungguh, Allah tak jadikan semua ni sia-sia. Sangat-sangat beruntung orang yang dapat kutip hikmahnya (menghabiskan 2014 dengan solat taubat, derma, bantuan tenaga, dll., untungnya kalian).

Now, It's 2015!

Ada apa dengan 2015? Sincerely, I really don't have idea what'll happen through this year (of course, kita hidup atau tak esok pun kita tak tahu, kan?). But....I have ideas on what to do in 2015 (lots of ideas)! Yes, ni lebih penting, instead of kita fikir, apa yang bakal berlaku, buat apa nak tanya kerja Allah?

Now, let's colour our 2015 with various deeds with the aim (pasang niat tau) of seeking Allah's bless! 
And don't forget, plan wisely. So, do have a planner! 

Plan, do and rely them to Allah
May you have a blessed 2015, friends! :D