Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, March 3, 2015

Kerana aku seorang ukhti

Bismillah walhamdulillah

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim


Kerana Aku Seorang Ukhti

Mereka kata aku seorang ukhti,
Bila aku fikir semula, seakan-akan tidak.
Ukhti yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah, aku rasa seorang yang sempurna.
Sopan-santun, menutup aurat, aktif, sempurnalah serba-serbi.
Tapi, aku rasa, aku bukanlah orang macam tu.

UKHTI,
Ianya satu gelaran bagi mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah,
Seorang insan yang dipilih Ilahi untuk berada di barisan hadapan memimpin umat ini.
Ukhti, bukanlah kesempurnaan yang dicari,
tetapi, usaha perbaiki diri, itulah yang diidami.

Aku rasa aku ibarat layang-layang,
Yang sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
Terbang mengikut angin yang tak tahu ke mana arahnya.
Sudah berkali-kali aku bertukar usrah,
Aku keliru. Inikah yang dikatakan tarbiyah yang tersusun?
Macam tiada perancangan je.
Bertukar mas'ulah baru dan ahli usrah yang baru membuatkan aku tidak selesa,
Rasa tidak serasi dengan mereka, sikap mereka yang kadang-kadang menggeramkan aku,
Aku tak sabar.
Apa sebenarnya yang berlaku ni??

Tarbiyah ini letaknya pada percaya,
Ukhuwwah ini letaknya pada lapang dada.
Jika percaya, manakan bisa ragu,
Jika lapang dada, perlukah geram itu?
Jalan ini jalan untuk mendidik diri,
Menjadi insan pilihan Ilahi,
Menjadi umat kebanggaan Nabi.
Biarkan ukhti, biarkan layang-layang itu terbang ke sana ke mari,
Asalkan ia ditiup angin suci, insya-Allah, tenanglah hati.

Kadang-kadang aku rasa sangat penat,
letih, lelah, selalu juga rasa tekanan, stress...
Terdetik juga kadang-kadang, banyaknya kerja aku!
Program tarbiyah, persatuan lagi, dakwah lagi, sangat banyak!
Ikhlas tu kadang-kadang sukarnya nak menjengah,
Rungutan pun selalu saja singgah.
Macam mana ni???
Aku nak tsabat dalam jalan ni :'(

Ukhti,
Ingatkah dikau akan pesanan sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah yang kita sanjungi?

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu,
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu,
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu

Ukhti,
Andai benar kau berpegang pada janji,
Andai benar kau berpegang pada janji,
Teruslah bergerak, ukhti...


Credit: TheSyahidSeeker


Hasil nukilan,
Ukhti Mawar & Cik Delima

2 comments: