Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, June 29, 2015

Tak Akan Makin Mudah

Bismillah

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi washohbihi wasallim...


Resam hidup, tak pernah jadi makin mudah. Masa sekolah, rasa nak masuk U cepat. Tak terikat dengan peraturan sekolah. Boleh keluar masuk bila-bila, tak ada sekatan (tak semua U macam ni ya). Orang kata masuk U relax, belajar pun boleh enjoy. Jadual tak pack berturut-turut and so on...

Bila dah masuk U, rasa nak habis belajar cepat. Tak tahan dah nak buat assignments, lab report, jawab exam, apatah lagi menghabiskan final year project dengan satu tesis sebagai  penentu kaki ni ke pentas konvokesyen (I cakap macam ni sebab kat thesis ada tulis, "research report submitted in partial fulfillment of requirements for the degree of..." tak ada thesis, alamat tak grad la awak). 4 tahun rasa lama, nak cepat habis, nak kerja. Macam senang je kerja kan, buat benda rutin, duit pun dapat. 

Bila dah kerja, rasa nak berhenti. Nak duduk rumah saja, jadi suri pada suami. Macam senang je, duk goyang kaki, Bila dah kahwin, jadi surirumah pun, tak menang tangan. Apatah lagi yang cari pendapatan sampingan. Cerita lain pula bila dah beranak-pinak.

These are several situations happened to most of us-sekolah-masuk U-kerja-kahwin

Kita mengharapkan keadaan berubah supaya jadi lebih mudah, hakikatnya ia...

 TAK AKAN JADI LEBIH MUDAH

Sirah Rasulullah s.a.w., kehidupan insan sempurna kekasih Allah ini pun kalau diamati, jelas semakin berat tangungjawab baginda. Sejak lahir tak berbapa, usia remaja sudah berniaga (berniaga bukan mudah, kan3x?), melihatkan masyarakat yang tenat menyembah berhala, baginda beruzlah di gua. Turun pula wahyu, menjadi Rasul pemimpin umat, beban berganda. Dipinggir kaum sendiri lagi, bukan dugaan yang ringan. Bila sudah bertambah kekuatan sahabat, hadir perintah jihad diikuti pembebasan Tanah Haram, jelas semuanya tak mudah. Kawan, ini kekasih Allah.

Ya, hidup tak akan jadi lebih mudah, tapi tak bermakna perlu hidup dalam gelisah dan gundah. Berapa banyak pertolongan Allah buat Rasulullah s.a.w. :') Kuncinya, positif! Sangka baik pada Allah. Rasa tak mampu bukan alasan untuk kita tinggalkan sesuatu. Macam mana nak tahu kita mampu? Buat dulu. Rasa, hanya sekadar rasa. Berbuatlah, pasti ada hasilnya. Biar rasa susah, nak masuk syurga memang tak mudah :') 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
                                                                                                                                        (Al-'Ankabut: 2)




Teruslah berbuat, jangan menyerah, ok? Ya Allah, kuatkanlah :')







4 comments: