Alhamdulillah, sholowatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi washohbihi wasallim...
Tegas dan tenang suara sang Pengarah memberi taklimat,
"Untuk mabit kali ni, ada beberapa syarat yang kita semua perlu patuhi. Selepas solat Isyak nanti, setiap orang perlu kumpulkan phone masing-masing dalam bekas yang dah disediakan.....
....Esok, qiamullail kita mula jam 4.30 pagi. Kita cuba bangun tanpa 'alarm'. Jam 5.30 pagi kita mula tadarus quran berpasangan..."
Hah??? Bangun tanpa alarm? 4.30 pagi lagi. Dapat bangun tak tu??? Pray, keep praying, "Ya Allah, bangunkan aku jam 4.30pg ya Allah, aku mahu bertahajjud di hadapanMu". Pejam mata dan terus berharap.
4.00++am
"Akak, bangun". Terasa dikejut. Kebanyakan ruang telah kosong, alhamdulillah, ramai dah bangun(detik hati). Bersihkan diri, bersiap untuk menghadap Rabbul 'Izzati. Alhamdulillah, qiamullail, witir berjemaah dan tadarus berjalan seperti yang dirancang. Tiada seorang pun yang tertinggal, lulus semuanya!
"Kita tidur tiada telefon, tiada alarm. Bergantung pada Allah saja, doa banyak-banyak, doa...."
Jauh di sudut hati, sangat bersyukur dikelilingi bidadari yang celik hati, tertanya-tanya, apa doa mereka? Sehingga sangat mudah mereka bangun disaat manusia seusia mereka kebanyakannya diulilt mimpi. Hanya Allah yang tahu. Yang pasti, bidadari-bidadari itu, mereka harapan ummah!
Alhamdulillah
Malam Bina Iman & Taqwa (30 Januari 2015/9 Rabi'ulakhir 1436 H)
Malam Bina Iman & Taqwa (30 Januari 2015/9 Rabi'ulakhir 1436 H)
alhamdulillah rindunye kan nak mabit sama2.
ReplyDeletesyg enti jugak lillah ;') ehem
same2 doa supaye kite tsabat dan kuat untuk beramal.insya-Allah
Ahabbakallazi ahbabtani lahu :')
ReplyDelete