Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, May 20, 2013

Le Français (Mon Quatrième Langue Apres Le Malais, L’Anglais et L’Arab)


Bismillah, Alhamdulillah…

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, para sahabat dan umat Islam sedunia.

Bonjour! Ça va? Moi, ça va bien. Aujourd’hui, je vuex parler Le Français. ^_^

Je m’appelle Voletta (mon nom en Français). Je suis 23 ans. J’étudie à l’Université Malaisie Terengganu. Mais maintenant, je travaille à l’Hôpital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. J’aime beaucoup apprendre le Français. J’ai apprendré le Français à ma université en trois semestres. Ma madame est trés bien. Elle s’appelle Syarifah Muzdalifah Binti Syed Ahmad. Elle est belle et longue. Elle a parlé beaucoup l’histoire de Français. C’est pourqoui je veux aller au Français pour visiter le Musée de Lourve, la Tour Eiffel et le Parc Astérix! 

La Tour Eiffel (credit)

Ok, kalau nak tau meaning dia, google translate ya. Sebenarnya banyak nak cerita tentang French language. Suka sangat belajar bahasa Perancis, I don't know why, maybe I just love languages. Dalam post yang seterusnya, insya-Allah saya akan kongsikan cara belajar bahasa  Perancis ikut pengalaman saya. 

Enjoy your day! Au revoir ^_^
Friday, May 10, 2013

Bekal


Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan umat Islam.

Salam Jumaat everyone! Have you done reciting al-Kahfi? Alhamdulillah, tak lama pun kan. It took only 30 mins (dengan tajwid okay (^_^)). Bekal? What 'bekal' do I want to talk about? Teringat cerita Lady Boss, part Apek kata," Mak kata bekalan dunia akhirat" waktu Erra tanya,"Eh, bawak bekal?" Haha. Yup, bekalan akhirat. That's what I want to stress about.

credit



Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala

Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan

Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia kan ditinggal pergi

Apalah gunanya harta di sisi

Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi


Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia

Belum tentu membantu kita

Menjadi bebanan dan menyusahkan
                                                                                                                       In-Team: Pesona Dunia

Can you see that 'bekal' word? Agak-agak berapa banyak ye bekal kita untuk kita tunjuk pada Allah? Hari-hari pun solat, baca quran and other good things. Dan malaikat sentiasa mencatitnya. Hari-hari pun cakap pasal orang lain (without knowing it's true or not) and sometimes being disrespect towards others, dan malaikat pun mencatitnya. Sometimes, kita rasa banyak dah perkara baik kita buat, tapi kita kadang-kadang tak sedar yang amalan kita buat tu dah terbang macam daun ditiup angin disebabkan kebatilan yang kita buat. :'( Nauzubillah...

So friends, jom beramal dan tambah bekal! Truly, we're not perfect. Tapi Allah kan Maha Penyayang. 

Allah the Almighty has said:"O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you. O son of Adam, were you come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dosa minimbun-nimbun macam awan?
Busar macam bumi?

Turn to Allah and He will forgive us
See, Allah itu Maha Pengampun. Tak kira dosa kita sebanyak awan di langit, sebesar bumi, Allah tetap ampunkan kalau kita bertaubat. (^_^)





Friday, April 26, 2013

Mon Pere, Mon Amour (My Father, My Love)

Bismillah, alhamdulillah

Sholawatu wassalam a'la Rasulillah, wa 'ala alihi wa shohbihi wassallim...

Hari ni blogwalking ke blog Dr. Zainurrashid (link) dan baca entri beliau tentang kepentingan memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Nampak sangat sikap kebapaan dalam diri Dr. Untung anak-anak Dr. Punya parents yang sangat pentingkan 'tarbiyatul awlad' demi melihat anak-anak berjaya dunia akhirat. Bekalan juga buat mereka di 'sana' kelak.

I have my abah too!!! Walaupun tak banyak kenangan-kenangan indah dengan abah tapi setiap peristiwa yang berlaku bersama abah SANGAT INDAH! Ada orang sangat rapat dengan ayah diorang, boleh bermanja, tidur ngan ayah (even dah besaq panjang), cerita hal-hal peribadi (all sorts of cerita), everything semua nak ayah. Sincerely, i'm not! Haha, ayat macam nak cari gaduh. No, my abah sangat baik and i'm proud to be her daughter, seriously.

Sebelum abah pencen dan jadi imam, abah adalah seorang jurutera di salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia (ayat nak gempak >.<). Jadinya, abah tak selalu ada dekat rumah. Dua ke tiga minggu pergi kerja, then balik cuti seminggu dua. Mungkin sebab tu lah tak berapa rapat dengan abah compared to mama. Tapi bila abah balik, best sangat! Macam-macam boleh buat dengan abah.

Bila abah balik kerja, abah bau wangi, bau kapal terbang. Best! Dulu, waktu kami kecik lagi, bila abah balik dia akan duduk dekat kerusi dan kami akan bukakan stokin dia, gulung-gulung. Heheh. Itu memang saat yang dinanti-nanti. Kalau abah balik, abah tak akan balik dengan tangan kosong. Ada je 'penambah kalori' yang dia akan bagi. Pistachios, smarties botol besar yang ada Disney characters dekat penutup dia and Nuss.
Kacang pandai (^_^)
Macam ni! Tapi dulu punya lagi comel (^_^)
Love the combination of hazelnut and choc so much! (^_^)
Kalau abah tengah cuti, abah akan hantar kami ke sekolah (sekolah jauh di pekan, jadi kena naik kereta). Sememangnya dah menjadi habit waktu sekolah rendah pakai kasut dalam kereta. Banyak kali juga terkejut di tengah jalan then, perlahan-lahan cakap kat abah, "Abah, kasut tertinggal". Abah pun patah baliklah. Adoi, dah la masa cukup-cukup je sebab keluar rumah pukul 7.15pg. Perhimpunan pukul 7.30pg. Dari rumah ke sekolah, 15 minit naik kereta. Makanya, selalu jugaklah kena berbaris depan semua orang sebab datang lambat. sigh*. Pernah satu hari (I was in standard 3), kejadian yang sama berlaku. Tapi abah tak nak patah balik sebab dah half way. Bila sampai depan pagar sekolah abah suruh turun juga. Katanya, "Pakai je apa-apa selipar yang ada". Malangnya, sepasang selipar pun x ada dalam kereta tu. Tapi kena jugaklah keluar. Mujur boleh nyorok dekat kantin (sebab kantin sebelah tapak perhimpunan). Bila semua dah masuk kelas, kita perlahan-lahan keluar dari pagar depan sekolah (boleh bayang tak keluar with bare foot.haha). Then, terus pergi ke public phone and call rumah. Then, cakap kat abah, "Hello abah, cikgu suruh datang sekolah bawak kasut". Abah kata ok. Tunggu punya tunggu kat tepi jalan tu, tiba-tiba kereta ustaz berhenti tepi jalan, malunya!!!!Ustaz bawa balik sekolah then bagi pakai selipar yang ada kat pra-sekolah tingkat bawah. Bila abah sampai and bagi kasut, pakai cepat-cepat. Abah tanya, "Mana cikgu yang suruh datang tu?" Alamak! Terus geleng dan cakap x ada pun. (hihi, sorry abah). 

Ada lagi sweet memory dengan abah. Waktu tu pun masih sekolah rendah. Mungkin dalam darjah empat atau lima. Ada satu hari tu, gaduh dengan adik (selalu sangat gaduh dengan dia dulu, well, sisters...). Tapi waktu tu bengang sangat sebab mama bela adik. Then, kurung diri dalam bilik (mogoklah konon. Bilik ni best, ada singki bersimen and belakang tu ada ruang untuk menyorok). Lepas gaduh-gaduh tu abah and mama pergi kenduri. Bila balik rumah, still menyorok. Then, abah tanya abang and adik-adik yang lain, "Aya mana?". Semua cakap tak tau. Abah pun mulalah mencari-cari dan memanggil-manggil. Abah masuk bilik and panggil lagi.. Waktu tu rasa sangat terharu then mulalah teresak-esak. Abah dengar, abah tarik tangan suruh keluar. Tapi buat keras, merajuk kan. Abah tarik jugak and bila keluar tu abah terus peluk. Apa lagi, makin tersedu-sedan la. It was a long moment, I told you. Bila dah reda sikit abah tanya, "Kenapa?" (yela, dia tak terlibat pun dalam scandal merajuk ni.haha). Jawapannya pendek and kelakar pun ye jugak, "Dila tak sayang dekya". Sedu lagi (wahaha). Tapi abah tak gelakkan. I was still in his arms. Abah pun panggil dila and tanya, "sayang kaktam tak?" (haha). Dila kata sayang. Salam-salam, baik balik. I was touched (sampai sekarang ingat) sebab abah tak naik suara sikit pun (and tak jadikan ni benda remeh) and abah held me long. Sampai berhenti nangis. Mesti habis basah baju dia. (^_^). Thank you abah.

It's too long untuk cerita all moments dengan abah. Kenangan yang tak akan pernah dilupakan. Ever! Kenangan yang buat diri ni membesar dan mengambil pelajaran dalam setiap saat meniti liku-liku kehidupan (chewah!!!). Abah tegas and funny too. Kalau abah nak tegur, dia cakap ringkas je, "Don't make it as a habit! (Bila dia tengok jalan hentak kaki, cuci tangan then main renjis je sesuka hati, telefon kawan lama-lama >.<). Dan memang tak buat jadi habitlah lepas tu. 

Abah, I adore you
You are the best father that Allah gave me
Who taught me to read His love letters
 Who corrected me when I've done wrong
Who showed me a good example of being a good son/daughter
You...will never be replaced!
Je t'aime abah! Pour toujours...


Handsome kan abah saya (^_^)


#Love dedication for abah







Wednesday, April 24, 2013

Sihat Itu NIKMAT

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat-sahabat baginda dan umat Islam sedunia.

Sihat itu bagiku
Bila fizikal dapat berfungsi membuat sesuatu
Sihat itu bagiku
Bila akal masih boleh berfikir dalam mencari redha yang Satu
Sihat itu bagiku
Bila setiap saat dapat dilalui tanpa ada rasa buntu
Sihat itu...
Anugerah Allah, Tuhanku (^_^)

Ya, kalau fizikal tak sihat, macam mana nak buat sesuatu dengan baik? Teringat arwah atuk, bila sebelah kakinya kena potong, semua kerja pun harus dibantu. Mulut keluar kata-kata marah, marahkan dirinya. Bukan merungut, mungkin dia rasa bersalah bila orang lain perlu bantu dia. Atuk, I always miss u. 

Ya, bila akal berfikir sesuatu yang Allah tak suka, akal ada penyakit (walaupun fizikal tengah sihat). Akal sakit! Asyik fikir maksiat, asyik fikir nak marah orang, asyik fikir aku betul engkau salah. Akal itu tengah sakit. Kadang-kadang kita tak sedar yang akal kita tengah sakit. Macam mana nak tahu akal sihat atau sakit? Tanya diri, bila aku fikir macam ni, nak buat macam ni, Allah redha x? Then, nilai, sihat ke sakit?

Ya, walaupun tak boleh jalan, walaupun susah nak angkat tangan, walaupun kepala ada jahitan, tapi kalau kita dapat lalui semuanya tanpa rasa buntu, itu tandanya kita masih sihat! Macam mana tu? Kan kaki, tangan, kepala tengah sakit? Bagiku, selagi mana kita bersyukur dengan segala pemberian Tuhan, kita masih sihat. Kunci sihat adalah kesyukuran. :)

Sihat itu pilihan anda
Jom amalkan gaya hidup sihat (oh, mentang-mentanglah student nutrition >.< ). Sihat badan dan akal fikiran. Sentiasa bersyukur dengan segala ujian dan sentiasa ingat, Allah tempat bergantung harapan. Yeay!!!

# saja buat post ni sebab sekarang praktikal kan dekat hospital. Hari-hari pun tengok orang sakit (mungkin dalam sakitnya dia sihat). Bila tengok yang sakit-sakit teruk tu, hati berdetik, Ya Allah, kalau aku sakit, janganlah sakit yang aku tak mampu nak tanggung (biar aku 'sihat' dalam sakitku). 


tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com



Monday, April 22, 2013

Suka Duka Hari Penamaan Calon

Bismillah walhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan yang amat dirindui, Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, sesi penamaan calon di Parlimen Kapar telah berakhir dengan jayanya. Pengalaman pertama yang SUNGGUH, unforgettable. Di sini, nak kongsikan pengalaman untuk tatapan pembaca dan diri sendiri (bagi selalu ingat dan muhasabah diri) ^_^.

Jumaat malam,
Homestay dah penuh dengan legasi dari Melaka, sudahnya bermalam di rumah seorang ukht. Serba sederhana. Imagine, we're arrived at 12.00 midnight. Kawasan kampung dah sunyi. Rumah keliling dah gelap. Tapi ukhti U tetap sanggup buka pintu dan benarkan kami bermalam di rumahnya. Seharusnya, waktu ni terus lelap sebab esoknya perlu bangun awal tapi ukhti U suruh minum air dulu :'). Contoh yang sangat baik, memuliakan tetamu.

Sabtu,
Bangun, bersiap, solat subuh di Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan terus ke taman. Langit mula mencerah, ikhwah dan akhawat dah ramai berkumpul. Wajah jelas tenang dan yakin. Selesai taklimat dan bersarapan, kami mula berbaris. Jarak ikhwah dan akhawat dijaga. Abah, Abi, Ayah dan yang sewaktu dengannya setia menjadi pemagar agar kami (akhawat) tidak diganggu. Tak sabar dah nak ke tempat penamaan calon. 


Bendera hijau dengan lambang bintang putih ditengahnya diagihkan. Semangat makin membara. Rasa macam nak bergerak berjuang ke medan perang. Kaki mula melangkah, bendera dinaikkan, senang melihatnya berkibar ditiup di udara, mulut dah terkumat-kamit melafazkan asma' Allah, beramai-ramai. Subhanallah, sungguh mendamaikan. 

Sampai di tapak tempat kami perlu berkumpul, polis berderetan di depan. Kami perlu landing di situ. Aktiviti bermula.

1) Berteduh di bawah pohon mengalunkan al-Ma'thurat dan surat cinta Allah. Berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat. Ya Allah, moga ada hati yang lembut, moga ada hati yang tersentuh. Tak perlu lagi ada sorakan caci mencaci. 

2) Usai bertilawah, sesi tazkirah dimulakan. Gain refreshment daripada akhawat senior. Dengar cerita tentang perjuangan Rasulullah s.a.w., tak dapat nak tahan air mata yang dah bergenang. Jatuh juga, mulut berselawat. Bibir tersenyum, ada getaran di situ. Ya Rasulullah, rinduku padamu, Allah sahaja yang tahu. Hati bagai direntap bila seorang ukhti mengingatkan, kita bakal menang, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Jangan buat maksiat. Takut nanti sebab maksiat yang kita buat Allah tak turunkan rahmat (lebih kurang begitulah maknanya). Air mata jatuh lagi. Takut sebab dosa diri, jemaah dicaci berkali-kali. Astaghfirullah...  

Benar, ini cuma langkah pertama dalam beribu langkah di dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Benar, banyak kata tohmah, tapi hati cekal, tak gundah. Munafik, murtad bukan kami yang pertama menerima tuduhan itu. Sedang Ikhwanul Muslimin juga pernah dituduh sedemikian waktu mula bertanding di Mesir. Sekarang? Merekalah yang meneraju pemerintahan di Mesir. Sejarah mungkin berulang (kejian dan tohmahan) dan telah pun berulang. Rajuk usah dibilang, hanya Allah tempat mengadu, berusaha untuk tenang. 

Sudah dua hari peristiwa ini berlaku, tapi perasaan di situ masih terasa. Sejuk, damai, tanpa provokasi. Ucapan 'selamat berjuang' daripada parti lawan melebarkan senyuman. Islam pastikan gemilang. ^_^

Langkah baru bermula, biar apa orang nak kata, akhlak perlu dijaga. Biar mata menilai, apa yang kami nak bawa. Allah tempat bergantung segalanya. Saudaraku dalam Pas, Keadilan, Umno dan BN, berjuanglah kerana Allah. Aku tahu apa pun tiket yang kamu guna, kamu pasti dan perlu menjadi Calon Muslim Berwibawa. Bukan sahaja untukku tapi untuk mereka, rakyat Malaysia.

# Sebenarnya, taklah berduka pun waktu HPC, semuanya dilalui dengan penuh kesyukuran. Cuma sebak bila teringat Rasulullah s.a.w. Dalam tak sedar 20 April adalah hari kelahiran baginda mengikut kalendar Masihi, dan dalam tak sedar kami berarak sambil berselawat pada hari kelahiran baginda :'). Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbihi wasallim...







Monday, April 8, 2013

Demam PRU 13 - Saya Pilih Calon Muslim Berwibawa

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat baginda, serta semua umat Islam.

It is well known that parlimen dah dibubarkan. It's time to vote!!! Tapi, nak undi siapa? This is my first time election experience. Excited! Excited nak memangkah like this (X), excited nak tahu YB baru (^_^). Tapi nak undi siapa? There goes the same question....

For me, PRU 13 sangat bermakna sebab Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hantar ahli untuk bertanding kerusi parlimen. Op....op....jangan salah faham ya, ISMA bukan nak memecahbelahkan lagi orang Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. ISMA bukan parti, and NEVER be a political party. I won't describe the details. Boleh baca via link ni. 

ISMA - BERJASA -ARUS BARU? CONFUSED? 

Ikatan Muslimin Malaysia
Undilah Calon Muslim Beriwibawa!
Mungkin ada yang bertanya, "Kenapa ISMA ni? Kejap Berjasa, kejap Arus Baru, Arus Baru tu apa pulak???" Ok, macam ni (nak explain jugak even dah ramai yang tahu). ISMA hantar wakil untuk bertanding kerusi parlimen atas tiket Berjasa. Arus Baru pula bukan parti (jangan nanti cari nama Arus Baru dalam kertas undi ya) (^_^), arus baru adalah seruan untuk mengundi CALON MUSLIM BERWIBAWA. Ini linknya. We're NGO. So, we're not Pro at any parties (BN, UMNO, PAS, PKR, apatah lagi MCA, MIC and DAP). Kami hanya menyeru supaya para mengundi MELAYU dan ISLAM (especially) untuk mengundi calon muslim yang berwibawa di tempat anda. Ye la kan, kalau orang Islam sendiri tak mengundi calon muslim, siapa lagi? Kita nak harapkan siapa untuk tegakkan agama Allah kalau bukan kita (muslims)? 

I know that this is the first time experience untuk kami, ahli ISMA. Now, barulah tahu macam mana beratnya tugas 'menyedarkan' orang. Memang kalau nak dibandingkan dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, ISMA masih ada jalan yang amat panjang untuk capai ke tahap tu (tahu kan Presiden Mesir sekarang ahli Ikhwan Muslimin). Ahli ikhwan dah melalui bermacam-macam ujian, mereka BELI kemenangan dengan NYAWA mereka sendiri. Alhamdulillah, setakat ni belum ada ahli ISMA yang terkorban jiwa. Untuk berada pada tahap Ikhwan Muslimin sekarang adalah mustahil bagi ISMA, tapi kami tetap mahukan Kejayaan dan Kemenangan. 

Kejayaan = Kami berjaya bila masyarakat menghormati ISMA sebagai pendesak dan pengimbang dalam menentukan masa depan Malaysia (Kalau masih di takuk lama, ahli ISMA perlu berkerja lebih keras, lillahitaala.) 

Kemenangan = Kami menang bila calon kami menang di parlimen. (^_^)

Apapun yang terjadi selepas ini, ISMA tetap dengan program dakwah dan tarbiyahnya. Kepada para pengundi, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang tepat, kerana ini masa depan kita dan generasi seterusnya.

p/s: Waktu pangkah baca Bismillah, kalau baca Bismillah nak pangkah 'Ravi' dan 'Ah Seng' ke? Macam pelik je (*-*)
  
Wednesday, April 3, 2013

Work = Never Do Wrong?

Bismillah, alhamdulillah, syukur dapat hirup udara lagi hari ni.

Selawat dan salam buat baginda s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat serta umat Islam

I'm a student and till now (even in practical training), i'm still be recognized as a student. When we are students, every mistake that we've done is OK, because we're student (^_^). Best kan? Dulu pernah dengar orang kata kalau  tengah belajar tak apa kalau buat salah tapi kalau dah kerja tak boleh buat salah. I said, what's the difference??? Kita kan manusia, kita tak terlepas daripada buat salah. Kenapa bila kerja tak boleh buat salah. 

Now, I knew why. It's all answered when I did the receiving process (penerimaan bahan mentah) just now. The hospital ordered betik untuk patient kelas satu. And I thought the betik memang untuk kelas satu je without re-confirm that kelas 3 pun order betik. No wonder betik ada lebih (and that remaining betik was taken back by the supplier). Oh God.... Nampak tak kesannya? The first class patient will not get their dessert this evening :'( (sorry....thought I know that there will be plan B if this kind of thing happened, but I can't take it for granted). Sorry...('_')

Hah, ini lagilah....
Feel blessed and grateful that the officer did not scold me, just advice me, "lain kali before sign cek barang betul-betul ya." Huh, feel so guilty. Tapi bukan bermakna lepas ni jangan nak sibuk2 terima barang lagi. Remember, the officer said, "lain kali" means, lepas ni boleh tolong lagi. Yes!!! Kalau kita takut nak melakukan kesilapan bila kita nak berlajar, right? Thank you Allah for this valuable lesson, thank you madam officer yang cute dan baik (^_^). But still feel guilty, huk3x :'(

Saya nak jadi bijak. Oleh itu saya akan buat banyak salah dan masalah. >.<


Tuesday, April 2, 2013

Give Your Heart To.....

Bismillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda, serta semua umat Islam.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berpijak di bumi Terengganu, tanah tumpah dakwahku (I know, dakwah tak boleh tumpah macam darah (^_^)), dapat jumpa akhawat yang dirindui, dapat bau kampung yang tak berubah, breezy air, really miss all those things.

Had a great moment with the other practical mates, MBKT- Masjid Putih - KFC - Pasar Payang - Pulang ke U ter'cinta' (kah?)
Pasar Payang, here we come!



First day datang je terus pergi jalan. Tak lekat rumah. Almaklumlah, dah sebulan setengah tak bau udara KT. Really miss the moment walking home from hostel. Bau kampung tetap sama, sama macam selalu. Buah ceri dah banyak yang masak. Makcik jiran yang selalu rest dekat luar rumah, masih panjang umurnya (alhamdulillah). Rasa macam balik kampung sendiri. :') 

The next day, woke up early. Felt blessed dapat solat subuh sama akhawat. Tenang rasanya, then baca ma'thurat sama-sama, yang ngantuk2 waktu baca tu biasalah kan. heheheh. That morning, went to faculty, took voucher (orang memberi kita menerima!). Then, tengok bangunan Canselori yang dah tak ada bumbung tertingginya. 

The burned Canselory
That's the story on our backpacking journey >.<.  

When I were there, I watched a movie on a young guy reverts to Islam. Helped by Sheikh Yusuf Estes. Watching people revert to Islam is my favourite. Sorry, tak dapat nak upload vid to dalam blog ni. Lambat :'(
Still remember that Yusuf Estes said, Allah just wants one from you, YOUR HEART.


 O Allah, did I give my whole heart to You?
Though I say inna sholati wanusuki wamahyaya wa mamati lillahirabbil 'alamin everyday
O Allah, how long my heart remembering You in 24 hours You give me every single day of my life?
Though You know every single word my heart told
O Allah, forgive me and do make me Your sincere servant
Ya muqallib al-qulub, tsabbit qalbi 'ala dinika, wa 'ala tho'atika
Amin....








Saturday, March 23, 2013

Nak Nikah! Siapa???

Bismillah walhamdulillah

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala ahlihi wa ashabihi ajmain...

Hari ni hari Sabtu. Yes today is Saturday...So what? Alhamdulillah, masih hidup lagi, segar bernafas.
Tarikh hari ni santek ye, 23/03/2013. Ya, seindah harinya, subhanallah....So what?

HARI NI EX-MURABBIAH SAYA NIKAHLA!!! So....HAPPYLA!!!

Kak, thanks ya, jaga dekya dekat Ganu dulu (ceh, macam lama dah tinggalkan Ganu kan, padahal baru sebulan). You're meant so much to me besides other akhawat yang dekya sangat sayang, lillah (^_^). You're my first murabbiah there. How could I forgot our memories? Never! You're the one that inspired me to be strong in this way (D&T). Thanks ya akak, you were there (even u couldn't every time be in front of me, stay by my side, apatah lagi lepas ni kan? ehem) when I need your help. Akak, mesej2 kata semangat akak dah x da dalam phone saya (and right now phone lama dah innalillah. lagi la x de simpanan, aiseh) but I still memorize the one that u sent to me "ukhtiku, jangan bersedih, kerana kamulah yang paling mulia disisi Allah jika kamu bertakwa". What a bless! 

It's ok I forgive you (haha, tiba2). Biasalah kan, dalam berukhwah mesti kadang2 ada terasa masam, manis, pahit, gatal2 (tetibe). Akak, maafkan saya ya kalau saya ada buat salah kat akak. Saya sayang akak lillah...Today is one of your best days. Be strong kak (padahal sendiri yang broken, ahaks), ingat Allah selalu. Dia akan memudahkan segalanya. You've got your prince charming today (alahai, sweetnya!). 

Dear sis, 
Marriage is the door of happiness, joyful and fun time
Open it and enjoy every steps in it
Take all the moments and handle them in positive ways
You'll realize the greatest gift from Allah, specially, only for you (^_^)

Dear sis, ukhti tersayang, Halimaton Solehah binti Mohamed, may your marriage be blessed with unending Rahmah. Will always pray for your happiness. Teruskan dakwah dan tarbiyah (perlu lagi gencar la kan, sebab dah bertambah kekuatan, ngehehe). 

Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. 

-Daripada adikmu yang sengal-sengal tulang.

For u sis n zauj



Wednesday, March 20, 2013

Nun Ya Ta = NIAT

Bismillah

Alhmdulillah, selawat n salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda, serta semua umat Islam.

I am now doing practical training in HTAR. As stated in the letter, we'll not get any allowance, accommodation, transportation and even food. Alhamdulillah, semua ni x jadi masalah. 

No allowance, still get Pa&Ma allowance
No accommodation, I can walk to hospital coz it takes 20-30 minutes from wanda's house
No transportation, do I care??? I even don't have transport since in UMT (except my stolen bike (-_-'))
No food, mama kan bagi duit. Beli la makanan...

Tapi sebenarnya kitorang banyak kali dapat makan FREE. Complete meal lagi, siap ada buah. Macam mana tu??? Bila ada lebihan makanan untuk pesakit, siapa je boleh makan or else the food will be thrown (sedih, teringat rakyat kat Palestin, Somalia, etc...). Pernah sekali tu one whole week makan free. Alhamdulillah. Bila kita tolong serve sekali, ha, tu lah tiket tuk dapat makan free. Kalau tak tolong, segan plak nak minta kan?

My point is, NIAT. Adakah sebab nak makan free, kita tolong Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) serve makanan? Of course not! Kalau itu niat kita, yes, we'll get what we want, tapi redha Allah??? Imagine, kita niat nak tolong PePM kerana Allah (PePM doesn't know, but Allah knows), kita akan dapat redha-Nya bukan? And..that extra food will still be entering our stomach, isn't it? 

Senario lain, as mentioned before. We're not getting any allowance. Tapi tak bermakna kita berkira dalam bekerja kan? Bila ada kerja lebih sikit perlu ke kita kata, "alah...bukan dapat gaji pun, biarlah staff buat."? Can we just say, I'm learning right now, and whatever I do, it's part of my learning process (that will not be stopped till the end of our life), and I learn all this because of Allah. Akan timbul lagi tak rasa, biarlah staff yang buat??? 

Bila suatu hari nanti kita bekerja, adakah kita bekerja kerana duit atau kerana Allah? Let's refresh out 'niat'. That all of the things we do in this earth because of Him, to please Him. We'll have a better life. Come on, enjoy your life, because of Allah (^_^)
Kalau malas nak tadah tangan, niat je dalam hati

Tuesday, March 19, 2013

Be Humble (^_^)

Bismillah....

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan semua umat Islam.

18th March 2013, morning (going to HTAR)

Me: Hurm, perniagaan yang paling sesuai tuk kita mestilah jual makanan kan?
Sherina: Yes!
Me: Aku kan, nak buka bakery, tapi, takkan nak amik supplier orang cina.
Sherina: Kau la jadi supplier. Amacam?
Me: Mana nak dapat orang Melayu yang jual shortening, omelet (that's actually ovalette,haha) ...

Suddenly,
Someone: Dik!

We turned to look the person in the car (black Alphard). He's an adult at (maybe) my father's age. Besides him was his wife.



The Man: Nak pergi hospital ya? Naiklah.
Me, Sherina and Habsah: Ya pakcik, ok.

In the car, it was such a nice moment. They asked us about our industrial training (his daughter is a doctor in HTAR, she already went to the hospital that time). They were sweet old (I should not use this word, heheh) couple. As the car turned in front of the gate the husband said (like whispering) to his wife (with a gentle touch on her hand), "pakai seatbelt". So sweet!!!! What a blessed day. Starting the day with positive persons, very humble, and the one that I can't forgot is the wife always said, "sayang..." to us. Huh, I miss my mom!

19th March 2013, morning (start the day by walking to HTAR)

Just several steps away from the house, a school bus stopped and the driver said, "Dik, nak ke hospital kan?" We nodded. He said, "naiklah". In the bus, the questions were the same as in Alphard. When we answered his question, he said, "Bagus-bagus...". Then, when he asked, "Ambil course apa?" We said, "Sains Makanan". He said  (as mentioned before), "Bagus...". Actually his wife also was a Nutrition student graduated from UKM. Around the year 1983 or 1984. One thing that surprised me was, "Pakcik pun belajar dekat UKM juga, sekarang bawa bas (senyum)." Huh, I was melting......Subhanallah, such a nice person we met! Very humble too....

In short, whoever you are, be humble (advice to myself)
HTAR, With Love 

  
Monday, March 18, 2013

Breastfeeding. It's A Must!

Bismillah...

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta umat Islam sedunia.

Last week, we (the 6 HTAR practical students) were invited to join BabyFriendly Talk presented by the Head of Dietetic and Foodservice Department, HTAR, Mdm Faizah Hamzah. It was about the importance of breastfeeding.

Ladies,
What I got after joining this talk is as a mother, we SHOULD breastfeed our babies. Breast milk is the best EVER food that has complete nutrition the babies need. Easy right? We don't have to boil water, make one  even several bottles of milk, ensure its best temperature to feed babies, make budget to buy infant formulas, so on and so forth. Breast milk, it is ready to serve!



I love this quote:
"Imagine that the world had created a new 'dream product' to feed and immunize everyone born on earth. Imagine also that it was available everywhere, required no storage or delivery, and helped mothers plan their families and reduce the risk of cancer. Then imagine that the world refused to use it.” ― Frank A. Oski 

Imagine....Don't you think that it's a waste (It needs a lot of time, money and people to develop a new product) when the world refuses to use that 'dream product'? Yes, you do. So ladies, Allah had granted us (only women, proud uh?) with breastmilk to feed the babies. Do appreciate it! Just don't ever get attracted with those infant formula (Just infant formulas, it's ok for you to buy milk for growing babies) products just because they promote you a lot of 'amazing things' your babies may get. 

Don't be shy to feed your babies with the best ever food in the world. It'll strengthen mother-child bond. All the best! heheh ;-)

Say 'NO' to infant formulas

  

Thursday, March 14, 2013

Ini Namanya Pengajaran

Bismillah...

Alhamdulillah.....selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam.

This is the 5th day of his death but I still want to write about this story. Just want to read it whenever I gone far from God, a story to make me realize that Allah still love me and wants me to be a better servant. For me, for Him, insya-Allah.....

Wanda opened the door, saw me sat on the bed, busy looking onto the screen.
Wanda (My Aunt): Aya, kamu dah makan?
Me: Belum, kenapa?
Wanda: Pergi makan cepat, ada nasi lemak atas meja dapur. Tadi makjan (my aunt, I thought her, can't remember who's actually called wanda) call, dia kata malam tadi (9/3/2013) angah Nazmi tak balik rumah. Pagi tadi ada polis call makji, suruh datang Hospital Serdang untuk cam mayat.
Me: Ha????Mati??????????
Wanda: Tak confirm lagi (with her shaky voice) tapi kita standby je. Apa2 pun wanda nak pergi hospital, tunggu Pak Uda kamu balik rumah dulu.

Terus shut down laptop, went towards kitchen, amik sudu n buka nasi lemak. Makan, macam telan batu. Peritnya kat tekak. Betul ke angah....? Baru je terfikir pasal family dia masa baca quran. Tanda ke tu? Allah knows.

Lama lepas tu, wanda confirmed the news, angah, you were really gone.....

Di Hospital Serdang

Terus nampak angah's sisters, pergi kat diorang salam n peluk.

Me: Ila, makji mana?
Ila: Dalam (bilik forensik).
Me: Sebenarnya kenapa?
Ila: Semalam, angah tak balik rumah (he was at Domino Bangi, he worked there, part time). Orang Domino call ibu, tanya angah ada balik rumah x? Ibu cakap angah tak balik lagi. Waktu tu dah pukul 11pm (if not mistaken). Pagi tadi, Ibu buat police report, Domino pun. Takut ada kes jenayah, sebab angah ada pegang duit Domino dalam RM600 lebih. Then, bila nak call polis cawangan lain je, ada polis call, kata ada mayat baru kat Hospital Serdang. Nama Nazmi. Dia minta waris tolong cam.

And so, we were at the hospital....

Bangcik (my bro) was there, came with Along (wanda's son). He saw me continuously crying, went towards me and calmed me down.

Me: Masa wanda bagitau tadi, dekya call bangcik dulu, sebab bangcik kawan baik dia (arwah). Tapi voicemail.
Bangcik: Bangcik dah tau, tapi bangcik tak ada kredit nak reply. Tadi bangcik tengok mayat dia. Teruk ya. Muka dia lebam, tangan dia dua-dua patah, kaki patah sebelah. Bangcik taknak mati macam tu.....
Me: Speechless....Tadi mama msg (Mama was in Kuching), dia nak balik tapi flight lambat. Kalau dia balik pun tak sempat. Mama kata angah dah macam anak dia sendiri (I showed Bangcik the msg).

Angah was dead by an accident. He was riding his motorcycle that night, hit a tree at the roadside and fell into a big drain filled with water. Police said that he was dead around 12 hours before his body was found.
Masa di unit forensik, hanya ayah dia yang tengok arwah tuk pengecaman. Yang lain dapat tengok di rumah, selepas arwah dimandikan dan dikafan. It was a sad, very sorrow moment. I couldn't stop crying and reciting al-Fatihah. Then, we're praying for Angah, then brought him to his last place in the earth.

Dekat kubur, dengar talkin. Real live talkin (my very first time experience). Dengar pula betul-betul depan kubur arwah, dekat dengan ustaz. Because I sat on the mat together with makji and my sis, Kakteh. Dengar talkin betul2 menginsafkan. Betullah talkin itu sebagai pengajaran bagi yang masih hidup walaupun nama yang disebut waktu tu adalah nama arwah. Tapi orang mati tak boleh dengar dah. There were many people at kubur. Arwah memang ramai kawan. Tak sangka, I don't know my day. But this day was very full with tazkirah. Tentang hidup, amalan, dosa, pahala, hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia....
Cepatnya waktu berlalu, rasa kejap je saat tu. Angah keluar rumah, tak balik, jumpa mayat, mandi, kafan, bawa pulang rumah, solat, tanam, talkin, the end. Tapi pengajarannya sangat bermakna. It was a bless for me. Thank you angah, may u be blessed there. Thank you Allah for granting me this opportunity.


Monday, March 11, 2013

Hero

Bismillah...

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda serta semua umat Islam.

He was the only son in his family
He hoped to serve a better life for them
He liked "sambal ikan bilis" a lot
He was just nice, hardworking son
Not forget the obligation towards his Only God
Wanted to ease his mother, he done it well
He can't see the degree certificate
He was unable to finish his practical training
He was not yet married
Because Allah loves him
More than we love him

Angah, you are a hero and always be....


# Benarlah kematian itu satu tazkirah@peringatan
Friday, March 8, 2013

Erti Hidup

Bismillahirrahim.....

Alhamdulillahirabbil 'alamin...selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat dan seluruh umat Islam.

Inginku mengenali erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi liku-liku kan ku harungi...

Aku mahu hidup yang bermakna, yang bererti, yang Allah redha. Sebenarnya, aku nak macam apa yang aku lalui, yang aku dapat di Terengganu. Bukan aku kata dekat sini tak seronok. Aku bersyukur dengan apa yang lalui sekarang. Alhamdulillah (dapat tinggal dengan aunty yang sporting, ada kawan2 yang best, tak payah gaduh lama, just enjoy the moment here, ada supervisor yang sporting jugak, rasa macam dimanjakan pun ada jangan sampai naik tocang sudah , dia jaga kebajikan kitorang as well as putting a high expectation on us. harap dapat buat yang terbaik je lah). Hidup kat sini bukan x best, ada je ceramah di masjid. 

Tapi...aku rasa kosong. Mana usrah? Mana akhawat? Mana program? Mabit? Rehlah? Jaulah? Dll? Sungguh, aku rindu semua tu sekarang. Aku ke yang tak dekat dengan Allah, atau keadaan yang tak menyokong untuk aku beramal? Sungguh, aku rindu Terengganu. Aku rindu medan itu. Aku tahu, akhawat silih berganti, mad'u datang dan pergi (habis belajar masing2 akan balik negeri masing2). Tapi aku nak duduk sana nanti. Kenapa aku menentang arus? Sebab aku rasa hidup aku kat situ. Kenapa Terengganu? Sebab jiwa aku kat situ. Kenapa tak duduk rumah dan teruskan saja tugas dakwah dan tarbiyah? Sebab....kalau tak aku ke sana, siapa lagi??? In short, it's because of Allah. Aku nak dekat dengan Allah dan aku rasa tempat tu yang paling sesuai untuk aku beramal untuk redha-Nya. 

Aku masih mencari erti hidup, hidup dalam redha Ilahi....


HTAR, 8th March 2013
Thursday, February 28, 2013

My Practical Life (Episode1)

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w., keluarga baginda, sahabat, dan seluruh umat Islam.

Hurm...Can't believe that I've been here (HTAR) for almost two weeks. The days were amazing with new knowledge, useful knowledge. I was supervised by a young, nice supervisor (nama rahsia ya, cari dalam portal HTAR, heheh). I am very proud of her, at her young age, with just a year had been working there,   she 's able to conduct a group of workers under her, she's just being herself. Sangat low profile. I like. 

Minggu pertama just an orientation. Orientation pun banyak kerja jugak (^_^). Busy reading all the depatment's policies, dos and don'ts, banyak sangat dapat belajar benda baru. It was just fine as the staffs were eager to give their hands. It's like were under one roof, help each other. 

Hari ni best. Mula shift, starts working in the kitchen( macam komersial class rasanya, best). Gotong-royong lagi, so kena datang pkul 6.00am. Balik pukul 1. Balik, mandi, solat, tido (so exhausted). Dapat tolong first class area. What a big opportunity! Bukan semua staffs dapat handle 1st class area. Penat, tapi sangat excited. Baru tahu rasa memasak tuk pesakit. Hurm, kalau kita stress macam mana ya rasanya makanan tu? Kesian pesakit. Kerja kena ikhlas n banyak sabar. That's what I've learnt today.

See ya (^_^)  
Sunday, February 17, 2013

Semester Holiday? It ends today... (^_^)

Bismillah....

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat2 baginda, juga seluruh umat Islam.

Lebih seminggu dah tinggalkan KT, rindu. Tapi kat sini pun x lah bosan, sangat happy, lebih2 lagi nak dekat practical ni. Seminggu di rumah, besides dapat jumpa mama n abah, nothing much happy. Tak buat apa sangat. Cuma yang bestnya dapat join family gathering d rumah baru banglong di Sendayan, dapat jumpa my 2 nieces. How I miss them much! Then, tengok baby boy bangah yang baru lahir, sangat kecil n comel si budak Ahmad Ibrahim Za'imuddin ni. Comelnya! Alhamdulillah, thank you Allah for giving me the greatest family I ever had. 

Now, I'm staying in Klang. Rumah wanda. Subhanallah, bestnya! Best sebab dapat pergi masjid hari2, dengar kuliah subuh, kuliah maghrib. Allah knows and always knows what I need. Allah always put me at the best place He want me to be. Thus, no reason for me (actually) to betray Him. Siapalah kita, tak sempurna kan. Maha Baiknya Allah yang sayang dekat kita, buat dosa pun Allah masih kurniakan kasih sayang-Nya (^_^). Now, can't wait to join my first usrah here! Tajuk post ni semester holiday ends today kan? Ya. Esok mula praktikal di hospital Klang (HTAR). How do I feel right now? Am I ready for tomorrow? What will I face tomorrow? I feel...I don't know. Nak kata excited, no. Nak kata takut, sebelum ni ada but not now. Macam mana ya rasa first day practical? I don't know. I did worked before this, tapi, ni industrial training. It will be different right? Setiap kerja kan berbeza. Tak apa, just do it! Just a step closer to hold a degree. Why do I have to be scared? Allah kan ada (^_^). Rabbi yassir...Insya-Allah.

Do I? Hurm...But I do love coffee!
Monday, February 4, 2013

Tanpa Keberanian Mimpi Takkan Bermakna

Bismillah walhamdulillah...

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain....

Ku selalu bermimpi. Aku gemar bermimpi. Aku punya impian yang telah tercapai. Aku punya impian yang masih ku kejar. KEBERANIAN! Ya, keberanian. Itulah kunci untukku gapai impianku.

Aku punya impian ke menara gading
Berani bertanya dalam kelas, bertanya pada guru, bertanya pada yang tahu buat aku berjaya
Malu bertanya sesat jalan bukan?

Aku punya impian menjadi pemimpin
Keberanian menjadikan aku tenang memimpin halaqah
Aku tenang mengendalikan program dakwah
Berani berdepan orang ramai, memberi arahan

Aku punya impian bisa memandu sendiri
Keberanian buatku x gentar di jalan
Buatku yakin walau berhenti terlalu rapat dengan kenderaan lain
"Dekya, jangan rapat sangat" sahabat menegur
Relax ukhti, aku berani

Terkini, ku mengimpikan menunggang motor sejauh mungkin
Keberanian merealisasikannya
Daripada menunggang sekitar kampung, 
cuba pula menunggang ke seberang,
Jauh sikit, 20-30km dari rumah,
Terkini, sudah berani ke bandar!
Sangat berani diriku
Menunggang tanpa lesen motor
Sorry mama, anak mama berani

Aku punya lebih banyak impian
Keberanian akan mengiringiku demi menggapai setiap impian itu
Insya-Allah

Anda berani???


Sunday, February 3, 2013

Rabithah Hati

Bismillah....


Kita bersatu kerana Allah


Hati ini telah bersatu berkumpul di perbumiMu
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat 
untuk mendokong syariatMu di alam raya
Maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malam terangnya alamMu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada 
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia
dalam perjuangan mengakkan agama yang mulia

(SMKA Pedas in memory 2003-2007)



Semangat Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim....

Pujian bagi Allah atas segala nikmat dan mehnah di dunia. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.

2013.
We're at the year of 2013??? Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, blog telah berubah wajah, tapi isi tetap sama ^_^. Alhamdulillah, bersyukur sangat masih dapat guna blog ni. Dah 6 bulan tak update, macam-macam telah dilalui, sampai lupa dah password blog. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan untuk meninggalkan nota-nota berharga di blog ini. Terima kasih ya Allah!

6 bulan.
There was a lot of thing happened.  Banyak sangat, x larat nak tulis satu-satu. Tahun 2012 (September-Januari 2013) adalah semester so called akhir di Terengganu (Semester 8 praktikal bukan di Terengganu). Semester yang paling memeritkan untuk dihabiskan, semester yang paling banyak menyimpan memori bersama akhawat (jatuh bangun dunia tarbiyah), semester yang...huh...tak sabar nak habis. Finally, it had been finished! Alhamdulillah. Sikit je lagi, tinggal edit thesis sikit2 untuk dijilid. Subhanallah walhamdulillah, rasa x percaya pun ada. Now I knew how painful to finish up and conduct final year project. I'm very respect to those yang sambung master and PhD.

6 months.
Thank you Allah. Masih di dalam dunia dakwah dan tarbiyah. Inna sholati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin... Selagi nyawa dikandung badan, selagi tenaga dapat dikerah digunakan, selagi akal waras menanggung beban, selagi itu dakwah dan tarbiyah akan diteruskan, Insya-Allah...biiznillah

Till we meet again, Insya-Allah (This is just a warm up in a 'sunny' new year-musim tengkujuh dah habis di Terengganu) (^_^)