Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, April 22, 2013

Suka Duka Hari Penamaan Calon

Bismillah walhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan yang amat dirindui, Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, sesi penamaan calon di Parlimen Kapar telah berakhir dengan jayanya. Pengalaman pertama yang SUNGGUH, unforgettable. Di sini, nak kongsikan pengalaman untuk tatapan pembaca dan diri sendiri (bagi selalu ingat dan muhasabah diri) ^_^.

Jumaat malam,
Homestay dah penuh dengan legasi dari Melaka, sudahnya bermalam di rumah seorang ukht. Serba sederhana. Imagine, we're arrived at 12.00 midnight. Kawasan kampung dah sunyi. Rumah keliling dah gelap. Tapi ukhti U tetap sanggup buka pintu dan benarkan kami bermalam di rumahnya. Seharusnya, waktu ni terus lelap sebab esoknya perlu bangun awal tapi ukhti U suruh minum air dulu :'). Contoh yang sangat baik, memuliakan tetamu.

Sabtu,
Bangun, bersiap, solat subuh di Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan terus ke taman. Langit mula mencerah, ikhwah dan akhawat dah ramai berkumpul. Wajah jelas tenang dan yakin. Selesai taklimat dan bersarapan, kami mula berbaris. Jarak ikhwah dan akhawat dijaga. Abah, Abi, Ayah dan yang sewaktu dengannya setia menjadi pemagar agar kami (akhawat) tidak diganggu. Tak sabar dah nak ke tempat penamaan calon. 


Bendera hijau dengan lambang bintang putih ditengahnya diagihkan. Semangat makin membara. Rasa macam nak bergerak berjuang ke medan perang. Kaki mula melangkah, bendera dinaikkan, senang melihatnya berkibar ditiup di udara, mulut dah terkumat-kamit melafazkan asma' Allah, beramai-ramai. Subhanallah, sungguh mendamaikan. 

Sampai di tapak tempat kami perlu berkumpul, polis berderetan di depan. Kami perlu landing di situ. Aktiviti bermula.

1) Berteduh di bawah pohon mengalunkan al-Ma'thurat dan surat cinta Allah. Berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat. Ya Allah, moga ada hati yang lembut, moga ada hati yang tersentuh. Tak perlu lagi ada sorakan caci mencaci. 

2) Usai bertilawah, sesi tazkirah dimulakan. Gain refreshment daripada akhawat senior. Dengar cerita tentang perjuangan Rasulullah s.a.w., tak dapat nak tahan air mata yang dah bergenang. Jatuh juga, mulut berselawat. Bibir tersenyum, ada getaran di situ. Ya Rasulullah, rinduku padamu, Allah sahaja yang tahu. Hati bagai direntap bila seorang ukhti mengingatkan, kita bakal menang, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Jangan buat maksiat. Takut nanti sebab maksiat yang kita buat Allah tak turunkan rahmat (lebih kurang begitulah maknanya). Air mata jatuh lagi. Takut sebab dosa diri, jemaah dicaci berkali-kali. Astaghfirullah...  

Benar, ini cuma langkah pertama dalam beribu langkah di dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Benar, banyak kata tohmah, tapi hati cekal, tak gundah. Munafik, murtad bukan kami yang pertama menerima tuduhan itu. Sedang Ikhwanul Muslimin juga pernah dituduh sedemikian waktu mula bertanding di Mesir. Sekarang? Merekalah yang meneraju pemerintahan di Mesir. Sejarah mungkin berulang (kejian dan tohmahan) dan telah pun berulang. Rajuk usah dibilang, hanya Allah tempat mengadu, berusaha untuk tenang. 

Sudah dua hari peristiwa ini berlaku, tapi perasaan di situ masih terasa. Sejuk, damai, tanpa provokasi. Ucapan 'selamat berjuang' daripada parti lawan melebarkan senyuman. Islam pastikan gemilang. ^_^

Langkah baru bermula, biar apa orang nak kata, akhlak perlu dijaga. Biar mata menilai, apa yang kami nak bawa. Allah tempat bergantung segalanya. Saudaraku dalam Pas, Keadilan, Umno dan BN, berjuanglah kerana Allah. Aku tahu apa pun tiket yang kamu guna, kamu pasti dan perlu menjadi Calon Muslim Berwibawa. Bukan sahaja untukku tapi untuk mereka, rakyat Malaysia.

# Sebenarnya, taklah berduka pun waktu HPC, semuanya dilalui dengan penuh kesyukuran. Cuma sebak bila teringat Rasulullah s.a.w. Dalam tak sedar 20 April adalah hari kelahiran baginda mengikut kalendar Masihi, dan dalam tak sedar kami berarak sambil berselawat pada hari kelahiran baginda :'). Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbihi wasallim...







0 comments:

Post a Comment