Alhamdulillahirabbil 'alamin, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wa sahbihi wasallim...
Astaghfirullah3x
Terima kasihku panjatkan pd Tuhan semesta alam, yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap kata hati hamba-Nya. Ya Allah, pengalaman yang menakjubkan, baru saja doa, terlintas jwpnnya, terus dapat apa yang diingini! Alhamdulillah, moga Allah melindungiku dan sentiasa melindungiku daripada bisikan syaitan yang direjam. Bisikan yang senantiasa buat diri ini rasa was2. Alhamdulillah, amalan al-Mathurat insya-Allah berkesan. Dalam al-Mathurat kan ada amalkan surah an-naas. Ya! Allah Maha Melindungi =). Suka rasanya ingin berkongsi terjemahan surah an-naas, biarlah klu korang dah taw pun...
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Aku berlindung kepada Tuhan manusia
Raja manusia
Sembahan manusia
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang tersembunyi
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia
Dari (golongan) jin dan manusia"
(an-Naas:1-6)
Sesungguhnya syaitan selalu membisikkan keraguan dalam hati anak-anak Adam. Dalam hadis sahih ada menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tiada seorangpun di antara kamu melainkan ada teman (syaitan) yang ditugaskan kepadanya. Mereka (para sahabat) bertanya, "Bagaimana dengan kamu, ya Rasulullah?". Baginda menjawab, "Ya, tetapi, Allah telah membantuku terhadapnya dan dia menerima Islam. Jadi, dia hanya menyeruku berbuat kebaikan". Ada juga 2 hadis sahih daripada Anas, yang mengkhabarkan tentang kisah Safiyyah ketika beliau datang melawat Rasulullah ketika baginda sedang beri'tikaf, baginda berjalan pulang bersama Safiyyah pulang ke rumah pada malam itu. Dalam perjalanan, 2 sahabat dari golongan Ansar terserempak dengan baginda. Apabila mereka melihat Rasulullah, mereka mula berjalan dengan pantas. Lalu Rasulullah bersabda, "Perlahanlah, ini Safiyyah binti Huyay!" Mereka berkata, "Maha Suci Allah, ya Rasulullah". Baginda bersabda,"Sesungguhnya syaitan berada di dalam tubuh anak Adam seperti aliran darah. Dan sesungguhnya, aku takut sekiranya ia meninggalkan sesuatu di hati kamu-kejahatan".
Sa'id bin Jubayr mengkhabarkan bahawa Ibn 'Abbas berkata mengenai firman Allah (dari bisikan syaitan yang tersembunyi)," Syaitan yang tersembunyi dalam dada manusia, pabila manusia itu berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak peduli, maka ia (syaitan) berbisik kepadanya. Kemudian, bila manusia itu ingat Allah syaitan pun berundur".
Makanya, ingatlah Allah selalu, Insya-Allah, kita akan terlindung daripada bisikan syaitan. =)
Rujukan: Tafsir Ibnu Katsir
P/S: Tafsir tu in english, so, translate sendiri. klu ada mana2 ayat yang silap, mohon ya bagitau, bisa dibetulkan. =)
0 comments:
Post a Comment