Bismillah wa Alhamdulillah
Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli keluarga , para sahabat dan seluruh umat Islam.
Terima kasih Allah, buat ku bisa menghirup udara-Mu
Terima kasih Allah beri aku menikmati mungkin hanya sekecil biji sawi daripada limpahan cinta kurniaan-Mu tp ku rasakn nikmatnya sungguh besar
Terima kasih Allah buat segalanya yang telah Kau tetapkan buatku, perjalanan takdirku, hidup matiku, jodohku
Terima kasih Allah…
Owh, puitisnye…Cuba2 je tu. Ni la penangan lepas tengok filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) part 1. Tengok azzam dapat surat Husna nangis, tengok azzam lulus kuliah nangis, tengok anna lulus thesis nangis, tengok Tiara x nikah sama Fadhil nangis, tengok Furqan ditimpa musibah nangis, tengok Husna crita pasal Azzam kat Anna nangis, n yang paling eh, pelikla tp nak wat camne airmata ni nak kuar, bila tengok mak Husna jumpa Anna, itu pun nak nangis.Haih….Penangan betul filem ni. X sama rasenye ngan Ayat2 Cinta. Jauh bezanya. Mungkin kerana para pelakonnya yang menjaga hubungan dengan Allah, sehingga lakonan diorang tertusuk sampai ke lubuk hati, ceh3x, tp betul! Susah nak jumpa filem macam ni. Banyak je filem cinta base Islami tp KCB lain. Betul!!! Yelah kan, ini kan filem dakwah. Nah, mestilah pelakon2nya org2 yang berkesungguhan untuk sampaikan dakwah. Tengok audition pemilihan pelakon pun sangat menakjubkan. Sampai sujud syukur bila terpilih jadi pelakon filem ni. Mane bole pilih org yang xde hati nak sampaikan dakwah berlakon filem dakwah, kan bercanggah tu. Mungkin ini antara faktor filem ni sangat menusuk kalbu. Ya, kesan yang mendalam tu mungkin juga terpancar oleh kerana niat suci para pelakonnya. Skripnya pun terkesan pd hati. Antara skrip2 yang ngetop:
“ Prinsip hidup saya berdasarkan al-Quran & hadis, dalam agama kita, masalah kesucian itu sangat diutamakan. Nah, itu terbukti kenapa pelajaran pertama dalam buku2 fiqih adalah ‘Thaharah’, tentang bersuci. Agar penganutnya menjaga kesucian lahir maupun batin. Di antara kesucian2 yang dijaga adalah kesucian di antara hubungan pria & wanita. Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya, berarti kan saya telah menodai kesucian saya sendiri, dan juga menodai kesucian wanita itu kan..” (kata Azzam pada Eliana)
“ Memilih pasangan hidup, bagai menentukan masa depan kita, juga akhirat kita, jadi harus cermat dan penuh pertimbangan” (kata sorang sahabiah Anna)
“ Itsar, mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah atau dalam hal ibadah, itu hukumnya makruh! Kalau mengutamakan orang lain untuk selain ibadah itu sangat dianjurkan!" (kata Azzam pada Fadhil)
Insya-Allah pasni sambung KCB part 2, buat mengutip input2 bernas, bekalan hidup menuju redha Allah =)
0 comments:
Post a Comment