Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, December 13, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang masih lagi memberikan segala-gala nikmat terutamanya nikmat iman dan islam, x lupa juga nikmat tarbiyah bagi hamba-hamba-Nya yang terpilih...

Selawat serta salam kucurahkan buat khatimul anbiya', Rasulullah s.a.w., kekasih-Nya yang terpuji, juga pemimpin umat Islam sepanjang zaman, buat keluarga baginda yakni ahlul bait, para sahabat baginda, juga seluruh umat islam yang tidak pernah lelah dan berputus asa untuk menegakkan kalimah tauhid Lailahaillallah sehingga hari kiamat, insya-Allah.

Berdebar rasanya hati nak mulakan penulisan blog. Ni bukanlah kali pertama menulis d blog. Tp blog yang sebelum ni just main2, x serius pun. Tp blog ni, Insya-Allah, dengan niat yang Insya-Allah moga2 Allah redha, ingin serius dan istiqamah untuk berkongsi dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari hari ke hari, kerana sesungguhnya setiap hari adalah hari tarbiyah juga hari dakwah, insya-Allah.

Insya-Allah, for this 'first serious blogging', hehe, ana sukacitanya ingin berkongsi serba sedikit tentang diri ana juga pengalaman hidup sehingga tersimbah@ tercurah@ terjebak dengan nikmat tarbiyah =). Ana adalah anak ke-7 pasangan Abdul Halim bin Ahmad dan Norlia bt. Abdul Rahman ( abah & mama), adik kepada Muhammad Hilmi, Ahmad Hamdi, Muhammad Husni, Nura Muna, Nura Hamida dan Ahmad Syukri, juga kakak kepada Nura Adila dan Nura Rasyida. Sembilan??? Ya! Subhanallah, sembilan semuanya :). Ana dilahirkan di Hospital Besar Seremban pd jam 3.52 pagi, 26 Disember 1990 dengan berat badan 3.72 kg(sumber-surat beranak). Ana bukanlah anak jati negoghi memandangkan mama berasal dari Perak, ipoh mali...hehehe. Ana dibesarkan di kampung, dan semestinya dalam suasana kampung tp alhamdulillah fikirannya x kuno ok, kerana kami bersekolah di pekan :). Sorry ya, bukan kata sekolah d kampung x bagus. Perkembangan otak kami alhamdulillah, bukanlah sekadar tahu kogho(kera) atau kobau(kerbau)! Insya-Allah lebih dari itu :). Mungkin juga ini adalah kejayaan dari didikan mama n abah. Abah, walaupun dibesarkan d kampung, tp abah tidaklah 'kekampungan'. Abah masih lagi menghormati org tua juga mesra dengan org luar, abah juga sangat nak kata pro boleh jugakla tentang perkembangan dunia luar! Mama pulak mmg org bandar. Jdnya, shopping itu satu kemestian! hihi. Walaupun mama org bandar, mama x kekok tinggal d kampung dan layan org kampung sebaiknya. Tahniah mama & abah! Very proud 2 b ur daughter! Thank you Allah! Sambung crita tentang ana, ana mula dengan alam persekolahan sewaktu berumur 6 tahun. Tepatnya, d Taski An-Nur Rembau, kemudian meneruskan pelajaran peringkat rendah d S.K. Undang Rembau, dan peringkat menengah, masih lagi d N9, iaitu d S.M.K.A Pedas. Stop kejap sebelum sambung tentang matrik =). Apa ye yang istimewa tentang zaman sekolah rendah dan menengah???

1) Masuk skola je, cikgu2 da kenal!!! owh...ayah awak yang pilot tu kan?(walaupun salah-abah bukan pilot!hihi) lagi, kakak awak yang menang gigi tercantik tu kan? (ni kakcik!), lagi, abg awak ahmad syukri kan?(yola...) ni skola rendah, skola menengah pun lebih kurang. Masuk2, ni generasi 'nura' ketiga! kata ustazah. dalam kelas arab plak, masa ta'aruf ustaz tanya dalam bahasa arab tp pahamla die tanya awak ada kakak nama nura muna? dengan semangatnya ana jawab YES!!! haha satu kelas gelak, pastu cakap, eh, na'am2! :) 


2) Masa sekolah rendah, mula2 masuk kelas blakang2 skit, maklumlah bukan bodoh, tapi x berapa cerdik untuk tergolong bersama pelajar-pelajar cerdik =). stat darjah 3 sampai darjah 6 barulah masuk kelas no 1. sekolah menengah plak, dari form 1 sampai form 3 kelas ke 2@ Ibnu Khaldun. Masa form 4 n form 5 kelas sains and tyme tu kelas da separate lelaki and perempuan. Jd batch ana ada 1 klas sains laki, satu klas sains perempuan and satu klas sastera campur. Batch ni ramai pindah skola. =(

3) Masa skolah rendah ana rapat ngan sorang ni, alhamdulillah sampai sekarang masih bersahabat. tp masa form 1 kitorang gaduh. ape ye puncanya??? ana pun tak ingat. Yang masih d di ingatan, masa kitorang gaduh tu ana xmo duk sebelah die lg n pindah tempat lain dalam kelas. tp masa form 2 kitorang baik, semula! tp x lg serapat dulu =(. Xpela, yang penting kitorang masih bersahabat =).

4) Masa sekolah menengah dapat ramai kawan n ada club lg! haha, biarlah kami n student2 pedas yang terlibat je yang taw. dan alhamdulillah kelab tu da lame xde tp kami masih bersahabat. Paling x lupa, hari raya baru2 ni kami dapat berkumpul bersama (jalan2 raya) walaupun ada yang x dapat join. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran pd Allah, diorang menerima transformasi ana. =)

5) Banyak sangatlah peristiwa yang istimewa zaman sekolah nanti panjang sangat penat nak baca. Stop aja deh!

Masukla zaman matrik tahun 2008/2009. Ana ditawarkan ke matrik Perak. Pilihan 1!!!Alhamdulillah dapat tempat yang diinginkan. Sebabnye??? Mau duduk sama opah! hehe. Sayang sangat kat opah! Matrik tu, walaupun org x kenal tp sebenarnya dari kakak yang pertama (tp dia tolak), kakak ke 2 n ana, semua ditawarkan  matrik yg sama! Abg pulak d sri iskandar. agak dekatlah kan. Di sinilah ana ditemukan dengan tarbiyah seterusnya transformasi pun berlaku....Bukan kata ni kali pertama kenal tarbiyah. Yela, nama pun skola agama, xkan xtaw kan? Taw, tapi buat2 x taw...Ana ni nama je skola agama, tp kat luar hurm...paham2 jela. Baju ketat, couple, dan ape2 jela yang sewaktu dengannya, bg ana biasa je. Tp yang ana pegang x tinggal solat, whatever pun!. Bila dah dihalaqahkan rasa sedih sangat. Rasa macam sia2 je masuk skola agama 5 tahun tp perangai macam budak skola biasa(maaf ya, ana tahu x semua macam tu). Tak ada bawak unsur tarbiyah pun dalam kehidupan harian. Belajar sekadar nak tahu, study untuk jawab exam, tp x amalkan! Alhamdulillah, Allah masih nak selamatkan ana =) Ana mula ditarbiyah sem2. Jdnye sem 1 wa sem 2 sangat jauh ye bezanya. Masa sem 1, biasalah elaun kan banyak @ Rm1250 per sem, so, bila weekend balik umah opah tak pun g outing. Mana lagi, x jusco, parade...Itu jela kejenye...Nak outing je, budget duit, klu ada lebih x simpan, g karaoke! Astaghfirullah...Itulah ana =(.  Tp, masa sem 2, outing jugak, tp g surau berdekatan ngan pekan, g halaqah! no more karaoke... bila kakak tanya ko outing mana? jawabnye, pekan gopeng. ada apa kat pekan gopeng??? ana senyum je...=) Bila mula transform tudung labuh, niatnya nak pakai tyme masuk U (so, bila masuk jumpa muka baru, org x kenal g, hehe), tp hati ni tiba2 nak sangat tukar tyme kat matrik, waktu tu cuti lama skit sebab apa tah, balik dari cuti bli tudung 3 helai, esoknya stat pakai. Ana ingat lagi, first class hari tu masuk lab. Bila sampai luar lab, budak2 tutor pandang plik, taw dah...Ada yang tegur "eh, nampak lain". ana jawab, "a'ah, sebab pakai tudung labuh" (lebih kurang gitulah jawapannya). Tp, yang ana kagum, x da sorang pun  bg respon negative. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Ana nak kongsi crita sorang sahabiah ana, dia pun transform kat matrik, tp responnya menyedihkan, ada yang tanya "dah brapa bulan?". Tp dia sangat kuat, alhamdulillah masih istiqamah dan yang ana kagum sangat, dengan asbab die, Allah bukakan hati kakak die untuk pakai tudung labuh. Subhanallah...

Sekarang ana belajar d Universiti Malaysia Terengganu, udah tahun 2! Alhamdulillah, juga pilihan pertama. Program Bachelor of Food Science (Food Service & Nutrition). Bila org tanya kos ape, jawab, sains makanan. owh..food tech???bukan, food service, yang masak2 tu...nampaknya ramai lagi yang x tahu kos ni =). Kata sains makanan je food tech. saja x nak amik food tech, x minat subjek fizik, tengok tajuk buku aja udah pening!hihi...Tarbiyah juga masih diteruskan, alhamdulillah, moga kekal hingga nafas terakhir, Insya-Allah...Bukan untuk ana sorang, tp juga nak family, sahabat2 yang ana sayaaaaangggg sangat, n org2 sekeliling untuk kita semua rasa dekat dengan Allah. Ya! Kerana di setiap bahu orang Islam itu terpikul tugas amar makruf dan nahi mungkar. Bukan hanya pada ustaz wa ustazah saja ya. Ana kos makanan...hehe. Dalilnya:

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu), menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah org2 yang fasik." (Surah Ali Imran: 110)

Makanya, untuk jadi umat terbaik, perlu buat itu! (amar makruf nahi mungkar), Insya-Allah, ana juga masih belajar untuk memperbaiki diri. Buat keluarga terdekat, juga keluarga besar dari n9 dan Perak, terima kasih kerana mendokong usaha ana dan ana mengharapkan doa kalian, andalah org terdekat hadiah Allah buat ana =). Buat sahabat2 (sekolah, matrik , juga UMT) yang masih setia bersama ana, sentiasa menyokong ana dengan doa dan nasihat2, jazakumullah (hanya Allah saja yang mampu membalasnya). Ana mengharapkan bimbingan dan sokongan agar tarbiyah ini terus mekar dan diredhai Allah. Moga blog ini akan berkembang dengan masukan2 yang berguna untuk kita juga generasi akan datang, Insya-Allah (budak2 pun dah pandai menaip kan...)

Ye adik2, kat dalam blog ni banyak je yang x bermanfaat tp banyak jugak yang bermanfaat... The choice is yours, buatlah pilihan yang bijak =)

Wassalam...

4 comments:

  1. salam ziarah dekya :)

    ni amie :)
    mula2 tgk kau fb dlu, aku terkejut dan bersyukur sebab kau nampak lain but in a good way. hati ni bersyukur, alhamdulillah.
    tp mesti lah dalam hati tertanya2, mcm mana transformasi ni berlaku kan? (biasa la manusia, curious kan)
    alhamdulillah, kau kongsi di sini, aku pun dapat belajar. terima kasih atas perkongsian ni :)

    akhir kata, selamat berblog, moga2 usaha kita mendapat redhaNya :)

    ReplyDelete
  2. Salam amie =)

    Baru pas baca blog kau. subhanallah...banyak dah postnye!congrats!!!sangat best baca. n sangat kagum ko reply comment2 org. A good blog shows a good blogger!hehe

    ReplyDelete
  3. oh korang saling kenal ke?hehe wut a small world.dekya keep it up.g lah promote kat blog akhwat.huhu.akhwat pAm ke.

    ReplyDelete
  4. Ukhtiutmuda:

    mestilah kenal. kami stu skola, satu kelas lagi!huhu. Insya-Allah ukht =)

    ReplyDelete