Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, December 19, 2010

Adakah Aku Mengimpikannya???

Bismillah wa alhamdulillah


Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat, dan seluruh umat Islam.


At first x taw nak post apa hari ni. Fikir2 nak post tentang aktiviti2 sepanjang hari ni, tp sedang rancak membuka blog akhawat dan ikhwah (kira aktiviti hari ni jugaklah kan), terjumpa antara 'main issue' dalam hidup. Bab NIKAH & POLIGAMI. Haih, x taw la nape cuti2 ni asyik fikir ke arah tu. Sedang banyak lagi yang perlu diutamakan, dakwah, followers (bukan follower blog ye tp org2 yang di follow up (^_^)), study, kerja lagi, kumpul2 duit, banyak la lagi boleh fikir selain hal penting ni. Ia memang IMPORTANT tp wat masa ni NOT URGENT!


Ana tak pandai la nak menulis dengan masukan2 yang mantop2 macam akhawat dan ikhwah lain. Tp ana cuba ekspresi kata hati sendiri. Biarlah org nak kata ikutkan hati mati ke ape, cuma nak berkongsi =). Tentang nikah, ya, siapa x nak menikah lebih2 lagi menikah dengan ikhwah. Ada tujuan yang sama, matlamat sama (sama la tu tujuan n matlamat), tahu tugas masing2 dalam dakwah, kontribusinya, pengorbanan yang x mungkin dapat difahami oleh org2 sekeliling tentang tugas dakwah yang dipikul. First, tentang pasangan satu jemaah, hurm, seandainya Allah mentakdirkan ikhwah yang sehaluan, Alhamdulillah, seandainya dari jemaah lain, ya, mengapa harus ditolak? Lainlah seandainya perlu memilih antara ikhwah dengan yang bukan ikhwah. Yang penting dapat menjadi sayap kiri (betulkan sayap kiri?) pada ikhwah itu, bantu dia dalam menggencarkan dakwah, matlamatnya, bawa umat kembali pada jalan yang diredhai Allah. Itu lebih penting bagi ana. Jadi, x kisahla klu x satu jemaah pun.


 Perkara kedua yang bermain-main di fikiran, tentang poligami. Ana bukanlah orang yang mahir bab2 poligami ni, menikah aja belum! Haih~. Pengalaman dekat tu ada. Ada sorang pakcik kahwin 2. Tp x pernah la pulak tengok wife no 2 dia. N x tawla macam mana kehidupan diorang keseluruhannya. Tp, kenapa ya hati ni begitu tertarik dengan isu poligami? Satu perasaan yang, ntah, x pernah ada dalam hati ni membenci poligami. Mungkin sebab perkara2 berikut:


1) Ada seorang ukht tunjuk ustaz sekolah dia berpoligami. Yang menariknya, ustazah tu yang suruh suaminya tu (diorang satu sekolah) menikah lagi. Wah, bahagianya! Dan ustaz tu lebih mencintai isteri pertamanya (ni crita dari kawan ana yang satu sekolah dengan akhwat ni, mean, dua orang crita pasal ustaz yang sama). Ukht ni crita ustaz tu slalu puji ustazah dalam kelas. Dia kata kalau suami puji isteri depan orang lain, tu maknanya isteri dia isteri yang solehah. N ukht ni buka facebook ustazah tu. Tengok gambar dia ngan madu dia, wah!!! So sweet!!! Madu itu bukan hempedu la. Sangat comel sekali. Nampak sangat bahagia. Buat ana tertarik dengan poligami. (tiba2 malu sendiri-haih~)(*_*)


2) Ana baca novel tentang memartabatkan poligami. Novel karangan Blackrock @ Fajar Agustanto. Novel bertajuk 'Aku Menggugat Akhwat dan Ikhwan' juga novel 'Bidadari untuk Ikhwan'. Ala, crita yang sama kan penulisnya juga sama. Cuma satu novel crita bagi pihak ikhwahnya (Khalid) and satu novel lagi bagi pihak akhwatnya (Farah). Dalam novel tu, Farah sangat memartabatkan poligami, dan menyelesaikan persoalan2 tentang poligami. Dalam novel tu, ada satu watak ni mengagumi Farah sebab susah nak jumpa org yang memartabatkan poligami tu dari kaum wanita. Tapi Farah wat article tentang memartabatkan poligami. Selalunya yang lebih suka tulis article pasal poligami adalah pihak lelaki. (Memangla boleh kan Farah tu sokong, dia maya, sebab penulisnya lelaki kan, hurm...). Tapi, ha, ni betul2 statement dari kaum hawa. Eh, ana x kisahlah kalau dimadukan (ops~)!. Oh, begitu berterus terang skali. Mana taknya, dengan memikirkan kaum hawa yang semakin betambah-tambah (anak2 buah ana pun, walaupun baru 2 tp dua2 perempuan). Nah, kan. Itu sudah takdirnya Allah. Masa kini, kaum wanita lebih ramai dari lelaki. Lalu, seandainya semua kaum lelaki menikah dengan seorang wanita saja, baki2nya gimana? Aduh, kesian. Kalau kita di antara baki2 itu gimana??? Aduh, lagi kasihan (-_-)*! Nah, jadi, ah, x kisahlah orang keliling nak kata apa, dizalimi ke ape ke, ana tetap tak kisah! TITIK!!! Bolehla cakap kan, x merasa. Hurm, nikah ni bukan main rasa2 la, ni soal dunia akhirat ni. Soal bawa ke syurga ni. Siapa mahu mengheret ahli keluarganya ke neraka. Ana suka bait2 ayat dari novel di atas, tentang keadilan bila berpoligami. Ayatnya, " Jika ada yang mengatakan tidak pernah bisa adil seorang laki2 yang berpoligami, seharusnya, ungkapan itu dibalikkan. Jadi, tidak pernah bisa adil laki-laki yang tidak berpoligami. Kerana, nyata-nyata poligami itulah yang menjadikan suami itu apa adil atau tidak". Ayat yang sangat bermakna!.


Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
[Q.S. An-Nisaa’, 4:3]


Nah kan, ayat Allah juga membuktikannya. Macam mana nak tahu adil ke x kalau menikah dengan seorang je? Owh, diri ini telah berfikiran jauh. Mahu fikir hal dekat-dekat pula. Sebarang masukan dialu-alukan. Sebarang bantahan, bantahla, ana tetap dengan pendiriannya. Andai Allah mentakdirkan ana satu-satunya zaujahnya dia (siapa?), ana terima. Dan andai Allah menjadikan ana antara zaujah2nya (siapa?) juga ana terima, insya-Allah...


Sekian, bingkisan hati ana buat siapa2 yang mahu menghayatinya. Wassalam...

Sweetnye!!!

Ni lagi sweet!!!

4 comments:

  1. salam...bagus penulisan...mnjadi dri ini juga tertarik unt bermadu..opssss..hihi..tp kata2 x sama ngan perbuatan.sng unt berkata tp unt berbuat memerlukan kekuatan dlman....huhu....

    ReplyDelete
  2. Anym: Thanks ya menyokong! huhu. x la klu x sokong pun, Allah pun x mengharamkan. yup, kata mmg senang, blum merasa lagi. Moga Allah beri takdir terbaik buat kita. Insya-Allah ;)

    ReplyDelete
  3. kak dekya ; bukan ke memg rasulullah dah cakap. walau mcm mane usehe pon seorang lelaki untuk berlaku adil pade kedua2 isterinye,, die tetap tak mmpu untuk jd seorg yg adil..kan3..??
    TETAP TAK MMPU UTK ADIL....jd 1 antare due,,salah seorang dr isterinya akan berduka kan..jihad fisabilillah.. ;) from adek kundor.. ;)

    ReplyDelete
  4. anis: yup.mana mungkin hati bisa mencintai dengan kecintaan yang sama antara individu yang berlainan.mcam mama n abah gue, mungkin diorang lebih sayang salah sorang dari kami, tp dari urusan lainnya, macam makan pakai n sebagainya, mereka masih berlaku adil. sebab itu, jangan kamu terlalu cenderung pada yang kamu cintai, berpada-padalah...masalah hati ni dik.sang isteri perlu sabar.bila suami berada d sisi isterinya yang lain, sang isteri bisa habisi waktunya bersama Allah, sujud d malam hari=)

    ReplyDelete