Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Showing posts with label Perkongsian-Pengisian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian-Pengisian. Show all posts
Thursday, July 9, 2015

Master's Diaries (Part 6)

Bismillah...

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim....


First of all, thank God, I've submitted my second phase journal to be published! Alhamdulillah thumma alhamdulillah. So, can I call it off? Yeay, 2nd phase is end! :D Tinggal satu fasa saja lagi. You can do it, yeah!

Telling about this phase, actually, it's not so difficult, I started conduct the analysis on April. About three months, quite a long time, right. It did happened as I was participating several competitions (link). It were times I felt, "oh God, I miss labworks", when I have to do something out of my master study, Finally, it ends! Alhamdulillah.

Telling on the paper, I took more or less three weeks to finish it. Quite slow, actually. Yes, there were times when we seat, and stay focus on the laptop, hoping to write more but don't know how to make at least a sentence. It was a time called "Otak jammed" and most of the times, it felt "oh, malasnya nak tulis!!!!" ^^ Ideas may come anywhere at any time, while taking a bath, while shopping (huh? really??), while chatting, any time :) My sv said, she always got new ideas while praying. It was a time, an idea came into my mind while I was driving, I kept memorize it so that I can write it on the paper. Thinking about this, I praise Allah as He is the one who give the ideas out of our expectation. Like what Zulkarnain said,

"Dinding ini adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila janji Tuhanku sudah datang, Dia akan menghancurluluhkannya; dan janji Tuhanku itu benar," (al-Kahfi: 98)

If we bear this in mind, we'll always realize that all of our kind deeds and intelligence is from Allah. Who wants to be like Qarun, right? Whose said:

  "Sesungguhnya aku diberi (harta itu) semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." (al-Qasas: 78)

Naudzubillah min zhalik. I always pray to Allah that my writing benefit others, as it sounds, "Ya Allah, jadikanlah apa yang aku tulis bermanfaat buatku dan orang yang membacanya." And this differentiate us (the Muslims) with the kuffar. They also did good things, deliver good knowledge, but at the end, it is useless as they do not have the true faith. 

That's all for today, thank you! (Mhehehehe)


#selamatmemburulailatulqadr


Ilmu suluh kehidupan (Lagu sekolah rendah saya) :D




Monday, June 29, 2015

Tak Akan Makin Mudah

Bismillah

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi washohbihi wasallim...


Resam hidup, tak pernah jadi makin mudah. Masa sekolah, rasa nak masuk U cepat. Tak terikat dengan peraturan sekolah. Boleh keluar masuk bila-bila, tak ada sekatan (tak semua U macam ni ya). Orang kata masuk U relax, belajar pun boleh enjoy. Jadual tak pack berturut-turut and so on...

Bila dah masuk U, rasa nak habis belajar cepat. Tak tahan dah nak buat assignments, lab report, jawab exam, apatah lagi menghabiskan final year project dengan satu tesis sebagai  penentu kaki ni ke pentas konvokesyen (I cakap macam ni sebab kat thesis ada tulis, "research report submitted in partial fulfillment of requirements for the degree of..." tak ada thesis, alamat tak grad la awak). 4 tahun rasa lama, nak cepat habis, nak kerja. Macam senang je kerja kan, buat benda rutin, duit pun dapat. 

Bila dah kerja, rasa nak berhenti. Nak duduk rumah saja, jadi suri pada suami. Macam senang je, duk goyang kaki, Bila dah kahwin, jadi surirumah pun, tak menang tangan. Apatah lagi yang cari pendapatan sampingan. Cerita lain pula bila dah beranak-pinak.

These are several situations happened to most of us-sekolah-masuk U-kerja-kahwin

Kita mengharapkan keadaan berubah supaya jadi lebih mudah, hakikatnya ia...

 TAK AKAN JADI LEBIH MUDAH

Sirah Rasulullah s.a.w., kehidupan insan sempurna kekasih Allah ini pun kalau diamati, jelas semakin berat tangungjawab baginda. Sejak lahir tak berbapa, usia remaja sudah berniaga (berniaga bukan mudah, kan3x?), melihatkan masyarakat yang tenat menyembah berhala, baginda beruzlah di gua. Turun pula wahyu, menjadi Rasul pemimpin umat, beban berganda. Dipinggir kaum sendiri lagi, bukan dugaan yang ringan. Bila sudah bertambah kekuatan sahabat, hadir perintah jihad diikuti pembebasan Tanah Haram, jelas semuanya tak mudah. Kawan, ini kekasih Allah.

Ya, hidup tak akan jadi lebih mudah, tapi tak bermakna perlu hidup dalam gelisah dan gundah. Berapa banyak pertolongan Allah buat Rasulullah s.a.w. :') Kuncinya, positif! Sangka baik pada Allah. Rasa tak mampu bukan alasan untuk kita tinggalkan sesuatu. Macam mana nak tahu kita mampu? Buat dulu. Rasa, hanya sekadar rasa. Berbuatlah, pasti ada hasilnya. Biar rasa susah, nak masuk syurga memang tak mudah :') 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
                                                                                                                                        (Al-'Ankabut: 2)




Teruslah berbuat, jangan menyerah, ok? Ya Allah, kuatkanlah :')







Sunday, January 11, 2015

Burdening Burdens

Bismillah

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi wa shohbihi wasallim...

Astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim

Naik panas dahi hari ni. Buka telegram, buka watsapp, fb lagi, link yang sama, gambar yang sama. Allahuakbar! Hati dah terlalu banjir sampai airmata sikit pun tak boleh keluar. Rasa nak muntah pun ada. Saya mengharapkan Malaysia yang lebih 'bersih' (BUKAN BERSIH 1.0, 2.0 ATAU SEBANYAK MANA BERSIH PUN YANG ADA) selepas musibah yang menimpa negara. Belum sampai dua minggu masuk tahun baru, Malaysia sudah dicemari. Ya, SUDAH TERCEMAR!!!

Saya taknak komen panjang mengenai apa yang telah berlaku, apalagi nak jumpa sorang-sorang adik2 tu untuk dipiat-piat telinganya. Buat apa nak bercakap dengan orang yang lemas (in this case, lemas dalam lautan nafsu). Orang lemas tak boleh nak concentrate. 

Jadi, post ini adalah untuk orang-orang yang sedar. Sedar hati, sedar mata, telinga, akal dan segala pancaindera yang ada.

Ya ayyuhal ikhwah wal akhawat,
Masalah ini masalah kita,
Tanya diri, apa dosa sampai berat nak bergerak?
Tanya diri, apa dosa sampai susah sangat nak terangkan pada mereka Allah itu dekat?
Tanya diri, apa dosa sampai boleh duduk diam saja tengok maksiat???
Dan ini juga masalah saya :'(

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin

Untuk adik2 itu, 
Thank you sisters, you are burdening burdens!



Wednesday, January 7, 2015

Ada Apa Dengan 2015?

Bismillah....alhamdulillah....

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., kesayangan Allah, keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.

Hampir seminggu kita dah masuk tahun baru, ya, tahun 2015. Bermaksud dah hampir satu per-empat abad aku hidup bernafas kat dunia ni. Alhamdulillah...

Bagi aku, 2014 berakhir dengan penuh sayu, peristiwa banjir di hampir semua negeri kat Semenanjung Malaysia ni, kapal terbang Air Asia terhempas, berita orang meninggal kena bom, dan gambar-gambar pasca banjir yang sungguh, sangat menyayat hati. Allahuakbar, betul, kalau perasan dah 2 tahun Malaysia tak buat sambutan tahun baru (kalau tak silap, masa 2013 sebab peristiwa Lahad Datu). Sungguh, Allah tak jadikan semua ni sia-sia. Sangat-sangat beruntung orang yang dapat kutip hikmahnya (menghabiskan 2014 dengan solat taubat, derma, bantuan tenaga, dll., untungnya kalian).

Now, It's 2015!

Ada apa dengan 2015? Sincerely, I really don't have idea what'll happen through this year (of course, kita hidup atau tak esok pun kita tak tahu, kan?). But....I have ideas on what to do in 2015 (lots of ideas)! Yes, ni lebih penting, instead of kita fikir, apa yang bakal berlaku, buat apa nak tanya kerja Allah?

Now, let's colour our 2015 with various deeds with the aim (pasang niat tau) of seeking Allah's bless! 
And don't forget, plan wisely. So, do have a planner! 

Plan, do and rely them to Allah
May you have a blessed 2015, friends! :D



   


Monday, December 15, 2014

Come On, Is This What We Want?

Bismillah walhamdulillah,

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.


Tulisan di bawah ini bukanlah hasil perahan otak saya. Ia adalah cetusan idea sahabat baik saya (Barakallahufiki ya ukhti) yang saya rasa perlu saya kongsi supaya kita boleh buka mata dan kenal musuh-musuh kita. Do you remember that the Jews and Christians recognize Rasulullah p.b.u.h. as they recognize their own sons? Do open the quran and read surah al-An'am ayah 20. Saya abadikan tulisan ini dalam blog saya supaya mudah untuk saya rujuk semula dan kalian dapat manfaatnya. 


SIS tanya, kami bongkarkan!!

[5 PAKEJ ISLAM LIBERAL dalam SIS]
Amin baru bernikah dengan Hamidah. Mereka solat jemaah berdua. Bila imam (Amin) selesai membaca al Fatihah.. Hamidah teragak-agak untuk menyebut "aamiiiin" kerana takut dituduh kurang ajar dengan suaminya. Lalu Hamidah menyebut "aabaaanng"..
Semasa iktidal, suaminya menyebut "sami allahu li man hamidah". Isterinya dengan senyum menyahut, "saya bang.."


Mungkin itulah analogi yang sesuai buat golongan feminis ini. Syarat penerimaan ibadat bukan semata-mata ikhlas. Ia perlu juga mengikut syariat.
SIS yang dilihat mahu membawa Malaysia tunduk kepada perundangan antarabangsa demi keharmonian agama katanya. Namun hakikat sebenar menunjukkan langkah golongan feminis liberal ini menekan Malaysia untuk melanggar norma-norma Islam.

SIS sangat konsisten menunjukkan pendirian mereka sebagai gerakan Feminis Liberal Islam. Walau tidak pernah mengaku gerakan mereka sebuah gerakan liberal. Tetapi setiap gerak geri mereka akhirnya menekan Malaysia ke arah negara Liberal Demokratik.
5 PAKEJ Islam Liberal pada SIS:
1) Relativisme : SIS mengunjurkan idea "tiada kebenaran yg bersifat mutlak". Kerana itu mereka mampu mempertikai kebenaran syariat Islam. (rujuk pendirian SIS terhadap "kami anak Allah")
2) Sekularisasi: SIS sedaya upaya cuba menyingkirkan unsur dan pengaruh agama dlm urusan duniawi. Kerana itu mereka menolak konsep Negara Islam di Malaysia. (rujuk pendirian SIS dalam isu tudung, fatwa pengharaman ratu cantik)
3) Liberalisme: SIS mengutamakan kebebasan berfikir dan berijtihad sehingga melanggar norma-norma Islam. (Rujuk isu SIS pertahan terbitan buku "Allah, Kebebasan & Cinta" yang secara terang mempromosi kebebasan murtad, meruntuhkan syariat solat, menghina Al Quran dan lain2)
4) Hermeneutik: Menafsir Al Quran bukan sebagai wahyu Allah tetapi sebagai teks yang boleh dipertikai kebenaran, penulisan dan syariatnya.
5) Perjuangan Gender : SIS turut memperjuang hak-hak golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender). (Rujuk isu SIS pertahan penganjuran program Seksualiti Merdeka yg menggalakkan golongan LGBT mengekpresikan diri mereka di Malaysia)
SIS sememangnya sebuah gerakan yang mendukung fahaman dan perjuangan Islam Liberal.
Tafsiran-tafsirannya terhadap hak-hak kemanusiaan berkiblatkan perundangan antarabangsa sehingga banyak melanggar syariat Islam.
SIS telah difatwakan haram di Selangor. Tunggu fatwa dari negeri-negeri lain pula. Sesungguhnya tiada tempat buat gerakan Feminis Liberal Islam ini di Bumi Malaysia.

SIS tanya, kami bongkar!
PEMBINA
Meneraju Arus Mahasiswa 


Berani sungguh!

>>>Sisters in Islam @ SIS adalah salah satu contoh daripada sekian banyak pelaku agenda musuh dalam negara ni. Yang mencanang segala tipudaya supaya masyarakat ikut telunjuk mereka. Lagi sakit, bila ada mereka ini disokong oleh orang Islam sendiri. Jika SIS dan pelaku-pelaku liberal lainnya tidak dihalang, disekat atau apa sahaja istilah yang boleh mematikan gerakan sesumpah jahiliah ini, tidak mustahil Malaysia, negara yang kita sayangi ini ditenggelami (boleh bayang tak keadaan orang lemas macam mana????) dengan kemaksiatan berpanjangan. Come on, is this what we want???




Tuesday, December 2, 2014

Kick-start Your Day with Happiness!!!

Bismillah

Alhamdulillah 3x...
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda, dan seluruh umat Islam.

Kick-start your day with happiness, guys! But how???
Nah, this is what I did to start my day in a positive way and I bet you should try this too :D

Wake up earlier before fajr, pray at least two rakaat solah, recite all of your special du'a, pray fajr in jama'ah, recite quran at least a page (you can decide yourself, it's ok, as long as you read it), recite ma'thurat on the way to track, yes, the sport track.  

There you are, on the track! Try jog 6 rounds. I bet you round 4-6 was the hardest, the most painful part. No pain no gain, right? Don't forget to look up onto the sky, see the colour changes up there. See the flocks of birds flying above you and say, "there you go, you can do it, dear!" Plus two rounds walk, make your legs relax before you stop. Now, see....the sun is saying HI to you! 

Take a breath, put hands on your face, warm. As warm as the shining morning sun! Yeah, the blood circulates effectively in your body and it's ready for all activities of the day! 

You gotta try and don't forget the dhuha ;)


*Do you know, 400m walk equals to 210 times istighfar? I knew it just now :D
Monday, October 27, 2014

Happy New Year!

Bismillah,

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.

Dalam tak sedar, dah masuk tahun baru pun. 1436H. Yes! Tambah lagi umur, tambah lagi amanah dan tanggungjawab, harapnya amalan pun bertambah, insya-Allah, amin....Masuk tahun baru, ada list to do kena buat, AZAM TAHUN BARU. 

Alhamdulillah, azam tahun lepas ada yang tercapai. Yang tak tercapai tu bolehlah jadi azam tahun ni. Antara target yang amat baik untuk dimuatkan dalam azam tahun baru:

1) Target hafazan: Paling sikit, hafal juz 30
2) Puasa sunat sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
3) Bayar hutang
4) Publish paper (untuk sayalah)
5) Buat saving
6) Lagi dan lagi



So, jom! Put your dreams high up on the sky. If it falls, it'll be among the stars. :)

-Salam maal hijrah-


Monday, September 29, 2014

Nak Ikut Tak?

Bismillah walhamdulillah

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi washohbihi wasallim...

Alhamdulillah, tenang saja rumah akhawat sekarang. Masing-masing sedang kumpul tenaga untuk teruskan amal ibadah esok (harapnyalah). And me? Tahan mata sat, perlu share 'something good to share' dulu.

Alhamdulillah, lepas dah hujung minggu yang sangat hectic. Sampai KT pagi tadi, non-stop buat kerja, nak bersiap pergi kampus, kawan tanya, "Nak ikut tak?" (going to Kenyir). Yeay!!!! Of course la nak ikut (dalam hati doa harap lecturer tak cari, fuh). 

Tak dapat nak zoom. Camera phone je

Sampai dekat pulau, kawan turun air, cari kepah. Dapat tengok dari dalam bot je sebab pakai baju kurung, follow on the spot kan. Then, lepas cari kepah pergi Taman Orkid. Taman ni baru buka. Sekarang masuk free lagi, mungkin nanti kena bayar tiket. REZEKI!!! Cantik landskap taman ni, ada Pulau Asean (orkid-orkid daripada negara Asia-Filipina, Thailand, Indonesia, Laos...) dengan Pulau Malaysia kot nama dia. Tapi yang orkid Malaysia ni tak pergi, jauh lagi. Datang singgah Taman Orkid pun sebab nak solat.

One of the landscape in Orchid Park
Lepas pergi Taman Orkid, pergi tengok kepah yang kawan bela. Dah sebulan tak pantau. Alhamdulillah, kepah sihat-sihat belaka. Bolehlah balik dengan senang hati. 

Today, I learn one BIG thing, bahawa REZEKI kita memang Allah yang bagi. Just imagine, nak pergi Kenyir, macam tadi bot saja dah RM250. Tu baru tempah bot sehari. Speedboat. Kalau Houseboat RM1000/day. Tapi, geran dah support duit bot. Then, dapat pergi taman free-free je. And if I have to pay myself, memang taklah aku jejak Kenyir tu tadi. Dan Allah jualah sebaik-baik perancang. Allah tahu aku penat, dan bot menjadi saksi kepenatan tu (mana taknya, I slept most of the time dalam bot. haha). Allah tahu kepala ni berat dah nak fikir banyak benda, dapat rasa sepoi-sepoi angin Tasik Kenyir, panas yang terik pun tak terasa mana. In fact, semua pun dah tertulis kat Lauh Mahfuz. Alhamdulillah, masih dapat takdir yang baik. 

Pengajarannya, BERSANGKA BAIKLAH dengan Allah. Siapa sangka walaupun duit RM1 je dalam poket (ehem, aku taklah sampai camni, nak bagi perumpamaan je) dapat pergi jauh, kenal bumi Tuhan. With just a SIMPLE question, "Nak ikut tak?". Ok, ni je sharing hari ni.

Wassalam.... 
Tuesday, September 23, 2014

Master's Diaries (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda serta seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, hari ni Allah bagi kesempatan untuk tengok proposal presentation classmate. Dia dah 2nd sem, memang patutlah kena present proposal. Masuk tadi, dia dah halfway, tup2 dah sampai methodology and expected results. Tak apalah, dengar komen dari panels lagi penting. Anyway, congratulations Vincent! Your part is done and mine will be coming soon. ><

Dengar komen dari sorang panel (not from our school, kerek betul ye) betul-betul buat aku jadi keras@kaku. Soalan dia buat orang jadi speechless (even my friend had answered him) ada je dia bangkang. Baru proposal. Terfikir juga, how will my turn be? huh, Rabbi yassir wa la tu'assir....Tapi, baguslah dia komen macam tu, and dapat jugak grab several tips buat bekalan masa hadapan:

Tips untuk Proposal Presentation Supaya Tak Kena SMASH

1) Define all terms in the title

Every single term ya. Like mine, Preparation of protein hydrolysate extracted from eel (Monopterus sp.) protein and its in vitro antioxidant and anticancer activities. So, kena la tau apa tu preparation (x kan x tau kan), protein hydrolysate, eel protein (muscle), in vitro, antioxidant, anticancer, activities (activities and actions lain tau, baru tau tadi)

2) Be specific in all objectives

Objektif jangan terlalu luas, kena fokus. Satu fasa, satu objektif.

3) Expected results mesti sync dengan objectives

Kalau dekat objektif contohnya tak ada bagi tau pasal ACE (angiotensin converting enzyme) activity, tak payah nak pandai2 tambah ACE dalam expected results. Mengabihkan bogheh yo.

4) Kena tahu setiap procedure yang kita guna

Why guna certain wavelength, why ambil certain berat, bukan blindly ikut any journal. That's why dalam paper ada perkataan, "with some modification" tapi kena tahulah kenapa modify this and that, kang speechless pulak kalau panel tanya.

5)  Our main material, what is soooo special about it?

Apa yang special dengan belut ya? Hurm......

6) Read the basic principle

Mestilah kan, jangan tahu experimental side je, buat-buat, dapat result, tapi tak faham konsep. The key is READ, IQRA'!

7) Be confident (ni tambah sendiri, panel x cakap pun)

Confident je, not over confident

Ok, tu je nak share. Time to continue reviewing papers...da....da...

Sorry Vincent, I know this is not you



Friday, May 10, 2013

Bekal


Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan umat Islam.

Salam Jumaat everyone! Have you done reciting al-Kahfi? Alhamdulillah, tak lama pun kan. It took only 30 mins (dengan tajwid okay (^_^)). Bekal? What 'bekal' do I want to talk about? Teringat cerita Lady Boss, part Apek kata," Mak kata bekalan dunia akhirat" waktu Erra tanya,"Eh, bawak bekal?" Haha. Yup, bekalan akhirat. That's what I want to stress about.

credit



Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala

Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan

Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia kan ditinggal pergi

Apalah gunanya harta di sisi

Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi


Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia

Belum tentu membantu kita

Menjadi bebanan dan menyusahkan
                                                                                                                       In-Team: Pesona Dunia

Can you see that 'bekal' word? Agak-agak berapa banyak ye bekal kita untuk kita tunjuk pada Allah? Hari-hari pun solat, baca quran and other good things. Dan malaikat sentiasa mencatitnya. Hari-hari pun cakap pasal orang lain (without knowing it's true or not) and sometimes being disrespect towards others, dan malaikat pun mencatitnya. Sometimes, kita rasa banyak dah perkara baik kita buat, tapi kita kadang-kadang tak sedar yang amalan kita buat tu dah terbang macam daun ditiup angin disebabkan kebatilan yang kita buat. :'( Nauzubillah...

So friends, jom beramal dan tambah bekal! Truly, we're not perfect. Tapi Allah kan Maha Penyayang. 

Allah the Almighty has said:"O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you. O son of Adam, were you come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dosa minimbun-nimbun macam awan?
Busar macam bumi?

Turn to Allah and He will forgive us
See, Allah itu Maha Pengampun. Tak kira dosa kita sebanyak awan di langit, sebesar bumi, Allah tetap ampunkan kalau kita bertaubat. (^_^)





Wednesday, April 24, 2013

Sihat Itu NIKMAT

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat-sahabat baginda dan umat Islam sedunia.

Sihat itu bagiku
Bila fizikal dapat berfungsi membuat sesuatu
Sihat itu bagiku
Bila akal masih boleh berfikir dalam mencari redha yang Satu
Sihat itu bagiku
Bila setiap saat dapat dilalui tanpa ada rasa buntu
Sihat itu...
Anugerah Allah, Tuhanku (^_^)

Ya, kalau fizikal tak sihat, macam mana nak buat sesuatu dengan baik? Teringat arwah atuk, bila sebelah kakinya kena potong, semua kerja pun harus dibantu. Mulut keluar kata-kata marah, marahkan dirinya. Bukan merungut, mungkin dia rasa bersalah bila orang lain perlu bantu dia. Atuk, I always miss u. 

Ya, bila akal berfikir sesuatu yang Allah tak suka, akal ada penyakit (walaupun fizikal tengah sihat). Akal sakit! Asyik fikir maksiat, asyik fikir nak marah orang, asyik fikir aku betul engkau salah. Akal itu tengah sakit. Kadang-kadang kita tak sedar yang akal kita tengah sakit. Macam mana nak tahu akal sihat atau sakit? Tanya diri, bila aku fikir macam ni, nak buat macam ni, Allah redha x? Then, nilai, sihat ke sakit?

Ya, walaupun tak boleh jalan, walaupun susah nak angkat tangan, walaupun kepala ada jahitan, tapi kalau kita dapat lalui semuanya tanpa rasa buntu, itu tandanya kita masih sihat! Macam mana tu? Kan kaki, tangan, kepala tengah sakit? Bagiku, selagi mana kita bersyukur dengan segala pemberian Tuhan, kita masih sihat. Kunci sihat adalah kesyukuran. :)

Sihat itu pilihan anda
Jom amalkan gaya hidup sihat (oh, mentang-mentanglah student nutrition >.< ). Sihat badan dan akal fikiran. Sentiasa bersyukur dengan segala ujian dan sentiasa ingat, Allah tempat bergantung harapan. Yeay!!!

# saja buat post ni sebab sekarang praktikal kan dekat hospital. Hari-hari pun tengok orang sakit (mungkin dalam sakitnya dia sihat). Bila tengok yang sakit-sakit teruk tu, hati berdetik, Ya Allah, kalau aku sakit, janganlah sakit yang aku tak mampu nak tanggung (biar aku 'sihat' dalam sakitku). 


tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com



Monday, April 22, 2013

Suka Duka Hari Penamaan Calon

Bismillah walhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan yang amat dirindui, Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, sesi penamaan calon di Parlimen Kapar telah berakhir dengan jayanya. Pengalaman pertama yang SUNGGUH, unforgettable. Di sini, nak kongsikan pengalaman untuk tatapan pembaca dan diri sendiri (bagi selalu ingat dan muhasabah diri) ^_^.

Jumaat malam,
Homestay dah penuh dengan legasi dari Melaka, sudahnya bermalam di rumah seorang ukht. Serba sederhana. Imagine, we're arrived at 12.00 midnight. Kawasan kampung dah sunyi. Rumah keliling dah gelap. Tapi ukhti U tetap sanggup buka pintu dan benarkan kami bermalam di rumahnya. Seharusnya, waktu ni terus lelap sebab esoknya perlu bangun awal tapi ukhti U suruh minum air dulu :'). Contoh yang sangat baik, memuliakan tetamu.

Sabtu,
Bangun, bersiap, solat subuh di Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan terus ke taman. Langit mula mencerah, ikhwah dan akhawat dah ramai berkumpul. Wajah jelas tenang dan yakin. Selesai taklimat dan bersarapan, kami mula berbaris. Jarak ikhwah dan akhawat dijaga. Abah, Abi, Ayah dan yang sewaktu dengannya setia menjadi pemagar agar kami (akhawat) tidak diganggu. Tak sabar dah nak ke tempat penamaan calon. 


Bendera hijau dengan lambang bintang putih ditengahnya diagihkan. Semangat makin membara. Rasa macam nak bergerak berjuang ke medan perang. Kaki mula melangkah, bendera dinaikkan, senang melihatnya berkibar ditiup di udara, mulut dah terkumat-kamit melafazkan asma' Allah, beramai-ramai. Subhanallah, sungguh mendamaikan. 

Sampai di tapak tempat kami perlu berkumpul, polis berderetan di depan. Kami perlu landing di situ. Aktiviti bermula.

1) Berteduh di bawah pohon mengalunkan al-Ma'thurat dan surat cinta Allah. Berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat. Ya Allah, moga ada hati yang lembut, moga ada hati yang tersentuh. Tak perlu lagi ada sorakan caci mencaci. 

2) Usai bertilawah, sesi tazkirah dimulakan. Gain refreshment daripada akhawat senior. Dengar cerita tentang perjuangan Rasulullah s.a.w., tak dapat nak tahan air mata yang dah bergenang. Jatuh juga, mulut berselawat. Bibir tersenyum, ada getaran di situ. Ya Rasulullah, rinduku padamu, Allah sahaja yang tahu. Hati bagai direntap bila seorang ukhti mengingatkan, kita bakal menang, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Jangan buat maksiat. Takut nanti sebab maksiat yang kita buat Allah tak turunkan rahmat (lebih kurang begitulah maknanya). Air mata jatuh lagi. Takut sebab dosa diri, jemaah dicaci berkali-kali. Astaghfirullah...  

Benar, ini cuma langkah pertama dalam beribu langkah di dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Benar, banyak kata tohmah, tapi hati cekal, tak gundah. Munafik, murtad bukan kami yang pertama menerima tuduhan itu. Sedang Ikhwanul Muslimin juga pernah dituduh sedemikian waktu mula bertanding di Mesir. Sekarang? Merekalah yang meneraju pemerintahan di Mesir. Sejarah mungkin berulang (kejian dan tohmahan) dan telah pun berulang. Rajuk usah dibilang, hanya Allah tempat mengadu, berusaha untuk tenang. 

Sudah dua hari peristiwa ini berlaku, tapi perasaan di situ masih terasa. Sejuk, damai, tanpa provokasi. Ucapan 'selamat berjuang' daripada parti lawan melebarkan senyuman. Islam pastikan gemilang. ^_^

Langkah baru bermula, biar apa orang nak kata, akhlak perlu dijaga. Biar mata menilai, apa yang kami nak bawa. Allah tempat bergantung segalanya. Saudaraku dalam Pas, Keadilan, Umno dan BN, berjuanglah kerana Allah. Aku tahu apa pun tiket yang kamu guna, kamu pasti dan perlu menjadi Calon Muslim Berwibawa. Bukan sahaja untukku tapi untuk mereka, rakyat Malaysia.

# Sebenarnya, taklah berduka pun waktu HPC, semuanya dilalui dengan penuh kesyukuran. Cuma sebak bila teringat Rasulullah s.a.w. Dalam tak sedar 20 April adalah hari kelahiran baginda mengikut kalendar Masihi, dan dalam tak sedar kami berarak sambil berselawat pada hari kelahiran baginda :'). Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbihi wasallim...







Monday, April 8, 2013

Demam PRU 13 - Saya Pilih Calon Muslim Berwibawa

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat baginda, serta semua umat Islam.

It is well known that parlimen dah dibubarkan. It's time to vote!!! Tapi, nak undi siapa? This is my first time election experience. Excited! Excited nak memangkah like this (X), excited nak tahu YB baru (^_^). Tapi nak undi siapa? There goes the same question....

For me, PRU 13 sangat bermakna sebab Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hantar ahli untuk bertanding kerusi parlimen. Op....op....jangan salah faham ya, ISMA bukan nak memecahbelahkan lagi orang Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. ISMA bukan parti, and NEVER be a political party. I won't describe the details. Boleh baca via link ni. 

ISMA - BERJASA -ARUS BARU? CONFUSED? 

Ikatan Muslimin Malaysia
Undilah Calon Muslim Beriwibawa!
Mungkin ada yang bertanya, "Kenapa ISMA ni? Kejap Berjasa, kejap Arus Baru, Arus Baru tu apa pulak???" Ok, macam ni (nak explain jugak even dah ramai yang tahu). ISMA hantar wakil untuk bertanding kerusi parlimen atas tiket Berjasa. Arus Baru pula bukan parti (jangan nanti cari nama Arus Baru dalam kertas undi ya) (^_^), arus baru adalah seruan untuk mengundi CALON MUSLIM BERWIBAWA. Ini linknya. We're NGO. So, we're not Pro at any parties (BN, UMNO, PAS, PKR, apatah lagi MCA, MIC and DAP). Kami hanya menyeru supaya para mengundi MELAYU dan ISLAM (especially) untuk mengundi calon muslim yang berwibawa di tempat anda. Ye la kan, kalau orang Islam sendiri tak mengundi calon muslim, siapa lagi? Kita nak harapkan siapa untuk tegakkan agama Allah kalau bukan kita (muslims)? 

I know that this is the first time experience untuk kami, ahli ISMA. Now, barulah tahu macam mana beratnya tugas 'menyedarkan' orang. Memang kalau nak dibandingkan dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, ISMA masih ada jalan yang amat panjang untuk capai ke tahap tu (tahu kan Presiden Mesir sekarang ahli Ikhwan Muslimin). Ahli ikhwan dah melalui bermacam-macam ujian, mereka BELI kemenangan dengan NYAWA mereka sendiri. Alhamdulillah, setakat ni belum ada ahli ISMA yang terkorban jiwa. Untuk berada pada tahap Ikhwan Muslimin sekarang adalah mustahil bagi ISMA, tapi kami tetap mahukan Kejayaan dan Kemenangan. 

Kejayaan = Kami berjaya bila masyarakat menghormati ISMA sebagai pendesak dan pengimbang dalam menentukan masa depan Malaysia (Kalau masih di takuk lama, ahli ISMA perlu berkerja lebih keras, lillahitaala.) 

Kemenangan = Kami menang bila calon kami menang di parlimen. (^_^)

Apapun yang terjadi selepas ini, ISMA tetap dengan program dakwah dan tarbiyahnya. Kepada para pengundi, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang tepat, kerana ini masa depan kita dan generasi seterusnya.

p/s: Waktu pangkah baca Bismillah, kalau baca Bismillah nak pangkah 'Ravi' dan 'Ah Seng' ke? Macam pelik je (*-*)
  
Wednesday, March 20, 2013

Nun Ya Ta = NIAT

Bismillah

Alhmdulillah, selawat n salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda, serta semua umat Islam.

I am now doing practical training in HTAR. As stated in the letter, we'll not get any allowance, accommodation, transportation and even food. Alhamdulillah, semua ni x jadi masalah. 

No allowance, still get Pa&Ma allowance
No accommodation, I can walk to hospital coz it takes 20-30 minutes from wanda's house
No transportation, do I care??? I even don't have transport since in UMT (except my stolen bike (-_-'))
No food, mama kan bagi duit. Beli la makanan...

Tapi sebenarnya kitorang banyak kali dapat makan FREE. Complete meal lagi, siap ada buah. Macam mana tu??? Bila ada lebihan makanan untuk pesakit, siapa je boleh makan or else the food will be thrown (sedih, teringat rakyat kat Palestin, Somalia, etc...). Pernah sekali tu one whole week makan free. Alhamdulillah. Bila kita tolong serve sekali, ha, tu lah tiket tuk dapat makan free. Kalau tak tolong, segan plak nak minta kan?

My point is, NIAT. Adakah sebab nak makan free, kita tolong Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) serve makanan? Of course not! Kalau itu niat kita, yes, we'll get what we want, tapi redha Allah??? Imagine, kita niat nak tolong PePM kerana Allah (PePM doesn't know, but Allah knows), kita akan dapat redha-Nya bukan? And..that extra food will still be entering our stomach, isn't it? 

Senario lain, as mentioned before. We're not getting any allowance. Tapi tak bermakna kita berkira dalam bekerja kan? Bila ada kerja lebih sikit perlu ke kita kata, "alah...bukan dapat gaji pun, biarlah staff buat."? Can we just say, I'm learning right now, and whatever I do, it's part of my learning process (that will not be stopped till the end of our life), and I learn all this because of Allah. Akan timbul lagi tak rasa, biarlah staff yang buat??? 

Bila suatu hari nanti kita bekerja, adakah kita bekerja kerana duit atau kerana Allah? Let's refresh out 'niat'. That all of the things we do in this earth because of Him, to please Him. We'll have a better life. Come on, enjoy your life, because of Allah (^_^)
Kalau malas nak tadah tangan, niat je dalam hati

Tuesday, March 19, 2013

Be Humble (^_^)

Bismillah....

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan semua umat Islam.

18th March 2013, morning (going to HTAR)

Me: Hurm, perniagaan yang paling sesuai tuk kita mestilah jual makanan kan?
Sherina: Yes!
Me: Aku kan, nak buka bakery, tapi, takkan nak amik supplier orang cina.
Sherina: Kau la jadi supplier. Amacam?
Me: Mana nak dapat orang Melayu yang jual shortening, omelet (that's actually ovalette,haha) ...

Suddenly,
Someone: Dik!

We turned to look the person in the car (black Alphard). He's an adult at (maybe) my father's age. Besides him was his wife.



The Man: Nak pergi hospital ya? Naiklah.
Me, Sherina and Habsah: Ya pakcik, ok.

In the car, it was such a nice moment. They asked us about our industrial training (his daughter is a doctor in HTAR, she already went to the hospital that time). They were sweet old (I should not use this word, heheh) couple. As the car turned in front of the gate the husband said (like whispering) to his wife (with a gentle touch on her hand), "pakai seatbelt". So sweet!!!! What a blessed day. Starting the day with positive persons, very humble, and the one that I can't forgot is the wife always said, "sayang..." to us. Huh, I miss my mom!

19th March 2013, morning (start the day by walking to HTAR)

Just several steps away from the house, a school bus stopped and the driver said, "Dik, nak ke hospital kan?" We nodded. He said, "naiklah". In the bus, the questions were the same as in Alphard. When we answered his question, he said, "Bagus-bagus...". Then, when he asked, "Ambil course apa?" We said, "Sains Makanan". He said  (as mentioned before), "Bagus...". Actually his wife also was a Nutrition student graduated from UKM. Around the year 1983 or 1984. One thing that surprised me was, "Pakcik pun belajar dekat UKM juga, sekarang bawa bas (senyum)." Huh, I was melting......Subhanallah, such a nice person we met! Very humble too....

In short, whoever you are, be humble (advice to myself)
HTAR, With Love 

  
Monday, March 18, 2013

Breastfeeding. It's A Must!

Bismillah...

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta umat Islam sedunia.

Last week, we (the 6 HTAR practical students) were invited to join BabyFriendly Talk presented by the Head of Dietetic and Foodservice Department, HTAR, Mdm Faizah Hamzah. It was about the importance of breastfeeding.

Ladies,
What I got after joining this talk is as a mother, we SHOULD breastfeed our babies. Breast milk is the best EVER food that has complete nutrition the babies need. Easy right? We don't have to boil water, make one  even several bottles of milk, ensure its best temperature to feed babies, make budget to buy infant formulas, so on and so forth. Breast milk, it is ready to serve!



I love this quote:
"Imagine that the world had created a new 'dream product' to feed and immunize everyone born on earth. Imagine also that it was available everywhere, required no storage or delivery, and helped mothers plan their families and reduce the risk of cancer. Then imagine that the world refused to use it.” ― Frank A. Oski 

Imagine....Don't you think that it's a waste (It needs a lot of time, money and people to develop a new product) when the world refuses to use that 'dream product'? Yes, you do. So ladies, Allah had granted us (only women, proud uh?) with breastmilk to feed the babies. Do appreciate it! Just don't ever get attracted with those infant formula (Just infant formulas, it's ok for you to buy milk for growing babies) products just because they promote you a lot of 'amazing things' your babies may get. 

Don't be shy to feed your babies with the best ever food in the world. It'll strengthen mother-child bond. All the best! heheh ;-)

Say 'NO' to infant formulas

  

Thursday, August 2, 2012

What a life without Allah

Bismillah wa alhamdulillah
Selawat dan salam buat kekasih Allah, Rasulullah s.a.w., ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat Islam

What a life without Allah? 
Seperti tangan tanpa jari- mungkin lebih teruk lagi
 atau                          
Seperti badan tanpa tulang- bahkan lebih teruk lagi
atau
Seperti bumi tanpa air - sememangnya lebih teruk dari ini

Tak mungkin aku dapat hidup tanpa Allah
 Tak mungkin jari ini laju menaip tanpa pertolongan Allah
 Tak mungkin akal ni rancak berfikir tanpa bantuan Allah

O Allah, please forgive me and give your help and guidance along my way of life
O Allah, please remind me if I forgot to be thankful to you
O Allah, do accept my good deeds and make me your obedient servant

Ruhil-13 ramadhan 1433 hijrah


Monday, April 25, 2011

Teruskan Perjuangan

Bismillah

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'tabi'in dan seluruh umat Islam

Alhamdulillah, sudah lepas 3 paper final, tinggal 4 lagi + practical exam. Baru sudah melewati blog seorang ukht yang tidak dikenali tapi tulisannya sangat mengesan di hati (http://huruneen.blogspot.com). Ya Allah, ternyata perancangan-Mu amat2 teliti. Allah tidak berikan sesuatu yang kita minta bukan pada masanya, tapi lambat laun apa yang dipinta pasti kita dapat. Walau sejauh mana kita di medan kehidupan ni, dan setinggi mana kita raiih kejayaan, teguran kasih sayang Allah pasti menemani seandainya kita leka dengan amanah-Nya. Tapi biarlah ditegur daripada terbiar lalai. Moga Allah berikan ujian yang kita nampak ianya adalah ujian. Supaya kita benar-benar sedar Allah sedang menegur kita.

Masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin (insya-Allah) untuk menghadapi final sem ni. Doa di hati andainya Allah menetapkan kegagalan, biarlah Dia tukarkan dengan kejayaan, jika kejayaan yang ditakdirkan, semoga diri ini sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya. Insya-Allah....

Walau apapun yang berlaku, PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN!!!

Buat sahabat2 yang dicintai kerana Allah,
LA TAHZAN, INNA ALLAH MA'ANA
Sunday, April 3, 2011

Teruskanlah

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. yang dirindui, ahli bait, para sahabat, tabi', tabi'-tabi'in dan seluruh umat Islam

Ni adalah kata2 yang ana copy dari blog akhwatmedic (http://akhwatmedic.blogspot.com). Kata2 ni juga pernah ana dapat dari seorang akhawat. Jazakillah ukhti, sekarang mau dikongsi sama anda semua (^_^)

KH Rahmat Abdullah berkata
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Ya, teruslah bergerak dan jangan sekali-kali berputus asa. Hanya orang kafir saja yang berputus asa dari rahmat Allah. Orang kafir itu juga penat, kita juga penat. Tapi, kita masih ada Allah untuk minta tolong. Jangan mudah mengalah, senyumlah dengan ujian itu walaubagaimanapun bentuknya, mungkin teruji dari segi kewangan, ukhuwah sesama akhawat maupun pelajaran, teruskanlah bergerak. LA TAHZAN WA LA TAKHAF  INNALLAH MA'ANA(JANGAN BERSEDIH DAN JANGAN TAKUT, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA)-peringatan buat diri

-sebuah Bingkisan Hati Untuk Dihayati
Saturday, March 26, 2011

Nasihat Untuk Penghuni Dunia

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'-tabi'in dan seluruh umat Islam.

Dah lama berniat nak post puisi ini (dapat dari buku-Nasihat Untuk Penghuni Dunia-x silap tajuknya gitulah). Alhamdulillah hari ni berkesempatan@ menyempatkan diri untuk post puisi ni (walaupun report nak kena antar esok x complete lg-ala skit je lg)

PUISI TENTANG KEMATIAN

Wahai diri...jangan engkau tenggelam di tengah gelombang dosa...Kebaikan ada pada ketaatan kepada Yang Maha Rahman, maka lakukanlah.

Wahai diri, dunia ini tidaklah abadi...Makhluk apa di dunia ini yang tidak mati?

Wahai diri, jika engkau ingin mencapai sebuah cita-cita, maka itu adalah cita-cita yang meluap menjadi ajal...

Wahai diri, atau mungkin engkau ingin mencapai kelapangan hidup...Kalau begitu, kemaafan dari Tuhanku lebih lapang bagiku

Oh pejalan hidup...Apakah kita telah tersesat jalan? Harapan membeku, sedang perahu belum juga sampai...

Berapa banyak anak muda yang masih dibuai oleh mimpi? Seakan-akan dialah satu-satunya di dunia ini tanpa tandingan...

Dan seolah-olah ia akan dapat kehidupan yang ditompoknya...Tiba-tiba maut menghampirinya, ia sedih dan ternyata tidak dapat apa-apa...

Berapa banyak kawan yang kita taburkan tanah di keningnya, andai kita sanggup, ai akan kita letakkan di genangan air mata...

Ramai orang sihat, tapi didatangi mati, ada yang masih hidup walaupun meraung minta mati kerana tak kuat tahan sakit

Banyak bayi yang masih seumur jagung dirampas oleh maut, sedangkan datuk-datuk yang beruban merindukan ajal...RENUNGKANLAH