Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, April 26, 2013

Mon Pere, Mon Amour (My Father, My Love)

Bismillah, alhamdulillah

Sholawatu wassalam a'la Rasulillah, wa 'ala alihi wa shohbihi wassallim...

Hari ni blogwalking ke blog Dr. Zainurrashid (link) dan baca entri beliau tentang kepentingan memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Nampak sangat sikap kebapaan dalam diri Dr. Untung anak-anak Dr. Punya parents yang sangat pentingkan 'tarbiyatul awlad' demi melihat anak-anak berjaya dunia akhirat. Bekalan juga buat mereka di 'sana' kelak.

I have my abah too!!! Walaupun tak banyak kenangan-kenangan indah dengan abah tapi setiap peristiwa yang berlaku bersama abah SANGAT INDAH! Ada orang sangat rapat dengan ayah diorang, boleh bermanja, tidur ngan ayah (even dah besaq panjang), cerita hal-hal peribadi (all sorts of cerita), everything semua nak ayah. Sincerely, i'm not! Haha, ayat macam nak cari gaduh. No, my abah sangat baik and i'm proud to be her daughter, seriously.

Sebelum abah pencen dan jadi imam, abah adalah seorang jurutera di salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia (ayat nak gempak >.<). Jadinya, abah tak selalu ada dekat rumah. Dua ke tiga minggu pergi kerja, then balik cuti seminggu dua. Mungkin sebab tu lah tak berapa rapat dengan abah compared to mama. Tapi bila abah balik, best sangat! Macam-macam boleh buat dengan abah.

Bila abah balik kerja, abah bau wangi, bau kapal terbang. Best! Dulu, waktu kami kecik lagi, bila abah balik dia akan duduk dekat kerusi dan kami akan bukakan stokin dia, gulung-gulung. Heheh. Itu memang saat yang dinanti-nanti. Kalau abah balik, abah tak akan balik dengan tangan kosong. Ada je 'penambah kalori' yang dia akan bagi. Pistachios, smarties botol besar yang ada Disney characters dekat penutup dia and Nuss.
Kacang pandai (^_^)
Macam ni! Tapi dulu punya lagi comel (^_^)
Love the combination of hazelnut and choc so much! (^_^)
Kalau abah tengah cuti, abah akan hantar kami ke sekolah (sekolah jauh di pekan, jadi kena naik kereta). Sememangnya dah menjadi habit waktu sekolah rendah pakai kasut dalam kereta. Banyak kali juga terkejut di tengah jalan then, perlahan-lahan cakap kat abah, "Abah, kasut tertinggal". Abah pun patah baliklah. Adoi, dah la masa cukup-cukup je sebab keluar rumah pukul 7.15pg. Perhimpunan pukul 7.30pg. Dari rumah ke sekolah, 15 minit naik kereta. Makanya, selalu jugaklah kena berbaris depan semua orang sebab datang lambat. sigh*. Pernah satu hari (I was in standard 3), kejadian yang sama berlaku. Tapi abah tak nak patah balik sebab dah half way. Bila sampai depan pagar sekolah abah suruh turun juga. Katanya, "Pakai je apa-apa selipar yang ada". Malangnya, sepasang selipar pun x ada dalam kereta tu. Tapi kena jugaklah keluar. Mujur boleh nyorok dekat kantin (sebab kantin sebelah tapak perhimpunan). Bila semua dah masuk kelas, kita perlahan-lahan keluar dari pagar depan sekolah (boleh bayang tak keluar with bare foot.haha). Then, terus pergi ke public phone and call rumah. Then, cakap kat abah, "Hello abah, cikgu suruh datang sekolah bawak kasut". Abah kata ok. Tunggu punya tunggu kat tepi jalan tu, tiba-tiba kereta ustaz berhenti tepi jalan, malunya!!!!Ustaz bawa balik sekolah then bagi pakai selipar yang ada kat pra-sekolah tingkat bawah. Bila abah sampai and bagi kasut, pakai cepat-cepat. Abah tanya, "Mana cikgu yang suruh datang tu?" Alamak! Terus geleng dan cakap x ada pun. (hihi, sorry abah). 

Ada lagi sweet memory dengan abah. Waktu tu pun masih sekolah rendah. Mungkin dalam darjah empat atau lima. Ada satu hari tu, gaduh dengan adik (selalu sangat gaduh dengan dia dulu, well, sisters...). Tapi waktu tu bengang sangat sebab mama bela adik. Then, kurung diri dalam bilik (mogoklah konon. Bilik ni best, ada singki bersimen and belakang tu ada ruang untuk menyorok). Lepas gaduh-gaduh tu abah and mama pergi kenduri. Bila balik rumah, still menyorok. Then, abah tanya abang and adik-adik yang lain, "Aya mana?". Semua cakap tak tau. Abah pun mulalah mencari-cari dan memanggil-manggil. Abah masuk bilik and panggil lagi.. Waktu tu rasa sangat terharu then mulalah teresak-esak. Abah dengar, abah tarik tangan suruh keluar. Tapi buat keras, merajuk kan. Abah tarik jugak and bila keluar tu abah terus peluk. Apa lagi, makin tersedu-sedan la. It was a long moment, I told you. Bila dah reda sikit abah tanya, "Kenapa?" (yela, dia tak terlibat pun dalam scandal merajuk ni.haha). Jawapannya pendek and kelakar pun ye jugak, "Dila tak sayang dekya". Sedu lagi (wahaha). Tapi abah tak gelakkan. I was still in his arms. Abah pun panggil dila and tanya, "sayang kaktam tak?" (haha). Dila kata sayang. Salam-salam, baik balik. I was touched (sampai sekarang ingat) sebab abah tak naik suara sikit pun (and tak jadikan ni benda remeh) and abah held me long. Sampai berhenti nangis. Mesti habis basah baju dia. (^_^). Thank you abah.

It's too long untuk cerita all moments dengan abah. Kenangan yang tak akan pernah dilupakan. Ever! Kenangan yang buat diri ni membesar dan mengambil pelajaran dalam setiap saat meniti liku-liku kehidupan (chewah!!!). Abah tegas and funny too. Kalau abah nak tegur, dia cakap ringkas je, "Don't make it as a habit! (Bila dia tengok jalan hentak kaki, cuci tangan then main renjis je sesuka hati, telefon kawan lama-lama >.<). Dan memang tak buat jadi habitlah lepas tu. 

Abah, I adore you
You are the best father that Allah gave me
Who taught me to read His love letters
 Who corrected me when I've done wrong
Who showed me a good example of being a good son/daughter
You...will never be replaced!
Je t'aime abah! Pour toujours...


Handsome kan abah saya (^_^)


#Love dedication for abah







6 comments: