Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, April 26, 2013

Mon Pere, Mon Amour (My Father, My Love)

Bismillah, alhamdulillah

Sholawatu wassalam a'la Rasulillah, wa 'ala alihi wa shohbihi wassallim...

Hari ni blogwalking ke blog Dr. Zainurrashid (link) dan baca entri beliau tentang kepentingan memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Nampak sangat sikap kebapaan dalam diri Dr. Untung anak-anak Dr. Punya parents yang sangat pentingkan 'tarbiyatul awlad' demi melihat anak-anak berjaya dunia akhirat. Bekalan juga buat mereka di 'sana' kelak.

I have my abah too!!! Walaupun tak banyak kenangan-kenangan indah dengan abah tapi setiap peristiwa yang berlaku bersama abah SANGAT INDAH! Ada orang sangat rapat dengan ayah diorang, boleh bermanja, tidur ngan ayah (even dah besaq panjang), cerita hal-hal peribadi (all sorts of cerita), everything semua nak ayah. Sincerely, i'm not! Haha, ayat macam nak cari gaduh. No, my abah sangat baik and i'm proud to be her daughter, seriously.

Sebelum abah pencen dan jadi imam, abah adalah seorang jurutera di salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia (ayat nak gempak >.<). Jadinya, abah tak selalu ada dekat rumah. Dua ke tiga minggu pergi kerja, then balik cuti seminggu dua. Mungkin sebab tu lah tak berapa rapat dengan abah compared to mama. Tapi bila abah balik, best sangat! Macam-macam boleh buat dengan abah.

Bila abah balik kerja, abah bau wangi, bau kapal terbang. Best! Dulu, waktu kami kecik lagi, bila abah balik dia akan duduk dekat kerusi dan kami akan bukakan stokin dia, gulung-gulung. Heheh. Itu memang saat yang dinanti-nanti. Kalau abah balik, abah tak akan balik dengan tangan kosong. Ada je 'penambah kalori' yang dia akan bagi. Pistachios, smarties botol besar yang ada Disney characters dekat penutup dia and Nuss.
Kacang pandai (^_^)
Macam ni! Tapi dulu punya lagi comel (^_^)
Love the combination of hazelnut and choc so much! (^_^)
Kalau abah tengah cuti, abah akan hantar kami ke sekolah (sekolah jauh di pekan, jadi kena naik kereta). Sememangnya dah menjadi habit waktu sekolah rendah pakai kasut dalam kereta. Banyak kali juga terkejut di tengah jalan then, perlahan-lahan cakap kat abah, "Abah, kasut tertinggal". Abah pun patah baliklah. Adoi, dah la masa cukup-cukup je sebab keluar rumah pukul 7.15pg. Perhimpunan pukul 7.30pg. Dari rumah ke sekolah, 15 minit naik kereta. Makanya, selalu jugaklah kena berbaris depan semua orang sebab datang lambat. sigh*. Pernah satu hari (I was in standard 3), kejadian yang sama berlaku. Tapi abah tak nak patah balik sebab dah half way. Bila sampai depan pagar sekolah abah suruh turun juga. Katanya, "Pakai je apa-apa selipar yang ada". Malangnya, sepasang selipar pun x ada dalam kereta tu. Tapi kena jugaklah keluar. Mujur boleh nyorok dekat kantin (sebab kantin sebelah tapak perhimpunan). Bila semua dah masuk kelas, kita perlahan-lahan keluar dari pagar depan sekolah (boleh bayang tak keluar with bare foot.haha). Then, terus pergi ke public phone and call rumah. Then, cakap kat abah, "Hello abah, cikgu suruh datang sekolah bawak kasut". Abah kata ok. Tunggu punya tunggu kat tepi jalan tu, tiba-tiba kereta ustaz berhenti tepi jalan, malunya!!!!Ustaz bawa balik sekolah then bagi pakai selipar yang ada kat pra-sekolah tingkat bawah. Bila abah sampai and bagi kasut, pakai cepat-cepat. Abah tanya, "Mana cikgu yang suruh datang tu?" Alamak! Terus geleng dan cakap x ada pun. (hihi, sorry abah). 

Ada lagi sweet memory dengan abah. Waktu tu pun masih sekolah rendah. Mungkin dalam darjah empat atau lima. Ada satu hari tu, gaduh dengan adik (selalu sangat gaduh dengan dia dulu, well, sisters...). Tapi waktu tu bengang sangat sebab mama bela adik. Then, kurung diri dalam bilik (mogoklah konon. Bilik ni best, ada singki bersimen and belakang tu ada ruang untuk menyorok). Lepas gaduh-gaduh tu abah and mama pergi kenduri. Bila balik rumah, still menyorok. Then, abah tanya abang and adik-adik yang lain, "Aya mana?". Semua cakap tak tau. Abah pun mulalah mencari-cari dan memanggil-manggil. Abah masuk bilik and panggil lagi.. Waktu tu rasa sangat terharu then mulalah teresak-esak. Abah dengar, abah tarik tangan suruh keluar. Tapi buat keras, merajuk kan. Abah tarik jugak and bila keluar tu abah terus peluk. Apa lagi, makin tersedu-sedan la. It was a long moment, I told you. Bila dah reda sikit abah tanya, "Kenapa?" (yela, dia tak terlibat pun dalam scandal merajuk ni.haha). Jawapannya pendek and kelakar pun ye jugak, "Dila tak sayang dekya". Sedu lagi (wahaha). Tapi abah tak gelakkan. I was still in his arms. Abah pun panggil dila and tanya, "sayang kaktam tak?" (haha). Dila kata sayang. Salam-salam, baik balik. I was touched (sampai sekarang ingat) sebab abah tak naik suara sikit pun (and tak jadikan ni benda remeh) and abah held me long. Sampai berhenti nangis. Mesti habis basah baju dia. (^_^). Thank you abah.

It's too long untuk cerita all moments dengan abah. Kenangan yang tak akan pernah dilupakan. Ever! Kenangan yang buat diri ni membesar dan mengambil pelajaran dalam setiap saat meniti liku-liku kehidupan (chewah!!!). Abah tegas and funny too. Kalau abah nak tegur, dia cakap ringkas je, "Don't make it as a habit! (Bila dia tengok jalan hentak kaki, cuci tangan then main renjis je sesuka hati, telefon kawan lama-lama >.<). Dan memang tak buat jadi habitlah lepas tu. 

Abah, I adore you
You are the best father that Allah gave me
Who taught me to read His love letters
 Who corrected me when I've done wrong
Who showed me a good example of being a good son/daughter
You...will never be replaced!
Je t'aime abah! Pour toujours...


Handsome kan abah saya (^_^)


#Love dedication for abah







Wednesday, April 24, 2013

Sihat Itu NIKMAT

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat-sahabat baginda dan umat Islam sedunia.

Sihat itu bagiku
Bila fizikal dapat berfungsi membuat sesuatu
Sihat itu bagiku
Bila akal masih boleh berfikir dalam mencari redha yang Satu
Sihat itu bagiku
Bila setiap saat dapat dilalui tanpa ada rasa buntu
Sihat itu...
Anugerah Allah, Tuhanku (^_^)

Ya, kalau fizikal tak sihat, macam mana nak buat sesuatu dengan baik? Teringat arwah atuk, bila sebelah kakinya kena potong, semua kerja pun harus dibantu. Mulut keluar kata-kata marah, marahkan dirinya. Bukan merungut, mungkin dia rasa bersalah bila orang lain perlu bantu dia. Atuk, I always miss u. 

Ya, bila akal berfikir sesuatu yang Allah tak suka, akal ada penyakit (walaupun fizikal tengah sihat). Akal sakit! Asyik fikir maksiat, asyik fikir nak marah orang, asyik fikir aku betul engkau salah. Akal itu tengah sakit. Kadang-kadang kita tak sedar yang akal kita tengah sakit. Macam mana nak tahu akal sihat atau sakit? Tanya diri, bila aku fikir macam ni, nak buat macam ni, Allah redha x? Then, nilai, sihat ke sakit?

Ya, walaupun tak boleh jalan, walaupun susah nak angkat tangan, walaupun kepala ada jahitan, tapi kalau kita dapat lalui semuanya tanpa rasa buntu, itu tandanya kita masih sihat! Macam mana tu? Kan kaki, tangan, kepala tengah sakit? Bagiku, selagi mana kita bersyukur dengan segala pemberian Tuhan, kita masih sihat. Kunci sihat adalah kesyukuran. :)

Sihat itu pilihan anda
Jom amalkan gaya hidup sihat (oh, mentang-mentanglah student nutrition >.< ). Sihat badan dan akal fikiran. Sentiasa bersyukur dengan segala ujian dan sentiasa ingat, Allah tempat bergantung harapan. Yeay!!!

# saja buat post ni sebab sekarang praktikal kan dekat hospital. Hari-hari pun tengok orang sakit (mungkin dalam sakitnya dia sihat). Bila tengok yang sakit-sakit teruk tu, hati berdetik, Ya Allah, kalau aku sakit, janganlah sakit yang aku tak mampu nak tanggung (biar aku 'sihat' dalam sakitku). 


tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com



Monday, April 22, 2013

Suka Duka Hari Penamaan Calon

Bismillah walhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan yang amat dirindui, Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, sesi penamaan calon di Parlimen Kapar telah berakhir dengan jayanya. Pengalaman pertama yang SUNGGUH, unforgettable. Di sini, nak kongsikan pengalaman untuk tatapan pembaca dan diri sendiri (bagi selalu ingat dan muhasabah diri) ^_^.

Jumaat malam,
Homestay dah penuh dengan legasi dari Melaka, sudahnya bermalam di rumah seorang ukht. Serba sederhana. Imagine, we're arrived at 12.00 midnight. Kawasan kampung dah sunyi. Rumah keliling dah gelap. Tapi ukhti U tetap sanggup buka pintu dan benarkan kami bermalam di rumahnya. Seharusnya, waktu ni terus lelap sebab esoknya perlu bangun awal tapi ukhti U suruh minum air dulu :'). Contoh yang sangat baik, memuliakan tetamu.

Sabtu,
Bangun, bersiap, solat subuh di Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan terus ke taman. Langit mula mencerah, ikhwah dan akhawat dah ramai berkumpul. Wajah jelas tenang dan yakin. Selesai taklimat dan bersarapan, kami mula berbaris. Jarak ikhwah dan akhawat dijaga. Abah, Abi, Ayah dan yang sewaktu dengannya setia menjadi pemagar agar kami (akhawat) tidak diganggu. Tak sabar dah nak ke tempat penamaan calon. 


Bendera hijau dengan lambang bintang putih ditengahnya diagihkan. Semangat makin membara. Rasa macam nak bergerak berjuang ke medan perang. Kaki mula melangkah, bendera dinaikkan, senang melihatnya berkibar ditiup di udara, mulut dah terkumat-kamit melafazkan asma' Allah, beramai-ramai. Subhanallah, sungguh mendamaikan. 

Sampai di tapak tempat kami perlu berkumpul, polis berderetan di depan. Kami perlu landing di situ. Aktiviti bermula.

1) Berteduh di bawah pohon mengalunkan al-Ma'thurat dan surat cinta Allah. Berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat. Ya Allah, moga ada hati yang lembut, moga ada hati yang tersentuh. Tak perlu lagi ada sorakan caci mencaci. 

2) Usai bertilawah, sesi tazkirah dimulakan. Gain refreshment daripada akhawat senior. Dengar cerita tentang perjuangan Rasulullah s.a.w., tak dapat nak tahan air mata yang dah bergenang. Jatuh juga, mulut berselawat. Bibir tersenyum, ada getaran di situ. Ya Rasulullah, rinduku padamu, Allah sahaja yang tahu. Hati bagai direntap bila seorang ukhti mengingatkan, kita bakal menang, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Jangan buat maksiat. Takut nanti sebab maksiat yang kita buat Allah tak turunkan rahmat (lebih kurang begitulah maknanya). Air mata jatuh lagi. Takut sebab dosa diri, jemaah dicaci berkali-kali. Astaghfirullah...  

Benar, ini cuma langkah pertama dalam beribu langkah di dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Benar, banyak kata tohmah, tapi hati cekal, tak gundah. Munafik, murtad bukan kami yang pertama menerima tuduhan itu. Sedang Ikhwanul Muslimin juga pernah dituduh sedemikian waktu mula bertanding di Mesir. Sekarang? Merekalah yang meneraju pemerintahan di Mesir. Sejarah mungkin berulang (kejian dan tohmahan) dan telah pun berulang. Rajuk usah dibilang, hanya Allah tempat mengadu, berusaha untuk tenang. 

Sudah dua hari peristiwa ini berlaku, tapi perasaan di situ masih terasa. Sejuk, damai, tanpa provokasi. Ucapan 'selamat berjuang' daripada parti lawan melebarkan senyuman. Islam pastikan gemilang. ^_^

Langkah baru bermula, biar apa orang nak kata, akhlak perlu dijaga. Biar mata menilai, apa yang kami nak bawa. Allah tempat bergantung segalanya. Saudaraku dalam Pas, Keadilan, Umno dan BN, berjuanglah kerana Allah. Aku tahu apa pun tiket yang kamu guna, kamu pasti dan perlu menjadi Calon Muslim Berwibawa. Bukan sahaja untukku tapi untuk mereka, rakyat Malaysia.

# Sebenarnya, taklah berduka pun waktu HPC, semuanya dilalui dengan penuh kesyukuran. Cuma sebak bila teringat Rasulullah s.a.w. Dalam tak sedar 20 April adalah hari kelahiran baginda mengikut kalendar Masihi, dan dalam tak sedar kami berarak sambil berselawat pada hari kelahiran baginda :'). Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbihi wasallim...







Monday, April 8, 2013

Demam PRU 13 - Saya Pilih Calon Muslim Berwibawa

Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat baginda, serta semua umat Islam.

It is well known that parlimen dah dibubarkan. It's time to vote!!! Tapi, nak undi siapa? This is my first time election experience. Excited! Excited nak memangkah like this (X), excited nak tahu YB baru (^_^). Tapi nak undi siapa? There goes the same question....

For me, PRU 13 sangat bermakna sebab Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hantar ahli untuk bertanding kerusi parlimen. Op....op....jangan salah faham ya, ISMA bukan nak memecahbelahkan lagi orang Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. ISMA bukan parti, and NEVER be a political party. I won't describe the details. Boleh baca via link ni. 

ISMA - BERJASA -ARUS BARU? CONFUSED? 

Ikatan Muslimin Malaysia
Undilah Calon Muslim Beriwibawa!
Mungkin ada yang bertanya, "Kenapa ISMA ni? Kejap Berjasa, kejap Arus Baru, Arus Baru tu apa pulak???" Ok, macam ni (nak explain jugak even dah ramai yang tahu). ISMA hantar wakil untuk bertanding kerusi parlimen atas tiket Berjasa. Arus Baru pula bukan parti (jangan nanti cari nama Arus Baru dalam kertas undi ya) (^_^), arus baru adalah seruan untuk mengundi CALON MUSLIM BERWIBAWA. Ini linknya. We're NGO. So, we're not Pro at any parties (BN, UMNO, PAS, PKR, apatah lagi MCA, MIC and DAP). Kami hanya menyeru supaya para mengundi MELAYU dan ISLAM (especially) untuk mengundi calon muslim yang berwibawa di tempat anda. Ye la kan, kalau orang Islam sendiri tak mengundi calon muslim, siapa lagi? Kita nak harapkan siapa untuk tegakkan agama Allah kalau bukan kita (muslims)? 

I know that this is the first time experience untuk kami, ahli ISMA. Now, barulah tahu macam mana beratnya tugas 'menyedarkan' orang. Memang kalau nak dibandingkan dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, ISMA masih ada jalan yang amat panjang untuk capai ke tahap tu (tahu kan Presiden Mesir sekarang ahli Ikhwan Muslimin). Ahli ikhwan dah melalui bermacam-macam ujian, mereka BELI kemenangan dengan NYAWA mereka sendiri. Alhamdulillah, setakat ni belum ada ahli ISMA yang terkorban jiwa. Untuk berada pada tahap Ikhwan Muslimin sekarang adalah mustahil bagi ISMA, tapi kami tetap mahukan Kejayaan dan Kemenangan. 

Kejayaan = Kami berjaya bila masyarakat menghormati ISMA sebagai pendesak dan pengimbang dalam menentukan masa depan Malaysia (Kalau masih di takuk lama, ahli ISMA perlu berkerja lebih keras, lillahitaala.) 

Kemenangan = Kami menang bila calon kami menang di parlimen. (^_^)

Apapun yang terjadi selepas ini, ISMA tetap dengan program dakwah dan tarbiyahnya. Kepada para pengundi, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang tepat, kerana ini masa depan kita dan generasi seterusnya.

p/s: Waktu pangkah baca Bismillah, kalau baca Bismillah nak pangkah 'Ravi' dan 'Ah Seng' ke? Macam pelik je (*-*)
  
Wednesday, April 3, 2013

Work = Never Do Wrong?

Bismillah, alhamdulillah, syukur dapat hirup udara lagi hari ni.

Selawat dan salam buat baginda s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabat serta umat Islam

I'm a student and till now (even in practical training), i'm still be recognized as a student. When we are students, every mistake that we've done is OK, because we're student (^_^). Best kan? Dulu pernah dengar orang kata kalau  tengah belajar tak apa kalau buat salah tapi kalau dah kerja tak boleh buat salah. I said, what's the difference??? Kita kan manusia, kita tak terlepas daripada buat salah. Kenapa bila kerja tak boleh buat salah. 

Now, I knew why. It's all answered when I did the receiving process (penerimaan bahan mentah) just now. The hospital ordered betik untuk patient kelas satu. And I thought the betik memang untuk kelas satu je without re-confirm that kelas 3 pun order betik. No wonder betik ada lebih (and that remaining betik was taken back by the supplier). Oh God.... Nampak tak kesannya? The first class patient will not get their dessert this evening :'( (sorry....thought I know that there will be plan B if this kind of thing happened, but I can't take it for granted). Sorry...('_')

Hah, ini lagilah....
Feel blessed and grateful that the officer did not scold me, just advice me, "lain kali before sign cek barang betul-betul ya." Huh, feel so guilty. Tapi bukan bermakna lepas ni jangan nak sibuk2 terima barang lagi. Remember, the officer said, "lain kali" means, lepas ni boleh tolong lagi. Yes!!! Kalau kita takut nak melakukan kesilapan bila kita nak berlajar, right? Thank you Allah for this valuable lesson, thank you madam officer yang cute dan baik (^_^). But still feel guilty, huk3x :'(

Saya nak jadi bijak. Oleh itu saya akan buat banyak salah dan masalah. >.<


Tuesday, April 2, 2013

Give Your Heart To.....

Bismillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda, serta semua umat Islam.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berpijak di bumi Terengganu, tanah tumpah dakwahku (I know, dakwah tak boleh tumpah macam darah (^_^)), dapat jumpa akhawat yang dirindui, dapat bau kampung yang tak berubah, breezy air, really miss all those things.

Had a great moment with the other practical mates, MBKT- Masjid Putih - KFC - Pasar Payang - Pulang ke U ter'cinta' (kah?)
Pasar Payang, here we come!



First day datang je terus pergi jalan. Tak lekat rumah. Almaklumlah, dah sebulan setengah tak bau udara KT. Really miss the moment walking home from hostel. Bau kampung tetap sama, sama macam selalu. Buah ceri dah banyak yang masak. Makcik jiran yang selalu rest dekat luar rumah, masih panjang umurnya (alhamdulillah). Rasa macam balik kampung sendiri. :') 

The next day, woke up early. Felt blessed dapat solat subuh sama akhawat. Tenang rasanya, then baca ma'thurat sama-sama, yang ngantuk2 waktu baca tu biasalah kan. heheheh. That morning, went to faculty, took voucher (orang memberi kita menerima!). Then, tengok bangunan Canselori yang dah tak ada bumbung tertingginya. 

The burned Canselory
That's the story on our backpacking journey >.<.  

When I were there, I watched a movie on a young guy reverts to Islam. Helped by Sheikh Yusuf Estes. Watching people revert to Islam is my favourite. Sorry, tak dapat nak upload vid to dalam blog ni. Lambat :'(
Still remember that Yusuf Estes said, Allah just wants one from you, YOUR HEART.


 O Allah, did I give my whole heart to You?
Though I say inna sholati wanusuki wamahyaya wa mamati lillahirabbil 'alamin everyday
O Allah, how long my heart remembering You in 24 hours You give me every single day of my life?
Though You know every single word my heart told
O Allah, forgive me and do make me Your sincere servant
Ya muqallib al-qulub, tsabbit qalbi 'ala dinika, wa 'ala tho'atika
Amin....