Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, September 14, 2011

New Semester Is Back!!!

Bismillah

Alhamdulillah...selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam....

New semester get started! With new critical and informative subjects, hopefully can score all those subjects. I'll try to do my very best in study and da'wah, insya-Allah...

Semester 5, bukan masa untuk main2. bukan masa untuk baru kenal U. Tapi dah kena fikir apa yang aku boleh sumbang pada U. Hopefully, everything goes well as planned. Do pray for me. tq (^_^)

p/s: selamat berpuasa sunat 6 hari.hehehe

an apple a day keeps the doctor away (^_^)
Friday, September 2, 2011

Kembali Lagi

Bismillah...

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah, ahli keluarga, sahabat2 dan semua umat Islam.

Subhanallah, dah 4 bulan tinggalkan blog ni. Tapi berhenti bukan satu pilihan. Mungkin sibuk cuti 4 bulan ni. Cuti pun dah nak abis. Cuti semester ni, macam2 yang berlaku. Macam2 yang dipelajari. Ya Allah, terima kasih atas semua nikmat ini. Tahun 2011 merupakan antara tahun yang bermakna dalam hidup. Antara yang best terjadi dalam 4 bulan ni:

1) Kaedah cuba jaya: Menjual di cyberjaya
2) Kaedah cuba jaya: Menjual di bazaar Ramadhan
3) Program Kuliah Kerja Nyata di Desa Rancadaka, Bandung
4) Ramadhan sebulan tanpa kuliah

Bila dah menjual ni, baru tahu rasa susah senang orang berniaga. Kata mama berniaga ni kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi. Sekurang-kurangnya dapat belajar cara berniaga, hopefully dapat digunakan ilmu ni untuk perniagaan masa hadapan.hehe, insya-Allah...

Program kknm di Bandung, UMT yang sponsor. Alhamdulillah, kami berempat (sama rubini, emma dan vincent) dapat teman dari Universitas Padjadjaran yang sangat friendly (kaisar, dimas, ade dan aldha). Kami di sana sebulan lebih (di desa sebulan yang lebih tu shopping @ Bandung!hehehe). Terlalu banyak kisah menarik di sana. Harapnya satu hari nanti dapat reunion bersama teman2 kkn kami dan kalau ada rezeki, insya-Allah mahu practical di sana. (^_^)

Ramadhan tanpa kuliah satu nikmat yang tak terkata. Walaupun masih sibuk, tapi masih boleh menyusun waktu untuk beribadah dan bekerja. Ramadhan di KL best. Bila pergi masjid untuk terawih kita boleh nampak pelbagai bangsa solat sama-sama. Islam tu kan universal!

Kisah hidup...ada suka ada duka. Even banyak peristiwa yang happy2 berlaku, ada juga kisah sedih. Tahun ni first time beraya tanpa atuk. Bila ziarah kubur atuk, dah tak boleh nak tahan sebak lagi. Terus nangis. Sejujurnya, masih rindu pada atuk. Semoga roh atuk sentiasa dicucuri rahmat Allah, insya-Allah.

Akhir kata, selamat bertemu kembali dan selamat hari raya aidilfitri. Min al-aidil wa al-faizin (^_^)







Monday, April 25, 2011

Teruskan Perjuangan

Bismillah

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'tabi'in dan seluruh umat Islam

Alhamdulillah, sudah lepas 3 paper final, tinggal 4 lagi + practical exam. Baru sudah melewati blog seorang ukht yang tidak dikenali tapi tulisannya sangat mengesan di hati (http://huruneen.blogspot.com). Ya Allah, ternyata perancangan-Mu amat2 teliti. Allah tidak berikan sesuatu yang kita minta bukan pada masanya, tapi lambat laun apa yang dipinta pasti kita dapat. Walau sejauh mana kita di medan kehidupan ni, dan setinggi mana kita raiih kejayaan, teguran kasih sayang Allah pasti menemani seandainya kita leka dengan amanah-Nya. Tapi biarlah ditegur daripada terbiar lalai. Moga Allah berikan ujian yang kita nampak ianya adalah ujian. Supaya kita benar-benar sedar Allah sedang menegur kita.

Masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin (insya-Allah) untuk menghadapi final sem ni. Doa di hati andainya Allah menetapkan kegagalan, biarlah Dia tukarkan dengan kejayaan, jika kejayaan yang ditakdirkan, semoga diri ini sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya. Insya-Allah....

Walau apapun yang berlaku, PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN!!!

Buat sahabat2 yang dicintai kerana Allah,
LA TAHZAN, INNA ALLAH MA'ANA
Tuesday, April 5, 2011

10 Fingers Seek For Forgiveness

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, ahli bait, para sahabat, tabi', tabi'-tabi'in dan semua umat Islam

Post ni khas buat sahabat2 (terutamanya ukhti syahira) yang minta pada ana resepi2 yang dipelajari. Ana, asifah jiddan x berani nak bagi resepi-resepi ni. Coz lecturer bersusah payah nak dapatkan resepi ni di tempat2 terkemuka. tp, ana rasa klu nak blaja sendiri dengan ana, insya-Allah bisa kok diajar, tp klu nak bagi full resepi harap maaf ya, nggak bisa (^_^). Maaf ya, skali lagi maaf.

Sunday, April 3, 2011

Teruskanlah

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. yang dirindui, ahli bait, para sahabat, tabi', tabi'-tabi'in dan seluruh umat Islam

Ni adalah kata2 yang ana copy dari blog akhwatmedic (http://akhwatmedic.blogspot.com). Kata2 ni juga pernah ana dapat dari seorang akhawat. Jazakillah ukhti, sekarang mau dikongsi sama anda semua (^_^)

KH Rahmat Abdullah berkata
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Ya, teruslah bergerak dan jangan sekali-kali berputus asa. Hanya orang kafir saja yang berputus asa dari rahmat Allah. Orang kafir itu juga penat, kita juga penat. Tapi, kita masih ada Allah untuk minta tolong. Jangan mudah mengalah, senyumlah dengan ujian itu walaubagaimanapun bentuknya, mungkin teruji dari segi kewangan, ukhuwah sesama akhawat maupun pelajaran, teruskanlah bergerak. LA TAHZAN WA LA TAKHAF  INNALLAH MA'ANA(JANGAN BERSEDIH DAN JANGAN TAKUT, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA)-peringatan buat diri

-sebuah Bingkisan Hati Untuk Dihayati
Saturday, April 2, 2011

R.I.N.D.U

Bismillah wa alhamdullillah

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli bait, para sahabat, tabi'-tabi'in dan seluruh umat Islam

Ku rindu
Rindu pada ukhuwah yang lalu
Di bawah naungan Allah kita bertemu dan bersatu
Ku rindu

Ku rindu
Pada senyuman, pelukan, dan tawamu
Rindu pada pujukanmu
Rindu untuk bermuhasabah dan mabit denganmu
Ku rindu

Ku rindu
Makan bersama, tilawah bersama dan solat bersama
Denganmu ukhtiku
Ku rindu uktuk iftar, ke daurah, jaulah, dan segalanya
Denganmu ukhtiku
Ku amat rindu

Pedih rasa di jiwa
Pening rasa di kepala
Teringat ukhuwah yang lalu
Mungkinkah akan berulang lagi
Mungkinkah?

Jawablah ukhtiku
Adakah kau juga rindu?



Saturday, March 26, 2011

Nasihat Untuk Penghuni Dunia

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabi'-tabi'in dan seluruh umat Islam.

Dah lama berniat nak post puisi ini (dapat dari buku-Nasihat Untuk Penghuni Dunia-x silap tajuknya gitulah). Alhamdulillah hari ni berkesempatan@ menyempatkan diri untuk post puisi ni (walaupun report nak kena antar esok x complete lg-ala skit je lg)

PUISI TENTANG KEMATIAN

Wahai diri...jangan engkau tenggelam di tengah gelombang dosa...Kebaikan ada pada ketaatan kepada Yang Maha Rahman, maka lakukanlah.

Wahai diri, dunia ini tidaklah abadi...Makhluk apa di dunia ini yang tidak mati?

Wahai diri, jika engkau ingin mencapai sebuah cita-cita, maka itu adalah cita-cita yang meluap menjadi ajal...

Wahai diri, atau mungkin engkau ingin mencapai kelapangan hidup...Kalau begitu, kemaafan dari Tuhanku lebih lapang bagiku

Oh pejalan hidup...Apakah kita telah tersesat jalan? Harapan membeku, sedang perahu belum juga sampai...

Berapa banyak anak muda yang masih dibuai oleh mimpi? Seakan-akan dialah satu-satunya di dunia ini tanpa tandingan...

Dan seolah-olah ia akan dapat kehidupan yang ditompoknya...Tiba-tiba maut menghampirinya, ia sedih dan ternyata tidak dapat apa-apa...

Berapa banyak kawan yang kita taburkan tanah di keningnya, andai kita sanggup, ai akan kita letakkan di genangan air mata...

Ramai orang sihat, tapi didatangi mati, ada yang masih hidup walaupun meraung minta mati kerana tak kuat tahan sakit

Banyak bayi yang masih seumur jagung dirampas oleh maut, sedangkan datuk-datuk yang beruban merindukan ajal...RENUNGKANLAH



Saturday, March 19, 2011

Dia yang ku panggil ATUK

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga, para sahabat, dan seluruh umat Islam.


-Catatan ttg atuk oleh Abdul Hamid b. Ahmad (my uncle@adik abah)

AHMAD BIN MAAJI (Sebuah Autobiografi Kontot)


Ahmad bin Maaji dilahirkan 84 tahun yang lalu ketika Kg Sawah Raja, ketika desa kelahirannya masih berharimau dan berbuaya. Ibunya, Simpah binti Sialang dan bapanya Maaji bin Salleh semuanya disemadikan di desa itu; sehingga kini, hanya pusara ibunya sahaja yang dapat ditentukan kedudukannya, kerana kematian bapanya sudah lama benar. Ternyata Ahmad, yang kami panggil Abah, panjang umurnya, sebagaimana kakak dan abangnya, Imai dan Ilyas. Abah berkahwin dengan Omak, Busu binti Abdul Majid dan terus tinggal di Kampung Semerbok sehinggalah diambil oleh Allah pada 7 Mac 2011.

                  Tidak tahu di mana Abah bersekolah, cuma sejarah pendidikan yang biasa kami dengar adalah zaman mudanya yang mengaji di tiga buah pondok, Pondok Rasah, Pondok Pak Lang Man di Langgar, Kedah dan Pondok Tn Hj Wahid di Sg Udang, Melaka. Memang ada lagi tempat Abah mengaji, itu sejarah yang lain pula – menuntut ilmu tiada akhirnya. Pada usia 70an, Abah masih mengaji, ada guru-gurunya yang jauh lebih muda daripadanya. Pendek kata, Abah meninggalkan pesan, tuntutlah ilmu selagi mampu dan perlu.

                  Semenjak berumur dua puluhan, Abah sudah mula mengajar sedikit-sebanyak. Oleh sebab itu sepanjang usianya kami mendapati nama gelaran Abah bertukar-tukar: sekejap Lebai, sekejap Haji, sekejap Ustaz, sekejap Imam; orang Cina dan India memanggilnya cikgu. Jika dihitung-hitung, Abah telah mengabdikan sebahagian besar daripada umurnya kepada kerja-kerja mengajar, barangkali hampir 60 tahun lamanya! Ini tentulah tidak berterusan, kerana Abah juga motong getah, bersawah, menebang hutan dan membuka ladang, memagar kebun, menanam sayur, memanjat pokok rambutan dan manggis, menunggu durian, mencari lanjut luruh, bertumbuk, membakar sarang tebuan, mengembala lembu-kerbau, membina pundung, bertukang buat rumah dan kandang lembu, menindik kerbau, mengutip cendawan kukur, panjat petai, merotan kami. Abah juga mengajar kami menanam sayur, mengetut pokok, mencantum tunas durian. Dia mengajar bagaimana menolak gigi tingkih dengan lidah sehingga akhirnya gigi itu menjadi elok sebaris dengan gigi-gigi yang lain. Apabila pensel terlalu pendek, Abah ajar kami bagaimana menyambungnya dengan ranting buluh supaya panjang semula.  Abah juga berniaga – abah ada sebuah kedai di baruh. Besar kedai itu, sebesar sebuah rumah, tapi akhirnya abah berhenti berkedai. Orang banyak berhutang, katanya. Abah juga mengajar kami mengaji, membina surau, memberi nasihat (biasanya dengan nada keras dan memetir-metir ketika muda, tetapi menjadi lebih lunak dan lucu ketika dia sudah tua). Banyak lagi aktiviti Abah yang kami tidak tahu. Begitulah Abah, hidupnya warna-warni – tak payahlah ceritakan semuanya kerana ada warna yang meriah, ada juga warna yang gelap.

                  Abah mengajar secara formal dan tidak formal. Secara formal Abah pernah mengajar Sekolah Agama Ulu Gadong, Sekolah Agama Legung Ulu, Sekolah Kebangsaan Semerbok, Astana Raja, Bukit Rokan, Sg Kelamah dan SK Pulau Besar. Sg Kelamah dan Bukit Rokan yang paling jauh, tak tahulah mengapa – tetapi Abah tidak pernah pindah rumah, beliau berulang dengan motor vespanya yang berwarna kelabu tahi anjing. Secara informal, susah nak sebut, terlalu banyak tempat termasuk masjid, surau, klinik dan pejabat-pejabat kerajaan, tetapi paling banyak, Abah sememangnya menumpu aktivitinya di masjid tua Semerbok itulah. Jikalau sememangnya tugas orang yang mengajar itu menyampaikan ilmu kepada murid-murid, Abah tentulah mempunyai ramai murid. Sudah ramai pula murid-muridnya sendiri yang sudah meninggal dunia kerana guru ini panjang umurnya.

                  Abah juga sempat melihat kemajuan teknologi dan terlibat di dalam proses kemajuan ini. Abah berbasikal Raleigh juga 
sepertimana orang-orang lain – citarasanya tinggi. Satu ketika abah belajar memandu kereta daripada Kasim Bewan (asal perkataan “Bewan” itu adalah one-by-one). Kereta itu terlajak, agaknya abah tekan minyak kuat sangat, sehingga kereta itu menghambur dan tersasar lalu berhenti tergantung di atas rumpun mengkuang.  Tahan juga mengkuang itu, tidak patahpun! Ketika sawah masih dikerjakan di Semerbok, abah beli bajak sawah, Kubota jenamanya. Ketika itu ada juga orang lain yang memiliki bajak sawah, jenama Yamaha dan Shubisi (Matsubishi) pun ada juga. Daripada Along sehingga kepada Atehlah yang sempat menggunakan bajak ini... aku tak sempat sebab ketika itu aku belum tinggi lagi, tanganku tak sampai memegang klas dan brek bajak itu. Ketika aku sudah tinggi sedikit, orangpun berhenti bersawah dan aku juga berhenti meninggi. Tak ada rezekilah. Yang aku masih ingat cuma mengikut bajak ini ketika menenggala sawah depan rumah Uwan Iyam Long Ma’anoh. Aku ikut bajak, Ateh yang mengendali bajak...yang aku kutip adalah ikan yang terputus kena mata sabit bajak. Ada yang putus dua, ada yang putus tiga, ada yang hancur. Yang sudah hancur tak adalah aku kutip. Aku biarkan saja di situ.

                  Kalau tak silap abah sempat juga berkereta, tetapi tidak lama. Yang kami tahu abah memang banyak motosikalnya. 
Lambretta, Vespa, Honda CB, Honda Fame, Honda 70, 90, Yamaha CD100, Suzuki...macam-macam jenama. Ramai juga daripada kami yang mendapat tempias daripada motosikal ini. Pernah sekali Abah merungut semasa dia di Kundor – ketika itu Wak Ma’el di Kg Kundor Hilir itu sudah menjadi besannya.

                  “Mutu ni kokojap dibawak-e dek budak, kokojap dilaghikan-nyo...dibuek-e conto mutu ABAH-e!”, katanya. Heh, memanglah!
Oleh kerana terlalu banyak aktivitinya, Abah juga terdedah kepada banyak bahaya terutamanya kemalangan jalanraya. Entah berapa kali abah terlibat dalam kemalangan kami sudah tidak ingat lagi, kerap benar. Ada eksiden yang kecil-kecilan saja, kebanyakannyalah. Ada juga kemalangan yang dasyat dan ngeri. Walaupun begitu, boleh dikatakan tak pernah Abah eksiden melanggar orang. Selalunya melanggar lembu atau dia eksiden sendiri-sendiri. Mungkin ada juga melibatkan kenderaan lain tetapi tak ada cerita besar...memang eksiden abah selalunya ditaja oleh dirinya sendirilah. Banyak sebabnya, tetapi selalunya abah mengantuk. Apabila semakin berusia, semakin kerap pula Abah eksiden. Paling teruk ada dua kali ketika memandu kereta. Sekali di Bukit Keledang dekat Kota dan sekali lagi di Bukit Simpul dekat Astana Raja. Itu teruk. Sampai masuk hospital. Bukit Simpul itu kawasan yang Abah selalu eksiden. Sekali itu, dilanggarnya pagar porak orang. Petangnya dia datang semula dan membetulkan pagar itu semula.

                  Kemalangan di Bukit Keledang dan Bukit Simpul itulah yang membawa kepada pembedahan besar di kepala Abah. Ada darah beku. Kepala abah ditebuk dan darah beku dikeluarkan. Ketika mengusap-usap wajah dan kepala Abah ketika dia nazak di HKL, lubang itu masih ada, lekuk dan kalau ditekan kuat sedikit, terasa pejal-pejil otak abah. Abah pulih semula, walaupun tidak berapa kuat. Degilnya tidak hilang juga. Abah.

                  Pernah satu ketika ketika aku masih dalam tingkata empat di Kuala Pilah, abah jatuh dari pokok manggis. Pengsan. Dia masuk hospital. Aku tak tahupun. Tetapi ketika balik hujung bulan, dan ketika sampai di pekan Tampin, aku bertemu dengan Azhari Spy.

                  “Mid, abah kau jatuh ‘tang ‘teh batang manggih, patah tongkuk-e!” Kata Spy. Echehong sahaja tu. Mana ada orang patah tengkuk dan tak mati? Aku balik. Sampai di rumah memang betullah, abah masih belum berapa sihat, tapi tengkuk abah tak patahpun. Tulangnya keras, lebih keras daripada jangkaan Spy.

                  Abah juga ada penyakit yang berjenama. Abah kena stroke beberapa kali. Yang kami tahu dan melibatkan hospital, ada tiga kali. Tiga kali kena stroke, tapi abah masih steady. Selepas strokeyang ke-tigapun, Abah masih juga mengajar di masjid. Entahlah, mungkin stroke main-main saja agaknya.

                  Abah memang pengidap darah tinggi. Berpuluh-puluh tahun dia makan ubat dan ubatnya dia yang jaga sendiri. Ada yang belah dua, ada yang belah empat. Jangan usik-usik ubat itu – Abah akan naik hantu. Nanti keluar “gas” nya. Kalau sudah berdecit-decit, baguslah diam-diam. Padanlah abah mengidap darah tinggi, kami setuju bahawa fius abah ini pendek sahaja, mudah putus.

                  Itu sahaja penyakit abah yang memerlukan dia makan ubat secara berterusan. Selain daripada itu abah sihat. Abah tak merokok dan tak ada tabiat pelik. Paling pelik cuma kegemarannya makan sup; sup daging, sup perut, sup kambing, sup macam-macam. Tapi perangai kuat makan sup bukanlah terlalu pelik. Sememang ramai manusia dalah dunia fana ini yang gemarkan sup, jadi, kegemaran ini tidaklah pelik, sebenarnya. Abah sangat rapat dengan Pak Ngah, abang Omak. Ada sekali, ketika masing-masing sudah berusia, Pak Ngah pulang ke Semerbok, mereka berdua berbual dan makan sup kambing...habis tiga mangkuk seorang. Akhirnya dua-dua terlantar pening. Sahabat karib sememangnya begitu, susah senang sama dirasa.

                  Ada satu penyakit Abah yang sebenarnya bukanlah penyakit bawaan kuman. Abah ada “bungkul” di kakinya. Entah semenjak bila bungkul ini muncul aku tidak ingat, barangkali Along, Anyah dan Akak lebih tahu. Yang aku ingat, sebelum aku mula bersekolah pada tahun 1975, Abah sememang sudah ada bungkul di kakinya. Bungkul ini tumbuh di bukulali sebelah dalam di kaki kanan Abah. Bulat merening. Warnanya merah-ungu. Kata Anyah, satu ketika abah ke hutan menebas. Bungkulnya tersangkut pada akar kayu dan terkelebak. Boleh diangkat-angkat bungkul itu sebab kulit yang membalutnya pada kulit kaki sudah koyak. Abah ke hospital dan dijahit semula kulit yang koyak itu. Kulit bertaup dan sembuh sepenuhnya dan bungkul itu dapatlah bertapak semula dengan selesa di bukulali Abah. Sebenarnya bungkul ini tidaklah mengganggu aktiviti Abah. Malah bungkul itu dibawanya ke mana-mana, ke pucuk petai, ke hutan, ke estet mengembala lembu, maklumlah, barang melekat.

                  Kalau tidak silap dalam tahun 1975, Abah pergi ke Hospital Kem Trendak di Melaka. Dia yang pergi sendiri. “Nak buang bungkul”, katanya. Ada beberapa hari Abah tak ada di rumah. Bila Abah balik, kakinya berbalut. Kami mahu melihat apa rupanya bungkul yang sudah hilang itu, tetapi balutan itu tak boleh dibuka. Maka, kamipun menahan sabar sahajalah. Apabila dibuka, ada kesan jahitan, bercabang. Abahpun pergilah ke mana-mana tanpa bungkulnya itu sehinggalah Abah masuk semula ke hospital untuk membuang bungkul buat kali ke-dua sepuluh tahun kemudian. Dalam masa sepuluh tahun itu bungkul itu tumbuh semula, lebih subur, lebih besar dan sudah bertelinga pula. Kalau tidak silap abah buang sekali lagi lima tahun kemudian. Tapi semenjak daripada itu kawasan tapak bungkul itu sudah luas dan akar dan isinya sudah mengganas. Macam-macam kaedah perubatan yang Abah lalu. Pernah bungkul itu dikenakan sinaran radio-aktif. Dia baik sekejap, tapi kaki abah semakin lemah. Kulit yang menutup kawasan itu tidak tumbuh lagi dan bungkul itu terus tumbuh dalam bentuk daging segar yang sentiasa basah dan tak ada kulit lagi. Merah saja. Along ada beritahu, satu ketika, masa itu Abah sudah tidak berapa kuat lagi kakinya. Dia nak naik motosikal, nak ke kedai. Barangkali sudah lama benar dia tak berjumpa kawan-kawan sambil minum teh. Tapi ketika menghidupkan enjin motosikal, kulit yang ditampal itu tersangkut pada starter motosikal...kulitnya tertanggal sekeping! Kulit itu sebenarnya diambil daripada pehanya sendiri untuk menutup bungkul yang telah dibedah. Semenjak daripada peristiwa itu, keadaan menjadi semakin tidak selesa.

                  Masuk keluar hospital usah diceritakan lagi. Pergerakan abah juga terbatas – tapi manalah Abah boleh tahan duduk rumah 
lama-lama. Itulah kami selalu bawa abah naik kereta dan pergi ke mana sahaja Abah hendak pergi. Kadang-kadang pergi makan roti nan di pekan Tampin atau Seremban – Abah panggil roti nan ini roti tempayan. Kadang-kadang ke Linggi, selepas ke klinik sempat lagi singgah di kedai makan roti canai. Kalau pekan Rembau itu sememangnya biasalah. Kerusi roda sudah menjadi teman setia dan akan kami angkat ke dalam bonet kereta. Apabila Abah payah benar berjalan ke kereta, kami dukung sahaja Abah. Tak ada apa-apa masalahpun, dan nampaknya Abah sangat gembira jika dapat bersama-sama kami sekali-sekala, keluar ambil angin. Ini berlaku bertahun-tahun lamanya.

                  Lima tahun yang lalu, kaki abah semakin besar. Kata doktor, barah di kaki abah itu sudah menjadi jahat. Dulu dia tumbuh perlahan sahaja, tetapi bila diganggu atau dibedah, pertumbuhan akan menjadi dua kali ganda lebih pantas. Kata doktor, barah itu sudah tumbuh taring! Mengapa tidak, ia melarat ke dalam betis abah pula! Jadi seluruh buah betis abah itu sebenarnya daging yang berbarah.  Doktor menyarankan Abah ke hospital, Jabatan Dermatologi HKL. Para doktor membina satu pasukan dan kesnya menjadi perbincangan mereka kerana kes barah begini jarang ditemui – Abah telah memberikan mereka kes yang istimewa. Tak ada selesanyapun walaupun kes ini istimewa. Kata doktor, Abah mesti tunggu di wad sehingga keputusan dibuat. Hampir sebulan lamanya Abah di situ. Kata Abah “Jangan dikoghek-koghek kaki ni, biar den mati, tu’usah koghek”.

                  Tetapi sudahpun namanya doktor, orang pandai. Tempoh satu bulan itu menjadikan Abah tak tahan dan dia rindukan rumahnya di Semerbok.

                  Aku melawatnya di wad dan berbual-bual dengannya. Aku kupaskan anggur – jika melawat orang sakit, bawalah buah anggur atau epal, jangan bawa buah kedondong atau sentul! Rupa-rupanya lantaran mahunya pulang ke rumah, abah sanggup berpisah dengan kakinya itu.


“Apo lamo bona doktor ni sughuh Abah diam sini, ni? Nak koghek kaki ni kogheklah!” Katanya. Aku senyum sahaja.
Itulah, akhirnya kaki kanan Abah dipotong. Potongannya dibuat atas sedikit daripada lutut, jadi tulang peha abah menjadi punting sahaja. Kaki Abah tinggal satu. Tetapi Abah tidak lagi sakit. Kaki itu kami kebumikan di kubur Kg Tiga Nenek, tempat yang nantinya kalau Abah meninggal, akan dikebumikan di situ.

                  Pernah sekali, abah mengadu sakit ketika buang air kecil. Apabila diperiksa, Abah sudah ada batu karang dalam pundi kencingnya. Jadi, jadual pembedahanpun diaturlah. Ketika pembedahan, Abah tidak ditidurkan. Cuma dilalikan pada tempat pembedahan sahaja, dan Abah sedar, malah berbual-bual pula dengan doktor yang membedahnya. Lucu juga perbualan mereka, tetapi sememang sepadan apabila doktor dan pesakit sama-sama kepala batu. Lama pembedahan itu, hampir tiga jam!

+...Tuan Doktor, lama sangat, saya sudah penatlah...
-        Aiya, Pakcik, saya lagi letih...ini kerja pecah batu bukan senang...
[Kemudian doktor itu mengumpulkan batu-batu karang yang sudah hancur dan dimasukkan ke dalam sebuah botol kecil yang lutsinar. Jelas ulas-ulas batu yang sudah pecah itu hampir separuh botol banyaknya]
-        Tengok, Pakcik, ini batu sekarang sudah boleh bikin jalan!

Abah senyum saja dan berterimakasih kepada doktor yang dapat menghilangkan keletihannya itu.

Pada tahun 2006, doktor mendapati sudah ada barah yang sama di pangkal peha punting abah dan di paru-parunya. Oleh kerana usia Abah sudah lanjut dan kakinya sudah dipotong, tambahan pula barah itu tidak menganggu, doktor mengambil pilihan untuk membiarkan sahaja. Pada ketika itu Abah akan berjumpa doktor setiap enam bulan sekali. Anyah yang selalu membawanya ke HKL. Pada hujung minggu awal bulan Mac, aku mencari-cari bungkul baru di pangkal peha abah. Memang ada, sudah tumbuh di dalam daging pangkal peha abah, macam isi halia subur yang bercabang-cabang dan bertanduk-tanduk.
Temujanji terakhir adalah pada 23 Februari 2011. Oleh kerana doktor bertugas di hospital lain, Abah pulang ke Semerbok dan datang semula pada 3 Mac. Pada ketika itu abah merasa sangat sakit di pangkal pehanya. Dia dimasukkan ke wad Onkologi. Sakit benar, katanya. Abah diberikan ubat penahan sakit – morfin, setiap 4 jam.
Ateh yang tinggal bersama-sama Abah di wad. Pada tengah malam 4 Mac, ketika menyedari Anyah sudah pulang, dia memanggil misi.

+     Misi... Mana anak-anak saya?
-        Pakcik, Ahmad... anak Pakcik dah balik, besok dia datang. Ada sorang anak Pakcik sini...
-        Misi... Tolong telefon Halim, katakan padanya “Abah mahu anak-anaknya datang sekarang”.
Wah! Anyah sampai ke hospital pada jam 3 pagi dan terus berbual-bual sahaja dengan Abah. Tak sakit, katanya. Aku sampai pada malam itu, pulang untuk jaga Abah di hospital. Aku dan Ateh bergilir-gilir tidur. Bila abah bangun, kami berbual. Abah masih bertemberang dan macam-macam cerita, nasihat...
Sabtu 5 Mac, Abah sudah lemah sedikit dan nafasnya semakin kerap. Bercerita masih macam biasa juga. Kalau sudah sememang leter, ajaiblah kalau dia boleh jadi pendiam secara tiba-tiba! Makan tidak banyak, tetapi memadailah. Sehingga petang Sabtu, sudah ramai yang datang melawat. Semuanya sempat berbual dengan Abah... ada juga yang memberikan macam-macam nasihat kepada Abah, jangan itu, jangan ini, mesti itu, mesti ini. Tak mengapalah, aku biarkan saja. Asalkan abah tenang dan gembira bertemu sanak saudara dan anak-anak buahnya.

Bersolat di katil bukanlah mudah, tapi Abah buat biasa saja.
“Abah to’ondak mati dalam keadaan tak semayang”, Kata Abah. Apa sahajalah, bah. Katakan sahaja, kami ada. Masuk hari Ahad, abah sudah dibantu dengan oksigen, tapi selesa, katanya.
Pada hari-hari itu, kami sudah tidak berselindung-selindung lagi berbual empat beradik: Anyah, Bangchek, Ateh dan Aku. Hanya beberapa jam sahaja lagi. Yang lain-lain, serahkan sahaja kepada Allah Taala.
Anyah dipanggil oleh doktor dan ditunjukkan filem X-ray. Hampir putih semuanya – ertinya terlalu jelas.

+     Sudah beritahukah, saudara mara dekat yang patut diberitahu?
-        Sudah, Doc.
+     Apa lagi yang kami boleh bantu, En. Halim?
-        Beginilah, Doc. Jika boleh, biarlah bapa saya tidak dalam kesakitan. Jikalah dia akan meninggal dalam masa terdekat ini, biarlah dia sedar dan tidak kesakitan. Kami semua sudah maklum dan bersedia.
-        Baiklah, En. Halim. Kami akan bantu sebaiknya.

Malam itu Akak dan anak-anaknya datang bersama Along dan Omak. Malam itu beberapa kali Abah mencapai tahap paling rendah dan pulih semula dan dapat berehat.

Sehingga jam 5 pagi pada 7 Mac, Abah sudah tidak lagi sedar. Pada jam 7 pagi, katil Abah dibersihkan, cadar dan selimut ditukar. Anyah, 
Bangchek Puzi, Achek, Bangchek Hamdan, Ateh dan aku ada di situ. Safwan sudah mendarat di KLIA. Anip sudah sampai dari Kelantan.
Selepas jam 8.30 pagi, nafas Abah sudah tidak teratur lagi. Kami berdiri di tepi katil. Sememang ada yang namanya hembusan nafas terakhir. Ia dihembus. Abah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.53 pagi Isnin, 7 Mac 2011. Anip lambat 15 minit, Safwan lewat setengah jam. Tiada penyesalan. Abah sudah pergi ke alam baqa di tempat yang kini sudah ada Atuk, Enek, Mahmud dan Nur Faizah.

Alhamdulillah, urusan seterusnya lancar sehinggalah Abah sempurna disemadikan di perkuburan Kg. Tiga Nenek. Kini kami tiada Abah lagi, sudah diambil semula oleh Allah Taala.


Pagi Sabtu, 5 Mac. Abah datang hospital pakai kasut, dan sememang kasut abah tidak ada pasangannya.

Waktu bertenang. Mudah sebab katil boleh pusing-pusing.

Serius ni... "Ando oghang goma menundo beghak anyot...".


Karim, anak Abah yang dari Afrika. Ada Fuad dan Ateh (Petang Ahad). Sudah pakai oxygen mask.


Lepas isya, Ahad. Omak, Akak dan Bangchek duduk dekat Abah dan berbual-bual.

7.30 pagi isnin, katil sudah kemas, cadar dan selimut baru, Abah sudah dibersihkan pagi itu. Abah meninggalkan kami 23 minit selepas gambar ini diambil.

Wak dan Abah - sahabat dan besan. Abah di serambi sementara menunggu dimandikan pada 3.30 petang Isnin.

Liang lahad. "Safwan, penggali dalam lahad tu jangan lupa keluarkan semula dan bawa balik... Abah rajin..."

Solat janazah di masjid Semerbok.

Petang Selasa. Pusara Abah, dekat dengan Nur Faizah, Atuk, Enek, Mak Ngah, Mahmud...
Saturday, March 12, 2011

Selamat Melangkah Ke Alam Baru Ukhti (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'-tabi'in dan seluruh umat Islam.


Entry ni khas buat ukhti Nurul Rawaida Ain bt Burhani yang bakal mengakhiri zaman bujangnya esok, Insya-Allah. Ukhti, asifah jiddan x dapat hadir ke walimahmu. Banyak sangat yang perlu diuruskan di sini. Harap sangat ukhti singgah ke Teratak Tarbiyah ni. Siapa yang x mahu tengok kakak kesayangan di saat lafaz ijab kabulnya, tp takdir Allah menetapkan begini. Moga akak bahagia di samping peneman hidup hadiah Ilahi. Doakan adikmu peroleh pasangan yang terbaik ya (^_^). Akhir kalam, barakallahulakuma ya ukht wa zauj!

Monday, March 7, 2011

Andai Itu Takdir-Nya

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w., ahli bait, para sahabat dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah3x

Terima kasih ya Allah atas takdir ni, walaupun x tahu apa dan dimana hikmahnya. Tapi Allah sudah tentukan segalanya, diri ini hanya hamba yang x layak tuk bertanya.

Haji Ahmad bin Maaji telah kembali ke rahmatullah pagi td (kata mama-x ingatlah kul brapa) d Hospital Kuala Lumpur. Moga roh atuk sentiasa dicucuri rahmat Allah, insya-Allah. Tipulah klu kata x sedih kan. X dapat kembali ke kampung, mama kata doala dari jauh, balik pun mesti x dapat jumpa.

Atuk, siapa tak kenal ust. Ahmad, imam di kampung, dia ustaz kepada ustazah ana sendiri(mmg super seniorla) n ckp jela nama atuk, mesti orang kg kenal. Abah, untunglah abah dapat ada di sisi atuk waktu atuk meninggal. Ternyata, anak yang ramai x semestinya ada di sisi ibu bapanya waktu mereka meninggal. Untunglah  abah dengan takdir ni. Abah mesti penat kan nak layan atuk sebelum ni, pening kepala abah bila atuk or sapa jela kat kg tu call, atuk nak jalan2 la, ubat habislah, apa-apala, lepas ni abah x perlu pening2 lagi, sebab atuk da aman di sana.

Recall back da last tyme i met atuk(ingat x ingat), maybe masa kat umah die, maybe kat umah ana. Atuk suka abah bawa dia jalan2. Datang umah, abah bawa atuk makan capati, now, no more capati for atuk, no more ubat2 yang wat atuk rimas, no more kata2 yang wat atuk sakit, atuk da aman.


Atuk, bahagialah atuk di sana. Jasa atuk insya-Allah, pasti akan dikenang oleh orang yng mengenalimu. Bahagialah atuk disamping-Nya. Kini, hilanglah satu lagi permata pemberian Ilahi. Al-Fatihah

Peringatan bersama
Sunday, March 6, 2011

Antara Perbuatan UTAMA dengan Perbuatan KEJI

Bismillah wa Alhamdulillah

Selawat dan salam selalu tercurah buat junjungan mulia s.a.w, ahli bait,para sahabat dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah semalam terisi dengan aktiviti menarik lg berfaedah dan moga Allah meredhainya,Insya-Allah. Menyertai Hari Keluarga ISMA Terengganu buat kali pertama memberikan pengalaman yang cukup berharga buat diri. Walaupun x dapat menikmati keseronokan bersama akhawat, tp pengalaman m’handle game buat peserta NAZIM amat bermakna. Ternyata, menjaga anak-anak kecil bukanlah satu amanah yang mudah. Itu x sampai 3 jam. Jika difikirkan pengorbanan mama jaga ana sejak kecil, tentu lebih berat. Perangai da la,aish, xtaw nak kata camne. Mama, forgive me please with what I’ve done to you. May Allah give you His mercy with all your good deeds to me. Love you mama!

Ok, sampai situ je, ana xla nak bercerita sangat tentang Hari Keluarga ni, apa yang lebih menarik untuk dikongsi ialah tentang bahan bacaan minggu ni. Actually, baru baca introduction. Tapi nak kata buku ni best, intro pun dah banyak input menarik, bagus x? Awat x bagusnya klu penulis pun bukan calang2 orang. Buku(pdf je) yang ana baca ialah Fiqh Keutamaan karya Yusuf Qardawi. 

Allah meletakkan sejumlah perkara mengenai amal, nilai dan kewajipan di hadapan kita, antaranya:

"Shalat berjemaah itu lebih utama daripada shalat sendirin; dengan kelebihan sebanyak 27 tingkatan" (riwayat Muttafaq 'alaih dari Ibn Umar)

"Berjaga dalam jihad selama sehari semalam lebih baik daripada berpuasa dan qiamullail selama sebulan" (riwayat oleh Ahmad, Tirmidzi, dari Salman dan Ahmad bin Abdullah bin 'Amr)

Ada juga penjelasan mengenai perbuatan buruk, dengan berbagai tingkat perbezaanya di sisi Allah. Antaranya:

"Satu dirham barang riba yang dimakan oleh seseorang, dan dia mengetahui bahawa itu adalah riba, maka dosa itu lebih berat di sisi Allah daripada 36 kali zina" (riwayat oleh Ahmad, Thabrani dari Abdullah bin Hanzalah)

"Sesuatu yang paling buruk yang ada dalam diri seseorang ialah sifat kedekut yang amat berat, dan sifat pengecut" (riwayat oleh al-Bukhari)


"Manusia yang dianggap sebagai pencuri paling ulung ialah orang yang mencuri shalatnya, tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya; sedangkan manusia yang paling kikir ialah orang yang paling enggan mengucapkan salam" (riwayat oleh Thabrani dari Abdullah bin Maghfal)


Oleh itu, marilah sama2 kita menilai dan menganalisis diri, moga kita tingkatkan prestasi amal kita, insya-Allah 



Wednesday, February 23, 2011

Saat Allah Memilih Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah3x

Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam

Segala puji bagi Allah yang telah meninjamkan waktu ini untuk kerja2 yang bermanfaat, moga Allah terima setiap amalan sbg ibadah kepada-Nya. amin....

Saat Allah memilih kita
menjadi da'i da'iyah di dunia
mengajak manusia kembali kepada-Nya
siapa yang mampu menghalang?

Saat Allah memilih kita
dunia serasa kecil
akhirat di nanti-nanti 
kerana YAKIN pada dalil-Nya

" Kamu (umat Islam) adalah sebaik-baik umat, kerana kamu menyuruh pada yang ma'ruf dan mencegah pada yang mungkar dan beriman kepada Allah, seandainya Ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik(banyak melakukan dosa)."(ali-Imran: 110)

Siapa yang tidak suka
bila ada yang berkata "andalah yang terbaik!"
Siapa yang tidak suka
bila Allah berfirman " kamulah umat terbaik!"
Subhanallah

Dakwah bukanlah terlalu sukar
Senyumanmu pada yang layak menerimanya adalah dakwah
Pakaianmu adalah dakwah
Akhlakmu adalah dakwah
Kata-katamu juga dakwah
Apa sahaja tindakan yang membuatkan manusia yang melihat terus mengingati Allah
 ITULAH DAKWAH

 Sahabatku
Manusia perlukan dakwahmu
Seandainya tidak ada yang melakukannya
Bagaimana nasib manusia?

Sahabatku
Tidak mengapa seandainya engkau bukanlah seorang ulama'
Bukan juga seorang ustaz @ ustazah
Manusia perlukan peringatan darimu
Biarpun engkau seorang doktor
Mahupun seorang supir
Tiada masalah andai peringatan itu datangnya darimu
Allah Maha Tahu
Bahawa engkau melakukannya demi redha-Nya 
  Tidak perlu tunggu sehingga cukup ilmu
Bukan pula bermaksud tidak perlukan ilmu
Biarlah dakwah itu bergerak selari dengan bertambahnya ilmu

Anda Allah telah memilih, siapa kita untuk menolak?

"Sebuah bingkisan hati untuk dihayati"
Jalan dakwah adalah jalan yang panjang. Janganlah tergesa-gesa untuk mendapatkan hasilnya


Thursday, February 17, 2011

Tangisan: Satu Keperluan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...sholawatu 'alan nabi s.a.w., wa ahlihi, wa sahbihi ajmain....

16/2
Bestnye hari ni dapat belajar buat soft roll n fruit plait. Riang gembira datang kitchen awal pagi. In the beginning of making soft roll, groupmate A (bukan nama sebenar) dah buatkan dough. Dengan riangnye bawa g ferment. Several minutes later, "haih, nape dough aku x naik2 ni???" sedangkan group lain yang ferment lewat pun doughnye dah tembam (cute bah).

Then, tiba2 groupmate B (bukan nama sebenar) tanya "where's our dough???". Tanpa segan silu menjawab, "Tu kat sana, tapi kan nape dough kite x mau naik?". Dengan pantas groupmate A tabur yeast kat dough. Oh God! "Ha, lupa letak yeast ke???" Both said "shhh", sambil tangan Groupmate A laju mixkan yeast pada dough. Then, lecturer panggil utk demo seterusnye. Tyme tu Allah je yang tahu betapa tensionnye otak ni. After demo, groupmate A. "kite wat semula". Jawapan ringkas "ok". Dengan muka tension timbang barang. After that, groupmate A said, u buat dough ok, coz td lecturer suda nampak I buat. Ok, aku jadi mangsa keadaan. Dah excited buat, suruh kwn amikkan dough cutter sebab tangan dah comot ngan tepung, Then, x tawla yang disuruh pegi kemana, lab staf pun masuk n terpandang diri ini yang terkocoh-kocoh uli tepung. She asked "baru nak buat?". dengan confident jawab, "x, tp td groupmate A lupa letak yeast". Then lab staf tanya sambil tangannye slumber pukul tanganku yang sedang menguli tepung "dough cutter mane, baru je cakap td". Adoi, tension tuk kali ke 2. aku dah suruh kawan amikla, tp ntah mana dia letak telinga. aish!!!Dengan  hati yang pedih terembeslah titisan jernih yang cute miut dari mata ni, mujur x kene dough. Uli la tepung tu dengan hati yang mendung (atau mungkin hujan lebat). Sakit wo!Bila lab staf yang marah td nampak, pandai plak dia nak pujuk, ha tau takut...Seb bek aku baik, jawab elok2, "that's not my fault!". aku adalah mangsa keadaan kepada pemangsa. my groupmate.

Bile hati da reda, groupmate A dengan suara yang mendayu-dayu berkata, "i'm sorry, r u ok? i'm so worry". I'm ok rite now, nothing 2 b worried, i said. Mujur aku ni akhwat yang ditarbiyah, diajar untuk kendalikan emosi. Klu x maun die kene tengking, biar satu kitchen tau die wat salah. Alhamdulillah, trima kasih ya Allah kerana sentiasa bersamaku  dalam susah dan senang. Benarlah firman Allah, bila ingat Allah, hati jadi tenang. Memang dada da sakit, tahan nangis, supaya x semua orang sedar, tp bila ingat Allah, tensionnye x panjang. And sometimes, we need to cry to gain more oxygen, barulah fikiran akan relief. Mungkin sebelum tu dah tension dengan kerja yang menimbun, tp bila dapat menangis sekali, rasa ringan dah beban yang ditanggung.ALHAMDULILLAH 3x

Da good news is soft roll dapat full mark!
Da bad news is my soft roll dicemari oleh tangan2 cha ya nun alif. So, nggak mau makan sih (-x-)!

Cries without sounds
Friday, February 11, 2011

Ku Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji buat Sang Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah, ahli bait, para sahabat, dan seluruh umat islam.

Masya-Allah, lama sungguh blog ni terbengkalai. Asifah ye ruang blog. Tuanmu bz as a bee la skrang ni. Ni pun curi2 masa padahal banyak g hal x siap, report, tutorial tambahan, assignment, u name it!

Actually, there's a lot to tell, sepanjang hari ada crita baru. So, untuk x nak penat crita semua, mau kongsi yang best2 je sepanjang bulan 1 and awal bulan 2 nih.

1) Amik darah

Nanti ada lab untuk ujian darah,so, awal2 lg dah amik darah tuk centrifuge (mau pisahkan serum and red blood cell)

BLOOD!!!

After centrifuge
2) Pastry n bakery

Wat practical, masuk ni baru minggu ke 3. N ni hasil-hasilnya:
Waffle yang CUTE!

Banana Nut Muffin 

Scones

Banana Nut Bread (Macam roti pisang)

Choux paste -eclairs and swans

Paris brest (depan) and cream puff (belakang)

Apple pie

Egg tart

Fruit tartlets (assorted fruits)
3) G walimah d Kuala Kurau

Tahniah ukhti dayah n zauj. Barakallahulakuma (^_^)

4) Walimah lagi 

Tahniah ukhti Atifah n zauj. Barakallahulakuma. Asifah, x pat pegi, sedang dalam perjalanan ke UMT masa tu.
5) Jaulah ke Tapah

Mama said: "ada ape kat Tapah?". Ada ukhti yana n family yang baik hati!!! hehe. sangat seronok berkunjung ke rumah akhwat n kenal ngan family masing2. pas ni nak g umah sape ye ?(^_^)

Actually, terlalu banyak perkara menarik yang berlaku, jumpa rakan2 seperjuangan d matrik dulu, games d Kemaman, naib johan pun masih bangga!, bersama family (release tension), dalam UMT d start busy (actually everyday is my busy day). Moga Allah mudahkan segalanya, n untuk kamu2 juga yang membaca, moga Allah memudahkan urusanmu. Jangan putus asa, hanya orang kafir saja yang berputus asa. Yakinlah "takkan Islam hilang di dunia"!!!