Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, September 23, 2014

Master's Diaries (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda serta seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, hari ni Allah bagi kesempatan untuk tengok proposal presentation classmate. Dia dah 2nd sem, memang patutlah kena present proposal. Masuk tadi, dia dah halfway, tup2 dah sampai methodology and expected results. Tak apalah, dengar komen dari panels lagi penting. Anyway, congratulations Vincent! Your part is done and mine will be coming soon. ><

Dengar komen dari sorang panel (not from our school, kerek betul ye) betul-betul buat aku jadi keras@kaku. Soalan dia buat orang jadi speechless (even my friend had answered him) ada je dia bangkang. Baru proposal. Terfikir juga, how will my turn be? huh, Rabbi yassir wa la tu'assir....Tapi, baguslah dia komen macam tu, and dapat jugak grab several tips buat bekalan masa hadapan:

Tips untuk Proposal Presentation Supaya Tak Kena SMASH

1) Define all terms in the title

Every single term ya. Like mine, Preparation of protein hydrolysate extracted from eel (Monopterus sp.) protein and its in vitro antioxidant and anticancer activities. So, kena la tau apa tu preparation (x kan x tau kan), protein hydrolysate, eel protein (muscle), in vitro, antioxidant, anticancer, activities (activities and actions lain tau, baru tau tadi)

2) Be specific in all objectives

Objektif jangan terlalu luas, kena fokus. Satu fasa, satu objektif.

3) Expected results mesti sync dengan objectives

Kalau dekat objektif contohnya tak ada bagi tau pasal ACE (angiotensin converting enzyme) activity, tak payah nak pandai2 tambah ACE dalam expected results. Mengabihkan bogheh yo.

4) Kena tahu setiap procedure yang kita guna

Why guna certain wavelength, why ambil certain berat, bukan blindly ikut any journal. That's why dalam paper ada perkataan, "with some modification" tapi kena tahulah kenapa modify this and that, kang speechless pulak kalau panel tanya.

5)  Our main material, what is soooo special about it?

Apa yang special dengan belut ya? Hurm......

6) Read the basic principle

Mestilah kan, jangan tahu experimental side je, buat-buat, dapat result, tapi tak faham konsep. The key is READ, IQRA'!

7) Be confident (ni tambah sendiri, panel x cakap pun)

Confident je, not over confident

Ok, tu je nak share. Time to continue reviewing papers...da....da...

Sorry Vincent, I know this is not you



Wednesday, September 17, 2014

Kau Milik Ummah

Bismillah....

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda serta umat Islam seluruhnya.


Kau Milik Ummah


Syukur lahirmu punya tujuan
Tabah dewasamu penuh dugaan
Gigih belajarmu kenal sempadan
Kerana kau milik ummah

Pintar akalmu merungkaikan masalah
Lantang bicaramu penuh hikmah
Tangkas gerakmu tak kenal gundah
Kerana kau milik ummah

Detik usiamu bukan untuk leka
Malam siangmu bukan untuk harta
Dalam kerehatanmu masih berjaga
Kerana kau milik ummah

Bahagialah kau di dunia
Sepertimana kau mahu bahagia di sana
Belajarlah apa saja, gali hikmahnya
Lontarkan pendapatmu, biar dunia tahu
Teguhkan pendirianmu, biar kukuh jitu

Bicaramu untuk difahami
Gerakmu untuk dicontohi
Kau tenang tapi tegas
Kau mesra tapi keras 
Kerana kau milik ummah

Tulisan ini untuk Kau,
Ya Kau,
Yang dimiliki ummah...
Monday, September 15, 2014

Himpunan Keluarga & Himpunan Solidariti Ummah

Bismillah walhamdulillah....

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wa shohbihi wasallim...

13 September 2014

Day: Himpunan Keluarga


Alhamdulillah, kakteh is just married! Congratulations sis!!! May both of you be blessed with unending rahmah. Dapat balik awal, tolong apa yang patut. Had to wake up at 3 a.m. for two days, nak bakar kek.heheheheh. Thanks kakteh for putting your trust on me. And tadaaaa.....MY FIRST EXPERIMENTAL WEDDING CAKE 


Sangat bahagia hari tu, family gathering (ala, adik x da). Dah duduk jauh ni, I have to enjoy every moment with them. No time to sentap >< Alhamdulillah, cuaca pun sangat baik. Redup je. And the time kept running, friends and families kept coming and going till evening. Then, rush bersiap, ada agenda penting lagi....


Night: Himpunan Solidariti Ummah

Went there after maghrib, ada accident dekat highway, rasa macam nak terbang je. Tapi sabarkan hati, stadium tak lari. Sampai sana dewan dah penuh...



Terus naik first floor. Alhamdulillah dapat tempat. Alhamdulillah, dapat laungkan WE ARE ALL AL-QASSAM bersama. Alhamdulillah, dapat berikrar ALLAHU GHAYATUNA, AR-RASUL QUDWATUNA, AL-QURAN DUSTURUNA, AL-MAUTU FI SABILILLAH ASMA' AMANINA bersama, dan dapat jadi saksi that WE ARE NOT RECOGNIZING ISRAEL! Time ran fast, we had to go back earlier. Dalam hati nak duduk sampai habis, Allah knows this is my limit. Alhamdulillah, tercapai target that day. This is the full video. Must watch ya!



Hari indah, could I forget? surely couldn't (^_^)
#Tulis sambil dengar video HSU
Tuesday, September 9, 2014

Master's Diaries (Part 1)

Bismillah walhamdulillah,

Sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wa shohbihi wasallim...



Alhamdulillah, on 7th September 2014, I was officially become a Master student. Aaaaa....Scary!!! Kadang-kadang aku fikir, betul ke apa yang aku buat ni? Mana taknya, almost every month, since I become a research assistant (RA), ada je hari yang rasa macam "I WANT TO STOP NOW!". Scary kan. Tapi takut tak takut, risau x risau, here I am, in Universiti Malaysia Terengganu, again, being a student! Hoyeah...

I want to share how I am here right now. Mungkin entri ni adalah kesinambungan daripada entri yang aku pernah tulis ni (link). Ya, aku sedang  mencari erti hidup. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk aku raih erti hidup di bumi penyu ni (walaupun sekor penyu hidup pun aku x pernah jumpa selama bertahun aku kat sini-sedih x?)

Mungkin juga Allah memang makbulkan niat aku, nak sambung belajar, walaupun aku bukan nak jadi pensyarah. Do I care kalau jadi surirumah ada phD sekalipun. Yang penting, belajar. I want to learn a lil bit of ilmu Allah yang sangat luas ni. I was inspired by my uncles-Pakcik, pak Teh, Pak Lop...yang tak berhenti setakat degree dan tak berhenti menyumbang untuk umat. These were my conversations with Pakcik in June last year:

Me:      Pakcik,  master study susah tak?
Pakcik: Tak ada yang senang dik ya. Lebih susah lebih bagus sebab orang lain akan kelihatan kurang ilmu                  dari dikya?
Me:       Haha, can't agree more. Niat nak sambung master next year. Do pray for me :D
Pakcik: Certainly syg. Make your plans

SEE??? LAGI SUSAH LAGI BAGUS. Hadoi, tapi yang lagi susah tu la yang aku duk sibuk kejar. Pasti ada hikmahnya, Insya-Allah. Actually, I decided to register in February 2015. Tapi sv suruh juga daftar cepat, katanya takut geran habis. Yes, my grant is short scheme grant. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dapat geran. No need to think where to get the money. Yuran pun, insya-Allah, sedang apply MyBrain, harap sangat berjaya. So that, I study for FREE!!! Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan :')

Now, I'm still in first phase of labwork (which actually I have to complete in July) tapi disebabkan result yang tak berapa nak memuaskan hati, I decided to start all over again which will be completed in two months (kalau buat dengan betul la) Harap sangat tak kena repeat lagi. 

Aku teringat perbualan dengan SV waktu mula-mula jadi RA dulu:

SV: Kenapa you nak sambung study?
Me: Krik2 for a while......Sebab saya nak belajar. ( Tu je yang keluar dari mulut. Padahal nak je cakap, saya       nak belajar tinggi2, saya nak buktikan yang orang Islam memang bijak. Tengoklah orang kafir, berapa          ramai yang belajar sampai phD, orang Islam mesti lebih boleh!- Berani sangat kan nak ckp camni, simpan     duk diam dalam hati je la) 
SV: Betul, saya yang dah ada phD ni pun masih belajar.


A lil bit about my SV. She is very anggun ok, workaholic and sangat pushy (betul ke vocab ni?haha). Walaupun ayat dia buat aku sentap, tapi bila tengok muka dia yang anggun tu jadi tak rasa apa dah, lantak la dr nak zass pun. She's very workaholic! Sangat2, I told you. Stay office sampai tengah malam tu boleh dikatakan almost everyday (and now, I'm following her step, OMG!!!) Yela, nak habis cepat punya pasal kan. Katanya, buat apa lama2 study, macam buang masa je. Saya nak student saya habis on time, lagi cepat lagi bagus, saya x nak simpan student lama2. Ha, sentap x? And yes, she's vey pushy. Paksa buat paper saja. "Your progress is paper, ada paper ada progress", "I nak you kalahkan student Dr. ..., student dia macam kilang buat paper" Hohoho.... Sincerely, aku tak rasa burden pun dengan paper2 yang dia minta aku buat (only my first paper la masa FYP dulu, sampai menangis protes x nak buat, finally publish jugak), sebab paper tu sangat berkaitan dengan my study. Thank you dr. Kadang2 rasa macam manalah kalau satu hari nanti dr x da. Yes, Allah kan ada. But with Dr.'s help, aku banyak sangat belajar. Belajar baiki diri dan cara kerja, my time, my writing, my technique during lab work.... Ya Allah, kau berkatilah pensyarahku Dr. Norizah, berilah kesihatan dan kebahagiaan kepadanya dan golongkanlah dia dalam golongan orang-orang yang Kau redhai, amin....

Sampai sini dululah, banyak cerita pun tak best.... Till we meet again, nantikan Part 2, insya-Allah




Wednesday, September 3, 2014

I'm Back!!!

Bismillah

After all, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., ahli keluarga, sahabat baginda dan seluruh umat Islam.

Yeah, i'm back! For over a year this blog being left without any entry, oh my! For over a year so much thing had happened. For over a year that full of tears, happiness and blessings.

Yup, so much thing had happened since I left Hospital Klang in June, 2013. Thanks to all JDS staffs there, miss all of you (including my havoc practical mates) and our time together. Yup, so true, banyak sangat perkara berlaku! Kalau sebelum ni aku cerita angah nazmi dah takda (link), about 9 months later, his mom, makji was gone, innalillah wa inna ilaihi raji'un. Kalau dulu aku cerita atuk dah takda (link), bulan 6 tahun ni , just one week before Ramadhan, abang ipar atuk@ my tokngah pun dah kembali ke rahmatullah. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Plus, MH370 case, MH17 case, after all, innalillah wa inna ilaihi raji'un.

The happy side is banglang got married, kakcik got Mika chan! bangah got Imad and kakteh, soon (13 September 2014) will be the happiest bride of the day, insya-Allah, amin...Congratulations!!!

And me??? Got nothing! Of course, not! First, Alhamdulillah, I got my degree last October. It was a happy day + somehow a rush day (coz abah need to go back early) and I just had two pictures of me with mama and abah! What a happy graduation day (Yeah, indeeed, I was happy that day, so what?) How about my friends? Taklah terkilan sangat ramai yang tak ada (most of them involved in HIMMAH 2.0) because we had graduation photoshoot at Pantai Tok Jembal the day before. Second, I became a Kafa teacher at a private school (now, I really miss my students, especially yang paling nakal, amar and akmal, good boy they are). Third, my sv called me and asked me to come to Terengganu, a project is waiting. Yeay!!! Finally, Terengganu, here I come! I'm back, for sure :) Since march (the month I started my project) till now, lots of thing i've learned (buat paper- Recently, I have two published papers, alhamdulillah, join competition Inovasi@UMT- we got Gold! alhamdulillah!!! and of course trial lab work) and I don't want to stop. My project is about protein extraction. Yup, protein, a subject that's killing me inside out. Susah betul nak faham part protein masa degree dulu. And now??? Truly, Allah said tak semua yang kita suka baik untuk kita, dan tak semua yang kita tak suka tak baik untuk kita. Slowly, I fall in love with protein. Aiyoo... Yes, I do love my work right now. And insya-Allah, less than a week I will be a student again! Really hope to  finish my study within 2 years. Tak mau extend ma....

With PEMBINA and ISMA programs-lagi banyak! Panjang sangat nak bagitau satu2 program, lagipun dah lepas kan. Its over a year, right? So, nak cerita the next program je la. Ha, ini dia. Jom3 datang Stadium Tertutup Nilai, 13 September 2014, 5 petang - 11 malam. Let's show our solidarity towards Gaza!


  Wassalam 
*short note: Alhamdulillah Palestine won over Israel
Monday, May 20, 2013

Le Français (Mon Quatrième Langue Apres Le Malais, L’Anglais et L’Arab)


Bismillah, Alhamdulillah…

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, para sahabat dan umat Islam sedunia.

Bonjour! Ça va? Moi, ça va bien. Aujourd’hui, je vuex parler Le Français. ^_^

Je m’appelle Voletta (mon nom en Français). Je suis 23 ans. J’étudie à l’Université Malaisie Terengganu. Mais maintenant, je travaille à l’Hôpital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. J’aime beaucoup apprendre le Français. J’ai apprendré le Français à ma université en trois semestres. Ma madame est trés bien. Elle s’appelle Syarifah Muzdalifah Binti Syed Ahmad. Elle est belle et longue. Elle a parlé beaucoup l’histoire de Français. C’est pourqoui je veux aller au Français pour visiter le Musée de Lourve, la Tour Eiffel et le Parc Astérix! 

La Tour Eiffel (credit)

Ok, kalau nak tau meaning dia, google translate ya. Sebenarnya banyak nak cerita tentang French language. Suka sangat belajar bahasa Perancis, I don't know why, maybe I just love languages. Dalam post yang seterusnya, insya-Allah saya akan kongsikan cara belajar bahasa  Perancis ikut pengalaman saya. 

Enjoy your day! Au revoir ^_^
Friday, May 10, 2013

Bekal


Bismillah, alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan umat Islam.

Salam Jumaat everyone! Have you done reciting al-Kahfi? Alhamdulillah, tak lama pun kan. It took only 30 mins (dengan tajwid okay (^_^)). Bekal? What 'bekal' do I want to talk about? Teringat cerita Lady Boss, part Apek kata," Mak kata bekalan dunia akhirat" waktu Erra tanya,"Eh, bawak bekal?" Haha. Yup, bekalan akhirat. That's what I want to stress about.

credit



Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala

Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan

Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia kan ditinggal pergi

Apalah gunanya harta di sisi

Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi


Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia

Belum tentu membantu kita

Menjadi bebanan dan menyusahkan
                                                                                                                       In-Team: Pesona Dunia

Can you see that 'bekal' word? Agak-agak berapa banyak ye bekal kita untuk kita tunjuk pada Allah? Hari-hari pun solat, baca quran and other good things. Dan malaikat sentiasa mencatitnya. Hari-hari pun cakap pasal orang lain (without knowing it's true or not) and sometimes being disrespect towards others, dan malaikat pun mencatitnya. Sometimes, kita rasa banyak dah perkara baik kita buat, tapi kita kadang-kadang tak sedar yang amalan kita buat tu dah terbang macam daun ditiup angin disebabkan kebatilan yang kita buat. :'( Nauzubillah...

So friends, jom beramal dan tambah bekal! Truly, we're not perfect. Tapi Allah kan Maha Penyayang. 

Allah the Almighty has said:"O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you. O son of Adam, were you come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dosa minimbun-nimbun macam awan?
Busar macam bumi?

Turn to Allah and He will forgive us
See, Allah itu Maha Pengampun. Tak kira dosa kita sebanyak awan di langit, sebesar bumi, Allah tetap ampunkan kalau kita bertaubat. (^_^)