Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat baginda serta umat Islam seluruhnya.
Kau Milik Ummah
Syukur lahirmu punya tujuan
Tabah dewasamu penuh dugaan
Gigih belajarmu kenal sempadan
Kerana kau milik ummah
Pintar akalmu merungkaikan masalah
Lantang bicaramu penuh hikmah
Tangkas gerakmu tak kenal gundah
Kerana kau milik ummah
Detik usiamu bukan untuk leka
Malam siangmu bukan untuk harta
Dalam kerehatanmu masih berjaga
Kerana kau milik ummah
Bahagialah kau di dunia
Sepertimana kau mahu bahagia di sana
Belajarlah apa saja, gali hikmahnya
Lontarkan pendapatmu, biar dunia tahu
Teguhkan pendirianmu, biar kukuh jitu
Bicaramu untuk difahami
Gerakmu untuk dicontohi
Kau tenang tapi tegas
Kau mesra tapi keras
Kerana kau milik ummah
Tulisan ini untuk Kau,
Ya Kau,
Yang dimiliki ummah...
0 comments:
Post a Comment