Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, January 11, 2015

Burdening Burdens

Bismillah

Alhamdulillah, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alihi wa shohbihi wasallim...

Astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim

Naik panas dahi hari ni. Buka telegram, buka watsapp, fb lagi, link yang sama, gambar yang sama. Allahuakbar! Hati dah terlalu banjir sampai airmata sikit pun tak boleh keluar. Rasa nak muntah pun ada. Saya mengharapkan Malaysia yang lebih 'bersih' (BUKAN BERSIH 1.0, 2.0 ATAU SEBANYAK MANA BERSIH PUN YANG ADA) selepas musibah yang menimpa negara. Belum sampai dua minggu masuk tahun baru, Malaysia sudah dicemari. Ya, SUDAH TERCEMAR!!!

Saya taknak komen panjang mengenai apa yang telah berlaku, apalagi nak jumpa sorang-sorang adik2 tu untuk dipiat-piat telinganya. Buat apa nak bercakap dengan orang yang lemas (in this case, lemas dalam lautan nafsu). Orang lemas tak boleh nak concentrate. 

Jadi, post ini adalah untuk orang-orang yang sedar. Sedar hati, sedar mata, telinga, akal dan segala pancaindera yang ada.

Ya ayyuhal ikhwah wal akhawat,
Masalah ini masalah kita,
Tanya diri, apa dosa sampai berat nak bergerak?
Tanya diri, apa dosa sampai susah sangat nak terangkan pada mereka Allah itu dekat?
Tanya diri, apa dosa sampai boleh duduk diam saja tengok maksiat???
Dan ini juga masalah saya :'(

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin

Untuk adik2 itu, 
Thank you sisters, you are burdening burdens!



0 comments:

Post a Comment