Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, March 8, 2013

Erti Hidup

Bismillahirrahim.....

Alhamdulillahirabbil 'alamin...selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., keluarga baginda, sahabat dan seluruh umat Islam.

Inginku mengenali erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi liku-liku kan ku harungi...

Aku mahu hidup yang bermakna, yang bererti, yang Allah redha. Sebenarnya, aku nak macam apa yang aku lalui, yang aku dapat di Terengganu. Bukan aku kata dekat sini tak seronok. Aku bersyukur dengan apa yang lalui sekarang. Alhamdulillah (dapat tinggal dengan aunty yang sporting, ada kawan2 yang best, tak payah gaduh lama, just enjoy the moment here, ada supervisor yang sporting jugak, rasa macam dimanjakan pun ada jangan sampai naik tocang sudah , dia jaga kebajikan kitorang as well as putting a high expectation on us. harap dapat buat yang terbaik je lah). Hidup kat sini bukan x best, ada je ceramah di masjid. 

Tapi...aku rasa kosong. Mana usrah? Mana akhawat? Mana program? Mabit? Rehlah? Jaulah? Dll? Sungguh, aku rindu semua tu sekarang. Aku ke yang tak dekat dengan Allah, atau keadaan yang tak menyokong untuk aku beramal? Sungguh, aku rindu Terengganu. Aku rindu medan itu. Aku tahu, akhawat silih berganti, mad'u datang dan pergi (habis belajar masing2 akan balik negeri masing2). Tapi aku nak duduk sana nanti. Kenapa aku menentang arus? Sebab aku rasa hidup aku kat situ. Kenapa Terengganu? Sebab jiwa aku kat situ. Kenapa tak duduk rumah dan teruskan saja tugas dakwah dan tarbiyah? Sebab....kalau tak aku ke sana, siapa lagi??? In short, it's because of Allah. Aku nak dekat dengan Allah dan aku rasa tempat tu yang paling sesuai untuk aku beramal untuk redha-Nya. 

Aku masih mencari erti hidup, hidup dalam redha Ilahi....


HTAR, 8th March 2013

1 comments:

  1. pohonlah pada Allah moga memberi yang terbaik. kita hanya merancang, dan Allah sebaik2 dan sehebat2 perancang. :)

    ReplyDelete