Bismillah wa Alhamdulillah
Selawat dan salam selalu tercurah buat junjungan mulia s.a.w, ahli bait,para sahabat dan seluruh umat Islam.
Alhamdulillah semalam terisi dengan aktiviti menarik lg berfaedah dan moga Allah meredhainya,Insya-Allah. Menyertai Hari Keluarga ISMA Terengganu buat kali pertama memberikan pengalaman yang cukup berharga buat diri. Walaupun x dapat menikmati keseronokan bersama akhawat, tp pengalaman m’handle game buat peserta NAZIM amat bermakna. Ternyata, menjaga anak-anak kecil bukanlah satu amanah yang mudah. Itu x sampai 3 jam. Jika difikirkan pengorbanan mama jaga ana sejak kecil, tentu lebih berat. Perangai da la,aish, xtaw nak kata camne. Mama, forgive me please with what I’ve done to you. May Allah give you His mercy with all your good deeds to me. Love you mama!
Ok, sampai situ je, ana xla nak bercerita sangat tentang Hari Keluarga ni, apa yang lebih menarik untuk dikongsi ialah tentang bahan bacaan minggu ni. Actually, baru baca introduction. Tapi nak kata buku ni best, intro pun dah banyak input menarik, bagus x? Awat x bagusnya klu penulis pun bukan calang2 orang. Buku(pdf je) yang ana baca ialah Fiqh Keutamaan karya Yusuf Qardawi.
Allah meletakkan sejumlah perkara mengenai amal, nilai dan kewajipan di hadapan kita, antaranya:
"Shalat berjemaah itu lebih utama daripada shalat sendirin; dengan kelebihan sebanyak 27 tingkatan" (riwayat Muttafaq 'alaih dari Ibn Umar)
"Berjaga dalam jihad selama sehari semalam lebih baik daripada berpuasa dan qiamullail selama sebulan" (riwayat oleh Ahmad, Tirmidzi, dari Salman dan Ahmad bin Abdullah bin 'Amr)
Ada juga penjelasan mengenai perbuatan buruk, dengan berbagai tingkat perbezaanya di sisi Allah. Antaranya:
"Satu dirham barang riba yang dimakan oleh seseorang, dan dia mengetahui bahawa itu adalah riba, maka dosa itu lebih berat di sisi Allah daripada 36 kali zina" (riwayat oleh Ahmad, Thabrani dari Abdullah bin Hanzalah)
"Sesuatu yang paling buruk yang ada dalam diri seseorang ialah sifat kedekut yang amat berat, dan sifat pengecut" (riwayat oleh al-Bukhari)
"Manusia yang dianggap sebagai pencuri paling ulung ialah orang yang mencuri shalatnya, tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya; sedangkan manusia yang paling kikir ialah orang yang paling enggan mengucapkan salam" (riwayat oleh Thabrani dari Abdullah bin Maghfal)
Oleh itu, marilah sama2 kita menilai dan menganalisis diri, moga kita tingkatkan prestasi amal kita, insya-Allah
"Manusia yang dianggap sebagai pencuri paling ulung ialah orang yang mencuri shalatnya, tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya; sedangkan manusia yang paling kikir ialah orang yang paling enggan mengucapkan salam" (riwayat oleh Thabrani dari Abdullah bin Maghfal)
Oleh itu, marilah sama2 kita menilai dan menganalisis diri, moga kita tingkatkan prestasi amal kita, insya-Allah
0 comments:
Post a Comment