Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, September 2, 2015

Jangan Dipaksa Takdir Itu

Takdir,
Suatu perkara yang tak perlu dirunsingkan,
Sudah tertulis kalam takdir itu, sejak azali,
Suatu kepastian yang harus dilalui, didepani, dirasai.

Takdir,
Adakalanya menyenangkan, adakala sebaliknya,
Ada ketika rasa bahagia, ada ketika bersulam duka,
Saat takdir tiba.

Takdir,
Kehidupan, kematian, jodoh pertemuan, rezeki di tangan,
Semua itu takdir.

Indah penerimaan takdir itu, dengan kesyukuran,
Kepada yang memberi takdir, Tuhan sekalian alam,
Ambil apa sahaja yang diberi,
Suka duka, bahagia, kecewa,
Ambil dan syukurilah.

Andai tidak kena dengan jiwa, tidak setara dengan yang diminta, janganlah dipaksa,
Ya, jangan dipaksa takdir itu,
Kerana itulah takdir terbaik buatmu :')