Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, December 30, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam tak pernah lupa diucapkan kepada Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, ahli bait, dan seluruh umat Islam yg x jemu menegakkan kalimah tauhid.

Alhamdulilah alhamdulillah, alhamdulillah...

Gembira sungguh rasanya dengan kejayaan ni. First, Malaysia menang piala Suzuki! walaupun x terlibat secara langsung, tp tempias kejayaan tu terasa ke hati dan sanubari.ceh3x....

Kegembiraan kedua yang lebih penting dan bermakna, hari ni result sem 3 keluar!!!!Owh, setelah sekian lama menunggu, sekian banyak kali bertemu Nemo yang cumil, dan sekian banyak kali juga berasa geram dijiwa bila melihat status keputusan peperiksaan dikunci. Akhirnya, kluar jugak result nih. Alhamdulillah, segala kerisauan terlerai bila dah taw result. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah dengan pertolongan-Mu. Result semakin meningkat. Moga2, berita baik ni akan berterusan sampai grad. Amin ya Rabb...

Teringat sem lepas, sem yg amat memenatkan. Menguji fizikal, mental dan spiritual ! ceh3x. Mana taknye, kelas sampai malam. Dalam seminggu 3x kelas malam. Then, masak2 sampai setengah hari, masuk lab lg, and banyak lagi la aktivitinye. Pendek kata, macam-macam ada... Tu x masuk lg ngan aktiviti surau dan halaqah. Alhamdulillah, semuanya berlalu dengan baik. Terasa pertolongan Allah sentiasa. Mungkin ni lah yg dikatakan, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita =). Masa kat skolah dulu, ade senior yg dah kluar skola, dia datang bagi pesanan untuk juniors, ingat lagi kata2 dia, lebih kurang macam ni lah, "Pelik x abang yang amik medic boleh ada masa nak g sana sini berdakwah, sebab abg pegang kata2 ni, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita". Start dari hari tu, mmg x penah lupa lah. (^_^)

Okla, sampai cni saja, insya-Allah, ada brita best lg akan dikongsi kemudian

Wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Speak in Front of Public. KENAPA TAKUT???

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat, dan seluruh umat Islam amnya.

Alhamdulillah, dah 2 hari berehat d rumah selepas seminggu mengerah tenaga dengan aktiviti d Kuala Gula dan bengkel Public Speaking. Actually, bukanlah bengkel sangat (adalah LDK tp x banyak), it's more to a course. Di Kuala Gula memang agak penat, tapi untuk kursus selepas tu x la penat sangat. Why not? Kursus pun kat hotel, FREE pulak tu. Kursus free, makan free, bilik free. Alhamdulillah... Thanks kakcik for inviting me to this course (^_^)!

Dalam kursus ni, kami diajar cara communicate dengan orang luar. x la practical sangat, penceramah banyak cerita pengalaman dia. He shared many good stories. N dia ada tunjuk banyak video. Salah satu video dia, video motivasi, entitled "life is like a cup of coffee". Ya, sometimes, kita lebih mementingkan 'perhiasan' kehidupan daripada mengutamakan nilai kehidupan tu sendiri. Sibuk tengok org lain ada kereta besar, kita pun tension sebab x ada kereta besar, tengok orang ada duit banyak, kita tension coz duit kita cukup2 je, banyak lagi la apa yang orang ada buat kita tension. Now, let's change our mind! Berpuas hatilah dengan apa yang kita ada. Let's treasure this great life Allah gives us. We should happy with what people have n we should even more happy with what we have! Insya-Allah, hidup akan lebih tenang, dan akan rasa syukur sentiasa.


Untuk public speaking, act sama je dengan kursus2 public speaking yg lain, dia terang macam mana nak kawal rasa gugup depan orang ramai, persediaan sebelum public speaking n lain2, just da same. For me, it's just to improve my knowledge n increase my experience. Untuk menjadi seorang pemidato yang hebat BUKAN MUDAH, tapi TAK MUSTAHIL! (^_^)
Saturday, December 25, 2010

Cameron & Kuala Gula

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat Rasulullah tercinta, ahli keluarga baginda, para sahabat, dan seluruh umat islam yang teguh memperjuangkan kalimah Allah d bumi.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik ke Kuala Gula selamat tanpa ada kesesakan or anything yang mengganggu emosi dan fikiran, gitulah...

Selasa:

Pagi2 dah bersiap dari kl menuju ipoh, on da way tu dapat tau air dah pasang d Kuala Gula, jadinya, x dapatlah nak record kehadiran n perlakuan burung (kakcik wat research ttg burung botak kecil- spesisi bangau). Jadinya, kami amik keputusan untuk bersiar-siar menuju ke Cameron Highlands. Sampai atas adik muntah2, pity her :(. Actually, mahu ke ladang teh BOH tapi x jumpa. :). So, berenti kat gerai tepi2 jalan je. First station, g Kok Lim Strawberi Farm. x lama pun, turun bli eskrem originally from fresh fruits and tanpa bahan pengawet! Sedap! I really love passion fruit ice-cream, hope to taste it again (^_^). And then, truskan perjalanan ke Strawberi Farm dekat Federal House, dengan harapan nak petik buah strawberi (mata sudah bersinar-sinar). Unluckily, skrang bukan musim plucking strawberi, jadi jenguk2 jela strawberi tu dari luar. Then. kami ke Bharat Tea Restaurant kot. Ada ladang teh, tp x sebesar ladang BOH. After that, g bli postcards n send to mama n abah n friends. Then, kami ke pasar harian, bli buah n sayur. Overnight d rumah umah in Simpang Pulai, tp opah xde, die d kl. Jd tinggal acek n pakcik je. Malam tu pakcik bawa kami makan steamboat d Johnny's. NICE!!!

Rabu:

Ba'da Subuh, menuju ke Kuala Gula. Cuaca baik, pagi x hujan. On da way tu, kami nampak pelangi double. Subhanallah, cantik! Sampai d Kuala Gula, disambut oleh bangau2 putih yang sedang berehat d gigi air. Cute! Then, stay for 2 hours tengok behavior burung. After that, makan d restoran terapung. Goyang2 restoran tu bila kene ombak (when bot lalu). Then, berehat kejap tuk solat jama' n lepas tu, kami g tengok sawah padi. Orang sedang menuai padi.

Khamis:

Same as before, after breakfast g tengok burung. Tp kali ni lebih dekat. Pegi naik bot kat tempat burung tu. Turun bot untuk amik tanah for sampling. Abis tenggelam kaki, coz tanah berlumpur. Rasa macam mandi lumpur pulak. Memang menguji ketahanan fizikal n mental. X boleh berhenti kat satu tempat lama2, nanti kaki makin tenggelam. Need high stamina. Heartbeat laju macam orang tengah lari. Bagus jugak, mengajar kita untuk lebih bersabar n relax. Da'i x boleh takut =). Then, abis sampling, lunch d Restoran Terapung n packing barang. Singgah rumah opah kejap, dinner n balik kl.

Really nice and amazing experience, hope to follow kakcik again, coz kakcik will b there every month. Tp dapat ikut skali ni pun dah satisfied =). Thanks kakcik for invinting me, thanks kak nisaa' (kawan kakcik) banyak belanja kami, thanks adik for helping me. Thanks Allah for destined this for me (^_^).

=> Mama n abah pun udah selamat pergi n balik dari Terengganu. Alhamdulillah

Strawberry Farm

Sedap mata memandang-tapi hanya memandang (-_-)

 Bharat Tea Farm

Pelangi double (Nampak x?)

Welcoming Bangau

Sawah Luas Terbentang

Burung Botak Kecil

Like Mini Museum

Walking on shells
Monday, December 20, 2010

Musafir Mengajar Kita Berfikir

Bismillah wa Alhamdulillah

Selawat dan salam buat kekasih Allah, Rasulullah s.a.w., buat keluarga kita, sahabat baginda dan juga seluruh umat Islam yang masih lagi teguh berpegang pada kalimah lailahaillallah…

Teringat blog sahabiah ana yang pernah post tentang musafirnya, dengan lagu Hikmah Kembara yang diselitkan pada post tersebut, dan sekarang, Alhamdulillah giliran ana untuk bermusafir. Insya-Allah, moga Allah redhai perjalanan ini.Amin…

Ana sedang menulis post ini di dalam kereta menuju ke KL. Bersama ana, 2 kakak ana juga seorang ukhti saghirah (adik). Tujuannya, mahu teman kakak ke Kuala Gula, Perak esok, Insya-Allah, mungkin untuk sampling. Ketika ini, teringat mama d rumah. Hari Rabu, mama, abah dan dila akan ke Terengganu untuk menziarahi atuk saudara kami. Hari tu (lama da) atuk jatuh n masuk hospital. Tapi x ziarah lagi, jd hari Rabun nanti baru ke sana. Hurm, nape ye hati ni tiba-tiba berat. Bukan skrang baru tiba-tiba, kat umah lagi rasa camtu. Mula2 ok je, ikut kakcik, n kemas la barang2 nak g, dalam siap2, tiba2 adik kata nak ikut kami, ana jadi pelik, eh, nape? Sebelum ni adik nak ikut mama, so, bolela ana ikut ke kuala gula teman kakcik. Tp, bila adik kata nak ikut jugak, ana jadi berat nak ikut kakcik. Tp dalam berat tu ikut jugak. Kesian mama, x teman dia L. Nape ye hati ni rasa berat je. Ya Allah, jauhkanlah kami dari sebarang perkara yang tidak baik sama ada yang Nampak atau tidak.Amin… Moga2 dua2 perjalanan pun selamat. N lepas balik dari Kuala Gula, insya-Allah ada bengkel Public Speaking d KL. Mau tambah ilmu! J. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Insya-Allah,moga2 begitulah. Para pembaca blog yang budiman. Doakan ana ya. Insya-Allah, aka nana kongsikan pengalaman ke Kuala Gula juga pengalaman d seminar nanti. Insya-Allah…   
Sunday, December 19, 2010

Adakah Aku Mengimpikannya???

Bismillah wa alhamdulillah


Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., keluarga, sahabat, dan seluruh umat Islam.


At first x taw nak post apa hari ni. Fikir2 nak post tentang aktiviti2 sepanjang hari ni, tp sedang rancak membuka blog akhawat dan ikhwah (kira aktiviti hari ni jugaklah kan), terjumpa antara 'main issue' dalam hidup. Bab NIKAH & POLIGAMI. Haih, x taw la nape cuti2 ni asyik fikir ke arah tu. Sedang banyak lagi yang perlu diutamakan, dakwah, followers (bukan follower blog ye tp org2 yang di follow up (^_^)), study, kerja lagi, kumpul2 duit, banyak la lagi boleh fikir selain hal penting ni. Ia memang IMPORTANT tp wat masa ni NOT URGENT!


Ana tak pandai la nak menulis dengan masukan2 yang mantop2 macam akhawat dan ikhwah lain. Tp ana cuba ekspresi kata hati sendiri. Biarlah org nak kata ikutkan hati mati ke ape, cuma nak berkongsi =). Tentang nikah, ya, siapa x nak menikah lebih2 lagi menikah dengan ikhwah. Ada tujuan yang sama, matlamat sama (sama la tu tujuan n matlamat), tahu tugas masing2 dalam dakwah, kontribusinya, pengorbanan yang x mungkin dapat difahami oleh org2 sekeliling tentang tugas dakwah yang dipikul. First, tentang pasangan satu jemaah, hurm, seandainya Allah mentakdirkan ikhwah yang sehaluan, Alhamdulillah, seandainya dari jemaah lain, ya, mengapa harus ditolak? Lainlah seandainya perlu memilih antara ikhwah dengan yang bukan ikhwah. Yang penting dapat menjadi sayap kiri (betulkan sayap kiri?) pada ikhwah itu, bantu dia dalam menggencarkan dakwah, matlamatnya, bawa umat kembali pada jalan yang diredhai Allah. Itu lebih penting bagi ana. Jadi, x kisahla klu x satu jemaah pun.


 Perkara kedua yang bermain-main di fikiran, tentang poligami. Ana bukanlah orang yang mahir bab2 poligami ni, menikah aja belum! Haih~. Pengalaman dekat tu ada. Ada sorang pakcik kahwin 2. Tp x pernah la pulak tengok wife no 2 dia. N x tawla macam mana kehidupan diorang keseluruhannya. Tp, kenapa ya hati ni begitu tertarik dengan isu poligami? Satu perasaan yang, ntah, x pernah ada dalam hati ni membenci poligami. Mungkin sebab perkara2 berikut:


1) Ada seorang ukht tunjuk ustaz sekolah dia berpoligami. Yang menariknya, ustazah tu yang suruh suaminya tu (diorang satu sekolah) menikah lagi. Wah, bahagianya! Dan ustaz tu lebih mencintai isteri pertamanya (ni crita dari kawan ana yang satu sekolah dengan akhwat ni, mean, dua orang crita pasal ustaz yang sama). Ukht ni crita ustaz tu slalu puji ustazah dalam kelas. Dia kata kalau suami puji isteri depan orang lain, tu maknanya isteri dia isteri yang solehah. N ukht ni buka facebook ustazah tu. Tengok gambar dia ngan madu dia, wah!!! So sweet!!! Madu itu bukan hempedu la. Sangat comel sekali. Nampak sangat bahagia. Buat ana tertarik dengan poligami. (tiba2 malu sendiri-haih~)(*_*)


2) Ana baca novel tentang memartabatkan poligami. Novel karangan Blackrock @ Fajar Agustanto. Novel bertajuk 'Aku Menggugat Akhwat dan Ikhwan' juga novel 'Bidadari untuk Ikhwan'. Ala, crita yang sama kan penulisnya juga sama. Cuma satu novel crita bagi pihak ikhwahnya (Khalid) and satu novel lagi bagi pihak akhwatnya (Farah). Dalam novel tu, Farah sangat memartabatkan poligami, dan menyelesaikan persoalan2 tentang poligami. Dalam novel tu, ada satu watak ni mengagumi Farah sebab susah nak jumpa org yang memartabatkan poligami tu dari kaum wanita. Tapi Farah wat article tentang memartabatkan poligami. Selalunya yang lebih suka tulis article pasal poligami adalah pihak lelaki. (Memangla boleh kan Farah tu sokong, dia maya, sebab penulisnya lelaki kan, hurm...). Tapi, ha, ni betul2 statement dari kaum hawa. Eh, ana x kisahlah kalau dimadukan (ops~)!. Oh, begitu berterus terang skali. Mana taknya, dengan memikirkan kaum hawa yang semakin betambah-tambah (anak2 buah ana pun, walaupun baru 2 tp dua2 perempuan). Nah, kan. Itu sudah takdirnya Allah. Masa kini, kaum wanita lebih ramai dari lelaki. Lalu, seandainya semua kaum lelaki menikah dengan seorang wanita saja, baki2nya gimana? Aduh, kesian. Kalau kita di antara baki2 itu gimana??? Aduh, lagi kasihan (-_-)*! Nah, jadi, ah, x kisahlah orang keliling nak kata apa, dizalimi ke ape ke, ana tetap tak kisah! TITIK!!! Bolehla cakap kan, x merasa. Hurm, nikah ni bukan main rasa2 la, ni soal dunia akhirat ni. Soal bawa ke syurga ni. Siapa mahu mengheret ahli keluarganya ke neraka. Ana suka bait2 ayat dari novel di atas, tentang keadilan bila berpoligami. Ayatnya, " Jika ada yang mengatakan tidak pernah bisa adil seorang laki2 yang berpoligami, seharusnya, ungkapan itu dibalikkan. Jadi, tidak pernah bisa adil laki-laki yang tidak berpoligami. Kerana, nyata-nyata poligami itulah yang menjadikan suami itu apa adil atau tidak". Ayat yang sangat bermakna!.


Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
[Q.S. An-Nisaa’, 4:3]


Nah kan, ayat Allah juga membuktikannya. Macam mana nak tahu adil ke x kalau menikah dengan seorang je? Owh, diri ini telah berfikiran jauh. Mahu fikir hal dekat-dekat pula. Sebarang masukan dialu-alukan. Sebarang bantahan, bantahla, ana tetap dengan pendiriannya. Andai Allah mentakdirkan ana satu-satunya zaujahnya dia (siapa?), ana terima. Dan andai Allah menjadikan ana antara zaujah2nya (siapa?) juga ana terima, insya-Allah...


Sekian, bingkisan hati ana buat siapa2 yang mahu menghayatinya. Wassalam...

Sweetnye!!!

Ni lagi sweet!!!

Friday, December 17, 2010

Penangan KCB

Bismillah wa Alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli keluarga , para sahabat dan seluruh umat Islam.

Terima kasih Allah, buat ku bisa menghirup udara-Mu

Terima kasih Allah beri aku menikmati mungkin hanya sekecil biji sawi daripada limpahan cinta kurniaan-Mu tp ku rasakn nikmatnya sungguh besar

Terima kasih Allah buat segalanya yang telah Kau tetapkan buatku, perjalanan takdirku, hidup matiku, jodohku

Terima kasih Allah…

Owh, puitisnye…Cuba2 je tu. Ni la penangan lepas tengok filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) part 1. Tengok azzam dapat surat Husna nangis, tengok azzam lulus kuliah nangis, tengok anna lulus thesis nangis, tengok Tiara x nikah sama Fadhil nangis, tengok Furqan ditimpa musibah nangis, tengok Husna crita pasal Azzam kat Anna nangis, n yang paling eh, pelikla tp nak wat camne airmata ni nak kuar, bila tengok mak Husna jumpa Anna, itu pun nak nangis.Haih….Penangan betul filem ni. X sama rasenye ngan Ayat2 Cinta. Jauh bezanya. Mungkin kerana para pelakonnya yang menjaga hubungan dengan Allah, sehingga lakonan diorang tertusuk sampai ke lubuk hati, ceh3x, tp betul! Susah nak jumpa filem macam ni. Banyak je filem cinta base Islami tp KCB lain. Betul!!! Yelah kan, ini kan filem dakwah. Nah, mestilah pelakon2nya org2 yang berkesungguhan untuk sampaikan dakwah. Tengok audition pemilihan pelakon pun sangat menakjubkan. Sampai sujud syukur bila terpilih jadi pelakon filem ni. Mane bole pilih org yang xde hati nak sampaikan dakwah berlakon filem dakwah, kan bercanggah tu. Mungkin ini antara faktor filem ni sangat menusuk kalbu. Ya, kesan yang mendalam tu mungkin juga terpancar oleh kerana niat suci para pelakonnya. Skripnya pun terkesan pd hati. Antara skrip2 yang ngetop:

“ Prinsip hidup saya berdasarkan al-Quran & hadis, dalam agama kita, masalah kesucian itu sangat diutamakan. Nah, itu terbukti kenapa pelajaran pertama dalam buku2 fiqih adalah ‘Thaharah’, tentang bersuci. Agar penganutnya menjaga kesucian lahir maupun batin. Di antara kesucian2 yang dijaga adalah kesucian di antara hubungan pria & wanita. Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya, berarti kan saya telah menodai kesucian saya sendiri, dan juga menodai kesucian wanita itu kan..” (kata Azzam pada Eliana)

“ Memilih pasangan hidup, bagai menentukan masa depan kita, juga akhirat kita, jadi harus cermat dan penuh pertimbangan” (kata sorang sahabiah Anna)

“ Itsar, mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah atau dalam hal ibadah, itu hukumnya makruh! Kalau mengutamakan orang lain untuk selain ibadah itu sangat dianjurkan!" (kata Azzam pada Fadhil)

Insya-Allah pasni sambung KCB part 2, buat mengutip input2 bernas, bekalan hidup menuju redha Allah =)


Thursday, December 16, 2010

Mutabaah Amal

Bismillah wa alhamdulillah

Tak lupa selawat serta salam buat junjungan tercinta(malunya mengaku mencintai baginda(-_-)!), Rasulullah s.a.w., buat ahlul bait, para sahabat dan seluruh umat islam yang masih teguh berpegang pada kalimah tauhid Lailahaillallah.

Sebelum proceed kpd tajuk pembentangan, ceh2, nak crita skit tentang perasaan kucar- kacir hari ni. Hurm, kerana mindset hari ni result final keluar, punya la excited log in My Nemo dari pagi, blum masuk waktu pejabat pun lg. Tunggu punya tunggu sampai penat da nak tunggu, xde pun! maka log out la. Tiba2 dapat msg dari sahabiah, lebih kurang gini ayatnye, "salam, alhamdulillah ana lulus!" Eh??? Da kuar result??? Haih, da la baru shut down laptop kenela bukak balik. bila log in My Nemo (dengan kaki yang da sejuk2, jantung berdebar pun bole terasa) tengok2, NOTHING HAPPENED!!! Adoi, rupenye die bgtaw yang die lulus ujian memandu. Ish3x, anyway congrats ya nur amanina!

Ok, crita jiwa kucar- kacir da tamat. Now, nak crita tentang MUTABAAH AMAL.Apakah??? Pernah dengar? xpernah? Pernah tp x paham@ xtaw??? Act, mutabaah amal ni amalan2 yang sunat dilakukan setiap hari =). Juga sunnah Rasulullah! Mau jadi umat Rasulullah, maka, ikutlah apa yang Rasulullah amalkan, ok. Insya-Allah... Since masuk halaqah, first halaqah (da la xtaw pape- walaupun kat skola ada usrah, idakle awak taw bende2 mutabaah ni), dah disuruh wat mutabaah harian. Siap ade target lg. Alhamdulillah, berkat kesungguhan nak buat, capai target! Mesti ada yang cakap-ala, nanti nak penuhkan sebab nak capai target, t bila kene tnye xde la malu nak jawab- kan, kan? Hurm, mutabaah...Buat rasa dekat dengan Allah, klu dulu slalu sebut nama hamba-Nya lg banyak dari sebut nama Dia, tp bila amalkan mutabaah nama Allah banyak sebut, hati banyak ingat Allah. Alhamdulillah. Tentang mindset tu, kadang2 trasa gak, eh2, rini x abis 1 juz lg, eh2, rini istighfar x ckup 100 g. Pastu buatlah...For me, it's ok! Lantakla klu nak kate sebab just nak capai target ke ape, yang penting HATI ni,understand!!! HATI ni rasa nak buat, HATI ni rasa x selesa klu x xpenuh, HATI ni rasa kosong klu tertinggal satu amalan, semuanya berbalik pd HATI. Pernah je istighfar xckup, or tilawah x sampai 1 juz, tp as long as HATI (hati lagi ye) ni sentiasa ingat kat Allah, it's ok! Teruskan usaha. Buat selagi daya. Jangan paksa diri, tp jangan terlalu manjakan diri sampai amalan yang sebenarnya mampu buat, tp x terlawan dek nafsu yang nak berehat.(faham ke?). Ya, kadang2 rasa berat sangat kan nak buat, tp lawanla skit rasa manja-manji tu. Pernah dengar x, "Penat dalam berbuat kebaikan, penat tu akan hilang tp pahala kebaikan xkan hilang, suka wat kejahatan, suka akan hilang, tp dosa tu xkan hilang (melainkan yang Allah da ampunkan)". Jadi, bersusah-susah dahulu...taw da la kan sambungannye. Kita bersenang di akhirat nak x? =)

Ok, tu intro! hehe, Juz tuk suai kenal ngan mutabaah. Now, nak story bout mutabaah harian yang insya-Allah, bole diamalkan (klu ada tambahan lg baik-ikut kemampuan diri la kan). Buat masa ni, mutabaah yang diperkenalkan pd ana ialah tilawah, dhuha, qiamullail,istighfar, selawat, subuh jemaah, puasa sunat, bacaan ilmiah, dan yang terbaru solat sunat rawatib.


Tilawah Quran


Tilawah ni beserta tadabbur (mean, baca makna skali), tp kadang2 x baca pun, haih...tp xpe, yang penting baca! Jgn tinggal walau sehari ye. klu bz sgt pun satu helai ke satu muka ke jadilah. Buat masa ni, target sehari 1 juz. Banyak??? Hurm ,banyak ke? hehe, 10 helai@20m/s. nampak banyak kan.uh, cane ni??? Jangan risau, ade cara mudah nak capai satu juz. =)


5 waktu solat = 10 helai

So, 1 waktu solat baca 2 helai/ 4 mukasurat. kejap je, x lama pun.Cubalah!

Dhuha

Solat sunat dhuha, buat waktu dhuha! ngee ;). Waktunya panjang, searchla mana2 sumber yang sahih ye. Insya-Allah, banyak hikmah n kelebihan yang dapat bila amalkan solat sunat ni. Hati pun tenang je. Kadang2, bila tertidur, waktu dhuha mesti terjaga, bila nak tido balik, mata x mau pejam lagi. Terasa macam nak sangat bangun n solat. Penah je tertinggal, satu hari tu rasa xbermaya, jiwa rasa kosong, ceh2..tp betul, x tipu punye! Senang je, paling kurang solat 2 rakaat. abis, kejap je kan. Cubalah!

Qiamullail 

This is the best moment to meet Allah! I really love this moment. Best sgt2! Dapat cerita pd Allah semua yang kita alami, kita hadapi, kita rasa, macam kita crita2 ngan orang, tp ni kita crita kat Allah. Walaupun Allah mmg tahu tp Allah suka dengar kita merintih pd-Nya, puji2 Allah, rayu2 pd Allah. Klu rasa macam, eh, nak ckp ape ni, teringat plak kisah2 lame, dosa2 lame, crita2 lagi benda yang sama. Pastu nangis2. BEST!!! Lepas nangis, relief sangat. Rasa beban da hilang, macam dapat pelukan Allah, walaupun Allah x kelihatan, Allah sangat dekat! Paling best bila dapat dengar ayam berkokok masa qiam. Kawan kata, klu ayam berkokok, maknanya dia nampak malaikat. Wah! Masa yang ditunggu-tunggu! Kehadiran malaikat menyaksikan pertemuan hening antara manusia dengan Sang Pencipta. Tenang rasanya. Cubalah!

Istighfar

Boleh dilakukan bila2 masa. Lepas solat bole, terpandang org wat maksiat cepat2 istighfar, tetiba rasa nak wat maksiat cepat2 istighfar, bila2 la. Bila on da way nak g kelas, jalan kaki kan, ha, istighfar lagi, sambil menikmati pemandangan yang indah, yela, U dekat ngan laut. hehe, g kelas macam nak g picnic, hihi. Rasullulah pun beristighfar 100x. Itu dah dijamin masuk syurga, KITA??? Astaghfirullah...Malulah x cukup, tp aku insan biasa, nan lemah, kadang2 kemalasan, keberatan mulut merajai. Yang penting x tinggal! Cubalah!

Subuh berjemaah

Kadang2 senang, kadang2 susah. Kat u mungkinlah, dah biasa, tp kat rumah solat sendiri je =(. Klu dapat alhamdulillah. Cubalah!

Puasa sunat

Puasa sunat bila-bila pun bole kecuali pada hari2 yang diharamkan (maklumat lanjut, search sumber yang sahih dan boleh dipercayai). Bila puasa sunat, niat nak wat jahat pun hilang. Oksigen banyak digunakan di otak, oleh kerana sedikit je makanan yang nak dihadam, jd, gune oksigen skit untuk hadam lebih ada kat otak, jd, senang nak menghafal. Insya-Allah. Paling2 pun puasa 1 hari seminggu. Cubalah!

Bacaan ilmiah

Bacaan ilmiah ni banyak la kan, fiqah ke, sirah ke, haraki ke, ape2 saje. Tp janganlah komik jopun @ majalah2 ujang ke apo ke...Fahamlah kan, bacaan ilmiah...tepatnya islami. Bacalah!

Solat sunat rawatib

Klu subuh, [solat sunat sebelumnya], zohor, [sbelum n selepas], asar, [sebelum], maghrib [selepas], isyak, [sebelum n selepas]. Solat ni insya-Allah, untuk menampal kecacatan pd solat wajib. Yela, kadang2 hati ni x sepenuh khusyuk kan. Insya-Allah solat ni dapat bantu baikinya. Kalau solat sunat sebelum subuh, solat sunat tu lebih baik dari dunia dan seisinya. Bayangkanlah, kita dapat lebih dari dunia dan isi-isinya nih! WOW, WOW, WOW!!! Rasulullah bersabda, seandainya manusia tahu tentang kebaikan solat sunat sebelum subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak! maaf ya x tahu riwayat siapa. Tp ianya sahih, yang pasti. Dah tu, nak merangkak dalam selimut lg? x mau dunia dan seisinya bahkan lebih??? hehe. Cubalah!

Hah, abis da serba sedikit tentang amalan2nya. Di sini ada disertakan link tentang cara nak rekod mutabaah siap ngan jadualnya lg. Credit tu de creator(x tawla sape)! Akhir kalam, selamat bermujahadah & selamat beramal! (^_^)






Antara Dua


Bismillah wa alhamdulillah

Sholwat 'ala nabi s.a.w, wa 'ala alihi wa shahbihi wasallim...

Ini video dari ismamesir. Subhanallah, bagus isinya. Antara cara2 ana ditarbiyah ada dalam vid ni, that makes me feel so close to this vid! n the most important msg here is '10 muwasafat tarbiyah'. dalam vid ni x sebut muwasafat tarbiyah @ ciri2 tarbiyah tp ada dalam scene bila salman tanya ustaz apa ciri2 peribadi muslim???Haa, tula muwasafat tarbiyah!!!

10 Muwasafat Tarbiyah

1) Salimun akidah-Akidah yang sejahtera

2) Sahihul ibadah- Ibadah yang benar

3) Qawiyyul jism- Sihat tubuh badan

4) Matinul khuluk- Akhlak yang baik

5) Mutsaqqafal Fikri- Luas pengetahuan

6) Qadirun ala Kasbi- Berdikari

7) Mujahadah ala Nafsi- Berjihad (sungguh2) lawan hawa nafsu

8) Haarithun ala Waqtihi- Menjaga waktu

9) Munazzamun fi Syu'unihi- Tersusun urusannya

10) Nafi'un li Ghairihi- Bermanfaat pada orang lain

Haa,ni lah ciri2 peribadi muslim. Insya-Allah sedang berusaha dalam melengkapi semuanya, at the same time, ajak org lain untuk sama2 merasai nikmat tarbiyah =)



Wednesday, December 15, 2010

Puasa Menghapus Dosa

Bismillah wa alhamdulillah...

Sholawatu 'ala Rasululillah s.a.w, wa 'ala alihi wa shahbihi wasallim...

Bersyukur sangat3x ya ari ni, dapat lagi hirup udara yang segar, jari lancar menaip, walaupun siku sakit kerana menahan diri yang terjatuh tergelincir! huhu. harap ada dosa yang terhapus, insya-Allah. Yela kan, sakit tu kan penghapus dosa slagi kita x mengeluh rite! ngee ;)

Bercakap tentang dosa, (yela, xde sorang pun dapat lari dari melakukan dosa, rite?), ana ingin kongsi hadis Rasulullah tentang puasa pd 9 Muharram (hari ni) dan 10 Muharram (esok).

Nabi s.a.w pernah bersabda, " jika sekiranya aku masih hidup sampai tahun yang akan datang, nescaya aku berpuasa pada hari ke 9 itu." (Hadis riwayat Imam Muslim drpd Ibn Abbas radhiallahuanhuma)

Nabi s.a.w. pernah ditanya orang tentang puasa 'Asyura, lalu baginda s.a.w. bersabda, " Puasa (pd hari itu) ialah sebagai menutup dosa setahun lalu" (Hadis riwayat Muslim drpd Abi Qatadah radhiallahuanhuma)

Nah, siapa x nak kan dosa yang selama setahun dihapuskan. It's just a simple math:
1 day fasting = A year forgiven sins! WOW!!! Jadi, yuk dong, rebut peluang keemasan ni! Siapa yang puasa sunat hari ni, barakallahulakum (berkat Allah buat kamu), siapa yang Allah beri kesempatan untuk hidup esok, jom kita meriahkan hari dengan berpuasa! Insya-Allah...

Ha, puasa jugak dapat hilangkan stress =)

Nuha Firzanah bt. Muhammad Hilmi




Nak tambah skit, esok = khamis= 10 muharram 1432h = Birthday my beloved niece!!!! Happy 2nd Birthday kaklong!!!sayang bangat sama kaklong! Balik la umah opah slalu =)


Tuesday, December 14, 2010

Terima Kasih Allah (^-^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillahirabbil 'alamin, sholawatuwassalam 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wa sahbihi wasallim...

Astaghfirullah3x

Terima kasihku panjatkan pd Tuhan semesta alam, yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap kata hati hamba-Nya. Ya Allah, pengalaman yang menakjubkan, baru saja doa, terlintas jwpnnya, terus dapat apa yang diingini! Alhamdulillah, moga Allah melindungiku dan sentiasa melindungiku daripada bisikan syaitan yang direjam. Bisikan yang senantiasa buat diri ini rasa was2. Alhamdulillah, amalan al-Mathurat insya-Allah berkesan. Dalam al-Mathurat kan ada amalkan surah an-naas. Ya! Allah Maha Melindungi =). Suka rasanya ingin berkongsi  terjemahan surah an-naas, biarlah klu korang dah taw pun...

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Aku berlindung kepada Tuhan manusia
Raja manusia
Sembahan manusia
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang tersembunyi
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia
Dari (golongan) jin dan manusia"
(an-Naas:1-6)

Sesungguhnya syaitan selalu membisikkan keraguan dalam hati anak-anak Adam. Dalam hadis sahih ada menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tiada seorangpun di antara kamu melainkan ada teman (syaitan) yang ditugaskan kepadanya. Mereka (para sahabat) bertanya, "Bagaimana dengan kamu, ya Rasulullah?". Baginda menjawab, "Ya, tetapi, Allah telah membantuku terhadapnya dan dia menerima Islam. Jadi, dia hanya menyeruku berbuat kebaikan". Ada juga 2 hadis sahih daripada Anas, yang mengkhabarkan tentang kisah Safiyyah ketika beliau datang melawat Rasulullah ketika baginda sedang beri'tikaf, baginda berjalan pulang bersama Safiyyah pulang ke rumah pada malam itu. Dalam perjalanan, 2 sahabat dari golongan Ansar terserempak dengan baginda. Apabila mereka melihat Rasulullah, mereka mula berjalan dengan pantas. Lalu Rasulullah bersabda, "Perlahanlah, ini Safiyyah binti Huyay!" Mereka berkata, "Maha Suci Allah, ya Rasulullah". Baginda bersabda,"Sesungguhnya syaitan berada di dalam tubuh anak Adam seperti aliran darah. Dan sesungguhnya, aku takut sekiranya ia meninggalkan sesuatu di hati kamu-kejahatan".

Sa'id bin Jubayr mengkhabarkan bahawa Ibn 'Abbas berkata mengenai firman Allah (dari bisikan syaitan yang tersembunyi)," Syaitan yang tersembunyi dalam dada manusia, pabila manusia itu berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak peduli, maka ia (syaitan) berbisik kepadanya. Kemudian, bila manusia itu ingat Allah syaitan pun berundur".

Makanya, ingatlah Allah selalu, Insya-Allah, kita akan terlindung daripada bisikan syaitan. =)

Rujukan: Tafsir Ibnu Katsir

P/S: Tafsir tu in english, so, translate sendiri. klu ada mana2 ayat yang silap, mohon ya bagitau, bisa dibetulkan. =)
Monday, December 13, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang masih lagi memberikan segala-gala nikmat terutamanya nikmat iman dan islam, x lupa juga nikmat tarbiyah bagi hamba-hamba-Nya yang terpilih...

Selawat serta salam kucurahkan buat khatimul anbiya', Rasulullah s.a.w., kekasih-Nya yang terpuji, juga pemimpin umat Islam sepanjang zaman, buat keluarga baginda yakni ahlul bait, para sahabat baginda, juga seluruh umat islam yang tidak pernah lelah dan berputus asa untuk menegakkan kalimah tauhid Lailahaillallah sehingga hari kiamat, insya-Allah.

Berdebar rasanya hati nak mulakan penulisan blog. Ni bukanlah kali pertama menulis d blog. Tp blog yang sebelum ni just main2, x serius pun. Tp blog ni, Insya-Allah, dengan niat yang Insya-Allah moga2 Allah redha, ingin serius dan istiqamah untuk berkongsi dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari hari ke hari, kerana sesungguhnya setiap hari adalah hari tarbiyah juga hari dakwah, insya-Allah.

Insya-Allah, for this 'first serious blogging', hehe, ana sukacitanya ingin berkongsi serba sedikit tentang diri ana juga pengalaman hidup sehingga tersimbah@ tercurah@ terjebak dengan nikmat tarbiyah =). Ana adalah anak ke-7 pasangan Abdul Halim bin Ahmad dan Norlia bt. Abdul Rahman ( abah & mama), adik kepada Muhammad Hilmi, Ahmad Hamdi, Muhammad Husni, Nura Muna, Nura Hamida dan Ahmad Syukri, juga kakak kepada Nura Adila dan Nura Rasyida. Sembilan??? Ya! Subhanallah, sembilan semuanya :). Ana dilahirkan di Hospital Besar Seremban pd jam 3.52 pagi, 26 Disember 1990 dengan berat badan 3.72 kg(sumber-surat beranak). Ana bukanlah anak jati negoghi memandangkan mama berasal dari Perak, ipoh mali...hehehe. Ana dibesarkan di kampung, dan semestinya dalam suasana kampung tp alhamdulillah fikirannya x kuno ok, kerana kami bersekolah di pekan :). Sorry ya, bukan kata sekolah d kampung x bagus. Perkembangan otak kami alhamdulillah, bukanlah sekadar tahu kogho(kera) atau kobau(kerbau)! Insya-Allah lebih dari itu :). Mungkin juga ini adalah kejayaan dari didikan mama n abah. Abah, walaupun dibesarkan d kampung, tp abah tidaklah 'kekampungan'. Abah masih lagi menghormati org tua juga mesra dengan org luar, abah juga sangat nak kata pro boleh jugakla tentang perkembangan dunia luar! Mama pulak mmg org bandar. Jdnya, shopping itu satu kemestian! hihi. Walaupun mama org bandar, mama x kekok tinggal d kampung dan layan org kampung sebaiknya. Tahniah mama & abah! Very proud 2 b ur daughter! Thank you Allah! Sambung crita tentang ana, ana mula dengan alam persekolahan sewaktu berumur 6 tahun. Tepatnya, d Taski An-Nur Rembau, kemudian meneruskan pelajaran peringkat rendah d S.K. Undang Rembau, dan peringkat menengah, masih lagi d N9, iaitu d S.M.K.A Pedas. Stop kejap sebelum sambung tentang matrik =). Apa ye yang istimewa tentang zaman sekolah rendah dan menengah???

1) Masuk skola je, cikgu2 da kenal!!! owh...ayah awak yang pilot tu kan?(walaupun salah-abah bukan pilot!hihi) lagi, kakak awak yang menang gigi tercantik tu kan? (ni kakcik!), lagi, abg awak ahmad syukri kan?(yola...) ni skola rendah, skola menengah pun lebih kurang. Masuk2, ni generasi 'nura' ketiga! kata ustazah. dalam kelas arab plak, masa ta'aruf ustaz tanya dalam bahasa arab tp pahamla die tanya awak ada kakak nama nura muna? dengan semangatnya ana jawab YES!!! haha satu kelas gelak, pastu cakap, eh, na'am2! :) 


2) Masa sekolah rendah, mula2 masuk kelas blakang2 skit, maklumlah bukan bodoh, tapi x berapa cerdik untuk tergolong bersama pelajar-pelajar cerdik =). stat darjah 3 sampai darjah 6 barulah masuk kelas no 1. sekolah menengah plak, dari form 1 sampai form 3 kelas ke 2@ Ibnu Khaldun. Masa form 4 n form 5 kelas sains and tyme tu kelas da separate lelaki and perempuan. Jd batch ana ada 1 klas sains laki, satu klas sains perempuan and satu klas sastera campur. Batch ni ramai pindah skola. =(

3) Masa skolah rendah ana rapat ngan sorang ni, alhamdulillah sampai sekarang masih bersahabat. tp masa form 1 kitorang gaduh. ape ye puncanya??? ana pun tak ingat. Yang masih d di ingatan, masa kitorang gaduh tu ana xmo duk sebelah die lg n pindah tempat lain dalam kelas. tp masa form 2 kitorang baik, semula! tp x lg serapat dulu =(. Xpela, yang penting kitorang masih bersahabat =).

4) Masa sekolah menengah dapat ramai kawan n ada club lg! haha, biarlah kami n student2 pedas yang terlibat je yang taw. dan alhamdulillah kelab tu da lame xde tp kami masih bersahabat. Paling x lupa, hari raya baru2 ni kami dapat berkumpul bersama (jalan2 raya) walaupun ada yang x dapat join. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran pd Allah, diorang menerima transformasi ana. =)

5) Banyak sangatlah peristiwa yang istimewa zaman sekolah nanti panjang sangat penat nak baca. Stop aja deh!

Masukla zaman matrik tahun 2008/2009. Ana ditawarkan ke matrik Perak. Pilihan 1!!!Alhamdulillah dapat tempat yang diinginkan. Sebabnye??? Mau duduk sama opah! hehe. Sayang sangat kat opah! Matrik tu, walaupun org x kenal tp sebenarnya dari kakak yang pertama (tp dia tolak), kakak ke 2 n ana, semua ditawarkan  matrik yg sama! Abg pulak d sri iskandar. agak dekatlah kan. Di sinilah ana ditemukan dengan tarbiyah seterusnya transformasi pun berlaku....Bukan kata ni kali pertama kenal tarbiyah. Yela, nama pun skola agama, xkan xtaw kan? Taw, tapi buat2 x taw...Ana ni nama je skola agama, tp kat luar hurm...paham2 jela. Baju ketat, couple, dan ape2 jela yang sewaktu dengannya, bg ana biasa je. Tp yang ana pegang x tinggal solat, whatever pun!. Bila dah dihalaqahkan rasa sedih sangat. Rasa macam sia2 je masuk skola agama 5 tahun tp perangai macam budak skola biasa(maaf ya, ana tahu x semua macam tu). Tak ada bawak unsur tarbiyah pun dalam kehidupan harian. Belajar sekadar nak tahu, study untuk jawab exam, tp x amalkan! Alhamdulillah, Allah masih nak selamatkan ana =) Ana mula ditarbiyah sem2. Jdnye sem 1 wa sem 2 sangat jauh ye bezanya. Masa sem 1, biasalah elaun kan banyak @ Rm1250 per sem, so, bila weekend balik umah opah tak pun g outing. Mana lagi, x jusco, parade...Itu jela kejenye...Nak outing je, budget duit, klu ada lebih x simpan, g karaoke! Astaghfirullah...Itulah ana =(.  Tp, masa sem 2, outing jugak, tp g surau berdekatan ngan pekan, g halaqah! no more karaoke... bila kakak tanya ko outing mana? jawabnye, pekan gopeng. ada apa kat pekan gopeng??? ana senyum je...=) Bila mula transform tudung labuh, niatnya nak pakai tyme masuk U (so, bila masuk jumpa muka baru, org x kenal g, hehe), tp hati ni tiba2 nak sangat tukar tyme kat matrik, waktu tu cuti lama skit sebab apa tah, balik dari cuti bli tudung 3 helai, esoknya stat pakai. Ana ingat lagi, first class hari tu masuk lab. Bila sampai luar lab, budak2 tutor pandang plik, taw dah...Ada yang tegur "eh, nampak lain". ana jawab, "a'ah, sebab pakai tudung labuh" (lebih kurang gitulah jawapannya). Tp, yang ana kagum, x da sorang pun  bg respon negative. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Ana nak kongsi crita sorang sahabiah ana, dia pun transform kat matrik, tp responnya menyedihkan, ada yang tanya "dah brapa bulan?". Tp dia sangat kuat, alhamdulillah masih istiqamah dan yang ana kagum sangat, dengan asbab die, Allah bukakan hati kakak die untuk pakai tudung labuh. Subhanallah...

Sekarang ana belajar d Universiti Malaysia Terengganu, udah tahun 2! Alhamdulillah, juga pilihan pertama. Program Bachelor of Food Science (Food Service & Nutrition). Bila org tanya kos ape, jawab, sains makanan. owh..food tech???bukan, food service, yang masak2 tu...nampaknya ramai lagi yang x tahu kos ni =). Kata sains makanan je food tech. saja x nak amik food tech, x minat subjek fizik, tengok tajuk buku aja udah pening!hihi...Tarbiyah juga masih diteruskan, alhamdulillah, moga kekal hingga nafas terakhir, Insya-Allah...Bukan untuk ana sorang, tp juga nak family, sahabat2 yang ana sayaaaaangggg sangat, n org2 sekeliling untuk kita semua rasa dekat dengan Allah. Ya! Kerana di setiap bahu orang Islam itu terpikul tugas amar makruf dan nahi mungkar. Bukan hanya pada ustaz wa ustazah saja ya. Ana kos makanan...hehe. Dalilnya:

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu), menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah org2 yang fasik." (Surah Ali Imran: 110)

Makanya, untuk jadi umat terbaik, perlu buat itu! (amar makruf nahi mungkar), Insya-Allah, ana juga masih belajar untuk memperbaiki diri. Buat keluarga terdekat, juga keluarga besar dari n9 dan Perak, terima kasih kerana mendokong usaha ana dan ana mengharapkan doa kalian, andalah org terdekat hadiah Allah buat ana =). Buat sahabat2 (sekolah, matrik , juga UMT) yang masih setia bersama ana, sentiasa menyokong ana dengan doa dan nasihat2, jazakumullah (hanya Allah saja yang mampu membalasnya). Ana mengharapkan bimbingan dan sokongan agar tarbiyah ini terus mekar dan diredhai Allah. Moga blog ini akan berkembang dengan masukan2 yang berguna untuk kita juga generasi akan datang, Insya-Allah (budak2 pun dah pandai menaip kan...)

Ye adik2, kat dalam blog ni banyak je yang x bermanfaat tp banyak jugak yang bermanfaat... The choice is yours, buatlah pilihan yang bijak =)

Wassalam...