Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, February 23, 2011

Saat Allah Memilih Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah3x

Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam

Segala puji bagi Allah yang telah meninjamkan waktu ini untuk kerja2 yang bermanfaat, moga Allah terima setiap amalan sbg ibadah kepada-Nya. amin....

Saat Allah memilih kita
menjadi da'i da'iyah di dunia
mengajak manusia kembali kepada-Nya
siapa yang mampu menghalang?

Saat Allah memilih kita
dunia serasa kecil
akhirat di nanti-nanti 
kerana YAKIN pada dalil-Nya

" Kamu (umat Islam) adalah sebaik-baik umat, kerana kamu menyuruh pada yang ma'ruf dan mencegah pada yang mungkar dan beriman kepada Allah, seandainya Ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik(banyak melakukan dosa)."(ali-Imran: 110)

Siapa yang tidak suka
bila ada yang berkata "andalah yang terbaik!"
Siapa yang tidak suka
bila Allah berfirman " kamulah umat terbaik!"
Subhanallah

Dakwah bukanlah terlalu sukar
Senyumanmu pada yang layak menerimanya adalah dakwah
Pakaianmu adalah dakwah
Akhlakmu adalah dakwah
Kata-katamu juga dakwah
Apa sahaja tindakan yang membuatkan manusia yang melihat terus mengingati Allah
 ITULAH DAKWAH

 Sahabatku
Manusia perlukan dakwahmu
Seandainya tidak ada yang melakukannya
Bagaimana nasib manusia?

Sahabatku
Tidak mengapa seandainya engkau bukanlah seorang ulama'
Bukan juga seorang ustaz @ ustazah
Manusia perlukan peringatan darimu
Biarpun engkau seorang doktor
Mahupun seorang supir
Tiada masalah andai peringatan itu datangnya darimu
Allah Maha Tahu
Bahawa engkau melakukannya demi redha-Nya 
  Tidak perlu tunggu sehingga cukup ilmu
Bukan pula bermaksud tidak perlukan ilmu
Biarlah dakwah itu bergerak selari dengan bertambahnya ilmu

Anda Allah telah memilih, siapa kita untuk menolak?

"Sebuah bingkisan hati untuk dihayati"
Jalan dakwah adalah jalan yang panjang. Janganlah tergesa-gesa untuk mendapatkan hasilnya


Thursday, February 17, 2011

Tangisan: Satu Keperluan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...sholawatu 'alan nabi s.a.w., wa ahlihi, wa sahbihi ajmain....

16/2
Bestnye hari ni dapat belajar buat soft roll n fruit plait. Riang gembira datang kitchen awal pagi. In the beginning of making soft roll, groupmate A (bukan nama sebenar) dah buatkan dough. Dengan riangnye bawa g ferment. Several minutes later, "haih, nape dough aku x naik2 ni???" sedangkan group lain yang ferment lewat pun doughnye dah tembam (cute bah).

Then, tiba2 groupmate B (bukan nama sebenar) tanya "where's our dough???". Tanpa segan silu menjawab, "Tu kat sana, tapi kan nape dough kite x mau naik?". Dengan pantas groupmate A tabur yeast kat dough. Oh God! "Ha, lupa letak yeast ke???" Both said "shhh", sambil tangan Groupmate A laju mixkan yeast pada dough. Then, lecturer panggil utk demo seterusnye. Tyme tu Allah je yang tahu betapa tensionnye otak ni. After demo, groupmate A. "kite wat semula". Jawapan ringkas "ok". Dengan muka tension timbang barang. After that, groupmate A said, u buat dough ok, coz td lecturer suda nampak I buat. Ok, aku jadi mangsa keadaan. Dah excited buat, suruh kwn amikkan dough cutter sebab tangan dah comot ngan tepung, Then, x tawla yang disuruh pegi kemana, lab staf pun masuk n terpandang diri ini yang terkocoh-kocoh uli tepung. She asked "baru nak buat?". dengan confident jawab, "x, tp td groupmate A lupa letak yeast". Then lab staf tanya sambil tangannye slumber pukul tanganku yang sedang menguli tepung "dough cutter mane, baru je cakap td". Adoi, tension tuk kali ke 2. aku dah suruh kawan amikla, tp ntah mana dia letak telinga. aish!!!Dengan  hati yang pedih terembeslah titisan jernih yang cute miut dari mata ni, mujur x kene dough. Uli la tepung tu dengan hati yang mendung (atau mungkin hujan lebat). Sakit wo!Bila lab staf yang marah td nampak, pandai plak dia nak pujuk, ha tau takut...Seb bek aku baik, jawab elok2, "that's not my fault!". aku adalah mangsa keadaan kepada pemangsa. my groupmate.

Bile hati da reda, groupmate A dengan suara yang mendayu-dayu berkata, "i'm sorry, r u ok? i'm so worry". I'm ok rite now, nothing 2 b worried, i said. Mujur aku ni akhwat yang ditarbiyah, diajar untuk kendalikan emosi. Klu x maun die kene tengking, biar satu kitchen tau die wat salah. Alhamdulillah, trima kasih ya Allah kerana sentiasa bersamaku  dalam susah dan senang. Benarlah firman Allah, bila ingat Allah, hati jadi tenang. Memang dada da sakit, tahan nangis, supaya x semua orang sedar, tp bila ingat Allah, tensionnye x panjang. And sometimes, we need to cry to gain more oxygen, barulah fikiran akan relief. Mungkin sebelum tu dah tension dengan kerja yang menimbun, tp bila dapat menangis sekali, rasa ringan dah beban yang ditanggung.ALHAMDULILLAH 3x

Da good news is soft roll dapat full mark!
Da bad news is my soft roll dicemari oleh tangan2 cha ya nun alif. So, nggak mau makan sih (-x-)!

Cries without sounds
Friday, February 11, 2011

Ku Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji buat Sang Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah, ahli bait, para sahabat, dan seluruh umat islam.

Masya-Allah, lama sungguh blog ni terbengkalai. Asifah ye ruang blog. Tuanmu bz as a bee la skrang ni. Ni pun curi2 masa padahal banyak g hal x siap, report, tutorial tambahan, assignment, u name it!

Actually, there's a lot to tell, sepanjang hari ada crita baru. So, untuk x nak penat crita semua, mau kongsi yang best2 je sepanjang bulan 1 and awal bulan 2 nih.

1) Amik darah

Nanti ada lab untuk ujian darah,so, awal2 lg dah amik darah tuk centrifuge (mau pisahkan serum and red blood cell)

BLOOD!!!

After centrifuge
2) Pastry n bakery

Wat practical, masuk ni baru minggu ke 3. N ni hasil-hasilnya:
Waffle yang CUTE!

Banana Nut Muffin 

Scones

Banana Nut Bread (Macam roti pisang)

Choux paste -eclairs and swans

Paris brest (depan) and cream puff (belakang)

Apple pie

Egg tart

Fruit tartlets (assorted fruits)
3) G walimah d Kuala Kurau

Tahniah ukhti dayah n zauj. Barakallahulakuma (^_^)

4) Walimah lagi 

Tahniah ukhti Atifah n zauj. Barakallahulakuma. Asifah, x pat pegi, sedang dalam perjalanan ke UMT masa tu.
5) Jaulah ke Tapah

Mama said: "ada ape kat Tapah?". Ada ukhti yana n family yang baik hati!!! hehe. sangat seronok berkunjung ke rumah akhwat n kenal ngan family masing2. pas ni nak g umah sape ye ?(^_^)

Actually, terlalu banyak perkara menarik yang berlaku, jumpa rakan2 seperjuangan d matrik dulu, games d Kemaman, naib johan pun masih bangga!, bersama family (release tension), dalam UMT d start busy (actually everyday is my busy day). Moga Allah mudahkan segalanya, n untuk kamu2 juga yang membaca, moga Allah memudahkan urusanmu. Jangan putus asa, hanya orang kafir saja yang berputus asa. Yakinlah "takkan Islam hilang di dunia"!!!







Saturday, January 8, 2011

Sekali berjuang selamanya berjuang

Bismillah wa alhamdulillah,

Selawat serta salam buat Rasulullah s.a.w., ahli keluarganya,para sahabat, serta seluruh umat islam seantero dunia.

Alhamdulillah,cuti minggu yang sangat bermanfaat bagi ana. Berkumpul bersama para mujahidah yang sentiasa terpancar sinar keimanan,terkadang pancaran itu mengenai diri ini, maka kami menjadi saling mengingati untuk mengingati Allah. Faham ke? Buat ukhtiku, aman,  pinjam ye your phrase, yang tajuk atas tu.(^_^)

Begitulah, sekali sudah bernama pejuang, selamanya menjadi pejuang.Insya-Allah. Sekali Allah buka peluang, moga Allah x mengubah hati ini untuk keluar dari medan perjuangan. Biar sejauh manapun waima seberat apapun, demi redha Allah, ana sanggup!Insya-Allah, sekali lagi, moga Allah tetapkan.Amin...

Sedikit perkongsian dari ana, beberapa potongan ayat-ayat cinta Allah, yang menyentap sanubari (mean, hati tersentap), menjadi diri ini rasa terpilih dan dihargai, terima kasih Allah =)

" Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, ikutilah agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan."(al-hajj:78)


Ni terjemahan in english pulak,

"And strive in His cause as ye ought to strive, (with sincerity and under discipline). He has chosen you, and has imposed no difficulties on you in religion it is the cult of your father Abraham. It is He Who has named you Muslims, both before and in this (Revelation) that the Messenger may be a witness for you, and ye be witnesses for mankind! So establish regular Prayer, give regular Charity, and hold fast to Allah. He is your Protector - the Best to protect and the Best to help!"(al-hajj:78)


Akhir kalam, selamat berjuang. Gencarkan dakwah anda!

(p/s:dakwah2 juga, study jangan lupa (^_^)!)
Monday, January 3, 2011

Result => Runsing

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah s.a.w. yang dirindui, buat ahli keluarga baginda, para sahabat, dan seluruh umat Islam yg masih setia dalam menegakkan kalimah tauhid, kalimah terbesar, Lailahaillallah sehingga hari akhirat.

Alhamdulillah 3x...

Cuti sem 3 dah tamat! Sekarang lagi udah balik ke Ganu (^_^). Balik sini terus ziarah tokngah d Kuala Ibai.Alhamdulillah, mama, abah, tokngah dah boleh jalan sikit2. x guna tongkat or naik wheelchair lagi. Abah, tokngah suka buku Yasin yang abah bg tu. He said he really needs that book. Thanks abah, bagi dekya jugak =). Insya-Allah, akan diamalkan ayat yang abah pesan tu. Lunch wit tokngah, wan ngah masak banyak lauk. LIKE2X!Tokngah asyik suruh tambah sampai 2x da tambah. tu pun dia suruh tambah lg. Tokngah pun makan banyak. Dia kata sume ada, protein, sayur2, nasi pun banyak, banyakla dia makan. Tak macam atuk kite tu.Cian deh, makan pun kene suap. Tokngah kata nak makan banyak bg cepat sihat, nak balik kampung (N9) katanya, mau jumpa makwan (his sis @ atuk's wife). Terharunya!!! Sodih dongar ea (-_-).Dah, tutup bab crita tokngah.

Hari ni first day ke kampus. Bayar yuran, amik result n timetable. Banyak jugak klas yg start next week. Haih, da la sem ni pendek, dapat catch up ke x? Allah knows...Bila sentuh bab result, mesti macam2 reaction kan? Ade yg puas hati, gembira bukan kepalang (rasa nak announce satu U), ade jugak yang kata x capai target, n frust menonggeng, macam2 ada! Kalau yang dapat dean's list tu mestilah seronot sangat3 kan. Tapi, klu dean's list pun, orang yang kita bagitau jela yg taw. N disebar-sebar. Ada yg x dpt dean's list pun kata org tu dapat. Rasa klakar plak. Hurm, manusia, manusia...Macam mana dengan ALLAH'S LIST??? Yang buakn sorang dua je yg taw, tapi, dari umat Nabi Adam a.s. sampailah umat Rasulullah s.a.w. semua akan tau klu kita dapat Allah's List. Ha, sape tak nak kan. Tersenarai dalam Allah's List. Nama yang dicanang-canang seantero langit dan bumi. Subhanallah, betapa hebatnya golongan Allah tu. Persoalannya, mampukah nak achieve??? -Inna akramakum 'inda Allah atqakum- Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Mungkin ada yg dapat dean's list tp di mata Allah? Ada jugak yang resultnye jauh skali untuk nak dapat dean's list tp di mata Allah? Only Allah knows. Moga2 kita tergolong dalam kalangan orang2 yang bertaqwa. Insya-Allah....
Thursday, December 30, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam tak pernah lupa diucapkan kepada Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, ahli bait, dan seluruh umat Islam yg x jemu menegakkan kalimah tauhid.

Alhamdulilah alhamdulillah, alhamdulillah...

Gembira sungguh rasanya dengan kejayaan ni. First, Malaysia menang piala Suzuki! walaupun x terlibat secara langsung, tp tempias kejayaan tu terasa ke hati dan sanubari.ceh3x....

Kegembiraan kedua yang lebih penting dan bermakna, hari ni result sem 3 keluar!!!!Owh, setelah sekian lama menunggu, sekian banyak kali bertemu Nemo yang cumil, dan sekian banyak kali juga berasa geram dijiwa bila melihat status keputusan peperiksaan dikunci. Akhirnya, kluar jugak result nih. Alhamdulillah, segala kerisauan terlerai bila dah taw result. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah dengan pertolongan-Mu. Result semakin meningkat. Moga2, berita baik ni akan berterusan sampai grad. Amin ya Rabb...

Teringat sem lepas, sem yg amat memenatkan. Menguji fizikal, mental dan spiritual ! ceh3x. Mana taknye, kelas sampai malam. Dalam seminggu 3x kelas malam. Then, masak2 sampai setengah hari, masuk lab lg, and banyak lagi la aktivitinye. Pendek kata, macam-macam ada... Tu x masuk lg ngan aktiviti surau dan halaqah. Alhamdulillah, semuanya berlalu dengan baik. Terasa pertolongan Allah sentiasa. Mungkin ni lah yg dikatakan, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita =). Masa kat skolah dulu, ade senior yg dah kluar skola, dia datang bagi pesanan untuk juniors, ingat lagi kata2 dia, lebih kurang macam ni lah, "Pelik x abang yang amik medic boleh ada masa nak g sana sini berdakwah, sebab abg pegang kata2 ni, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita". Start dari hari tu, mmg x penah lupa lah. (^_^)

Okla, sampai cni saja, insya-Allah, ada brita best lg akan dikongsi kemudian

Wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Speak in Front of Public. KENAPA TAKUT???

Bismillah wa alhamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat, dan seluruh umat Islam amnya.

Alhamdulillah, dah 2 hari berehat d rumah selepas seminggu mengerah tenaga dengan aktiviti d Kuala Gula dan bengkel Public Speaking. Actually, bukanlah bengkel sangat (adalah LDK tp x banyak), it's more to a course. Di Kuala Gula memang agak penat, tapi untuk kursus selepas tu x la penat sangat. Why not? Kursus pun kat hotel, FREE pulak tu. Kursus free, makan free, bilik free. Alhamdulillah... Thanks kakcik for inviting me to this course (^_^)!

Dalam kursus ni, kami diajar cara communicate dengan orang luar. x la practical sangat, penceramah banyak cerita pengalaman dia. He shared many good stories. N dia ada tunjuk banyak video. Salah satu video dia, video motivasi, entitled "life is like a cup of coffee". Ya, sometimes, kita lebih mementingkan 'perhiasan' kehidupan daripada mengutamakan nilai kehidupan tu sendiri. Sibuk tengok org lain ada kereta besar, kita pun tension sebab x ada kereta besar, tengok orang ada duit banyak, kita tension coz duit kita cukup2 je, banyak lagi la apa yang orang ada buat kita tension. Now, let's change our mind! Berpuas hatilah dengan apa yang kita ada. Let's treasure this great life Allah gives us. We should happy with what people have n we should even more happy with what we have! Insya-Allah, hidup akan lebih tenang, dan akan rasa syukur sentiasa.


Untuk public speaking, act sama je dengan kursus2 public speaking yg lain, dia terang macam mana nak kawal rasa gugup depan orang ramai, persediaan sebelum public speaking n lain2, just da same. For me, it's just to improve my knowledge n increase my experience. Untuk menjadi seorang pemidato yang hebat BUKAN MUDAH, tapi TAK MUSTAHIL! (^_^)